Hari ni hari kelahiran abang besar kami yang ke 13.
Happy Birthday Abang Zahin..
Pagi tadi kami dipaksa mengucapkan happy birthday pada abang dan menyanyikan lagu Allah selamatkan kamu pada abang masa dalam kereta .
Tersipu-sipu abang kami.
Ayah kata umur 13 tahun adalah umur yang penuh pancaroba...peralihan dari umur kanak-kanak nak ke umur remaja ..jadi emosi dan kimia dalam badan tak stabil.
Sebab tu la kadang-kadang bila mama dan ayah tegur abang, abang selalu buat muncung panjang...kalau mama ugut nak kacau hp abang, lagi lah abang sentap..terus muka masam mencuka.
Tengok ni Abang besar dah pandai berselfie sejak dia kanak-kanak lagi tau!!..ni gambar tahun 2011.
Sekarang abang yang hampir sama tinggi dengan ayah, dah ada misai sikit-sikit dan suara dan garau ..kira suara macho ler.
Ni gambar latest kami bertiga bersama abang besar kami..hensem kan..hihihi.
Walau pun dah besar tapi abang kami ni masih sangat manja, tiap-tiap pagi mama yang sapukan minyak rambut....pastu kalau balik kampung, nak gi mandi, selamba je arahkan im dan azri temankan abang mandi.
Penakut boleh tahan ni!!!
Petang ni insya Allah ayah nak bawa kami gi makan special sempena birthday abang.
Happy Birthday abang besar,, kami semua sayangkan abang dan harap abang jadi anak yang soleh.
Mama dan ayah selalu cakap teringin abang berjaya sampai ke Universiti Al Azhar..ayah nak abang jadi seorang bijak pandai Islam yang berjaya dan boleh memimpin adik-adik.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment