Friday, 23 October 2015

Azri sudah 9 tahun

Salam Hari Jumaat,

Minggu ni jerebu sangat teruk, hampir seluruh bumi Malaysia dilanda jerebu.

Dan minggu ni sekolah tutup hampir sepanjang minggu, di Selangor, sekolah tutup dari Isnin sampai Khamis, hari ni baru buka sekolah semula.

Bagi kami di Negeri Sembilan pula, sekolah tutup hari isnin dan selasa, hari rabu sekolah pastu esoknya khamis, sekolah tutup semula sebab jerebu teruk, hari ni kami sepakat tak nak gi sekolah walaupun sekolah bukak sebab tak de balajar sangat...azri pun dah mula selsema, baik duduk rumah jaga kesihatan untuk final exam minggu depan.

Abang besar kami tak de pilihan , kena juga ke sekolah sebab final exam berjalan macam biasa, sambung sampai minggu depan sebab banyak lagi subject belum habis periksa.

Habis dah bab jerebu.

Minggu lepas hari sabtu 17/10/2015 adalah hari kelahiran adik bongsu kami, Azri...sudah 9 tahun umur nya.

Weekend tu kami balik rumah makcik , maka cadangnya nak beli kek dan potong kek kat rumah makcik aje la dan lunch special kat seremban.

Ayah bagi azri pilih kat mana nak lunch special ni, tapi azri tak de idea, bila tanya, manjang tak tau aje jawapannya..sebenarnya kami pun tak de idea nak makan kat mana..last kita makan makanan yang azri suka....sushi.

Sushi King Palm Mall la kami tuju.

Gambar tak ambik sebab sibuk makan...sushi semua azri pilih sendiri ..ambik jer dari conveyar belt tu, disebabkan dah besar , dah 9 tahun, pilihan sushi pun dah berubah, azri dah mula berani makan sushi telur ikan, sushi salmon dan sushi paling banyak yang diambil adalah sushi yang ada macam ayam nugget kat atasnya.

Im pun semakin berani explore makanan jepun ni, dia selamba jer cecah sushi dengan wasabi dan makan udon mee...sedap pulak kata im. 

Lepas habis makan sushi , kami jalan-jalan jer kat Palm Mall tu kejap dan terus balik Jasin .

Singgah kat Melaka Mall beli kek, kek pun pilihan azri jugak.

Sampai rumah makcik dah lewat petang, kami lepak-lepak aje la sebelum mandi dan solat maghrib. Tak de sapa pun kat rumah makcik , hanya kami sekeluarga dengan makcik dan ayah cik jer.

Lepas dinner, mama pun keluarkan kek dari fridge.


Kek pilihan azri, coklat mocha kek by Patisfrance.


Birthday boy banyak akal dengan kek birthdaynya. Lilin letak satu jer, tak mau lilin banyak2.


Potong kek dan dapat makan kek malam tu..best!!

Hadiah dah dapat, diposkan khas dari sydney, pemberian dari kazen kami, abang jemil.


Figurine WWF ni lama kami cari, dulu banyak jer kat Jusco, mahal la harganya sampai rm100 lebih tapi kebelakangan ni dah tak de langsung.

Puas kami cari , sampai ke KL, Kuantan kami cari memang dah tak de.

Kebetulan abang jemil kan balik Sydney sambung belajar, ada pulak stoknya di sana, abang jemil beli jer pastu pos kat kawan dia. Jadi bila abang jemil beritahu ayah barang tu dah sampai kat kawan dia, berdebar-debar kami gi rumah kawan dia untuk ambik benda ni.

Abang jemil tak minat WWF jadi dia tak kenal karakter mana yang kami minat, dia main grab je....ok lah kami suka juga la walaupun azri berharap dia dapat John Cena atau Seth Rolling .

Apa-apa pun selamat la mama dan ayah, tak yah beli hadiah untuk azri.

Ok tu jer cerita untuk kali ni....kami kena buat revision ni, minggu depan kan final exam.

Macam tak percaya jer, tak lama lagi dah nak cuti hujung tahun, kami harap maklong sefamily duduk kat rumah Bukit Kelana macam tahun-tahun lepas...seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan kazen-kazen.

-3 boys -

Thursday, 15 October 2015

Dinasor in the House

Salam Hari Khamis @ 2 Muharam 1437 H

Semalam cuti tahun baru Islam


Azam baru, nak solat pada awal waktu. nampak senang tapi sebenarnya sukar nak dilakukan, banyak hasutan syaitan dan iblis...kami cuba la sebaik mungkin.


Semalam kami tak ke mana-mana, duk kat rumah jer, lagipun ayah baru balik outstation kat Ipoh, ayah letih. 

Cemana pulak ada dinasor dalam rumah ni??


Wood puzzle dinasour..T-Rex pulak tu.

Akhirnya kami bertiga berjaya menyelesaikan wood puzzle dinasour ni setelah bertahun-tahun tersimpan dalam almari.


Wood puzzle ini asalnya adalah stok kedai ayah kami... Baru kami tahu yang ayah kami rupa-rupanya pernah ada kedai toys kat Seremban Parade ..kini Seremban Prima.


Mama kata kedai toys ayah kami ni bukan kedai toys biasa-biasa, semua toys mahal-mahal dan branded, khas untuk collector .. Ntah camne mungkin ekonomi tak bagus kot, kedai tu tak berjaya...ayah terpaksa tutup kedai tu dan stoknya banyak yang ayah jual.


Ni antara stok yang masih ada dalam simpanan ayah, dulu tu ayah dah nak buang dah tapi mama kata sayang, nak simpan pastu dia terbiar bertahun-tahun dalam almari kat luar.

Hujung minggu lepas ayah buat proses membersihkan almari luar, kami pun keluarkan benda ni dah sama-sama pasang, kelakar betul masa pasang ni, bergaduh-gaduh, bertengkar-tengkar..paling kuat bergaduh abang dengan im la, azri jadi tukang sokong jer.

Akhirnya siap juga benda alah ni, cantik la pulak walaupun ada part yang terkopak sana sini.

Alangkah bestnya kalau kedai ayah masih ada sampai sekarang kan, mesti kami melepak kat kedai dan boleh try test semua stok kat kedai ayah kan.


Ni la kedai mainan ayah kami dulu, lama dah gambar ni, tak terang dan tak sharp sebab kamera cap ayam jer. Nama kedai ayah .. Matrix...masa tu ayah kata cerita movie Matrix tengah top...jadi pinjam la nama tu.

Mama kata gambar ni masa kedai belum bukak pun, tengah susun-susun barang, abang besar kami pun kecik lagi, belum boleh berjalan lagi.


Ni antara stok-stok kedai toy ayah, semua barang mahal-mahal dan branded aje. kat tengah tu ada meja rendah dan kat situ la ayah display semua stok-stok yang baru sampai, kami tengok gambar ni tersangatla geramnya , nampak tak ada track-track hotwheel kat situ ..kalau kita boleh turn back time, memang kami kerjakan mainan-mainan ni semua.


Ha tu dia, abang besar kami dalam bentuk baby...hahaha

Nampak begitu manja...eei geram la pulak.

Tapi tu la, dah bukan rezeki kami, ayah kata kedai tu tak berjaya sangat, tak dapat bayar kos-kos jadi ayah terpaksa tutup kedai dan tanggung hutang perniagaan...lama juga lepas tu baru ayah dapat kerja semula.

Tapi takpe, ayah kami kata dugaan Allah ni banyak beri hikmahnya , kami belajar bersyukur seadanya , tak mewah pun tak pe.

Ok ..tu saje cerita kami kali ini.

-3 boys -

Tuesday, 13 October 2015

Nak berhenti kena la tekan loceng

Salam Hari Selasa

Abang besar kami dah stat balik dari sekolah dengan bas awam

Tapi tak la tiap-tiap hari, sekali dua kali seminggu jer, abang naik bas dengan kawan abang yang tinggal kat Paroi tu, naik bas sampai Petron kat stadium Paroi dan mama akan tunggu abang kat situ.

Kebetulan bas dari sekolah abang ke jalan kuala pilah memang banyak, boleh naik bas ke kuala pilah, boleh naik bas No.T10 dan bas no. 4...memang banyak lah.

Setelah beberapa kali abang naik bas dengan kawan, ada satu kali tu abang naik sorang jer pastu bas tu tak berhenti kat Petron stadium tu, kalut kejap abang , kelam kabut picit loceng, nasib baik driver baik, dia berhenti kat tepi jalan tu.

Selama ni bas elok jer berhenti kat situ, tak yah picit loceng pun, pastu mama cakap kalau naik bas dan nak stop kat mana-mana kenalah picit loceng baru bas tu stop. mama kata mungkin bas tu stop kat petron tu sebab ada orang lain picit loceng atau ada orang lain nak naik bas dan tahan bas tu...serius....abang tak tau yang kalau nak stop kat mana-mana , kena picit loceng..kihkihkih.

Tu dah berlaku dah sekali.

Rupanya biasalah manusia mudah lupa.

Satu hari tu abang naik bas sorang-sorang jugak, kira bukan dengan kawan baik lah, ada lah budak satu kelas tapi yang tak rapat.

Dalam bas, macam biasa berangan-angan tak ingat..tetiba bas dah jauh tinggal kan Petron dan dah jauh tinggalkan bas stand yang seterusnya, dah sampai jalan kuala pilah!!.OMG!!..sebab apa berangan?? sebab tunggu bas tu stop sendiri kat Petron.

Apa lagi tak cukup lantai bas abang gi picit loceng, bas pun stop la.....kat bus stop jauh gila dari tempat mama tunggu abang, sunyi pulak tu tak de orang...Puhh nasib baik kawan yang tak berapa rapat tu kebetulan turun sekali kat situ sebab dia nak gi rumah kawan dia...dapat la pinjam phone dia dan call mama.

Nasib baik, nasib baik.

Mama pun datang la ambik abang kat situ, patut la lama mama lepak kat Petron, abang tak muncul-muncul, terlepas bas stand rupanya.

Lesson learned, lain kali tekan loceng untuk stop kat mana-mana, tu la dah selalu sangat jadi Prince, semua orang buatkan untuk dia, sampai picit loceng bas pun tunggu orang lain picitkan, tu la makanannya ...kihkihkih...marah abang besar kami.

Agaknya trauma tercicir kat tempat sunyi, hari ni abang suh mama jemput kat sekolah, bagi alasan beg berat!!...banyak lah beg berat.

-3 boys -

Tuesday, 6 October 2015

Orang Qatar dah habis cuti

Salam hari Selasa,

Cuti makjah sekeluarga dah pun tamat.

Seronoknya mereka pulang ke qatar menghirup udara bersih dan segar 


Kami kat malaysia dah sebulan rasanya menghadapi jerebu, sekolah pun dah beberapa kali tutup. Kali ni jerebu sangat teruk sampai sekolah tutup 2 hari berturut-turut, hari ni cuti lagi..esok sekolah dan harapnya kualiti udara bertambah baik.

Sepatutnya minggu ni im akan menghadapi UPKK..dari hari isnin sampai khamis, tapi dah berjerebu ni, UPKK ditangguhkan...tak tahu la bila gantinya.

Makjah sekeluarga balik semula ke qatar hari Rabu minggu lepas, 30/9/2015..kami tak dapat hantar ke airpot sebab sekolah. mama dan ayah jer yang gi airpot, bai-bai makjah dan ambik keta hitam bawa balik .

Flight makjah pukul 9.30 pagi jadi mama dan ayah kena jumpa makjah pukul 8 lebih untuk ambik kunci keta hitam.
Pagi tu kami bangun sangat awal dan pukul 6.40 dah dihantar ke sekolah, pertama kali dalam sejarah im dan azri sampai sekolah pukul 6.45 pagi, awal giler..tapi masih ada lagi kawan-kawan yang memang sampai awal, pukul 6.30 dah sampai sekolah.

Seronok juga sampai awal ke kelas, best jer lepak kat kelas dengan 2-3 orang kawan jer, pastu boleh relak-relak jer turun beratur, tak la gesa-gesa.

Tapi apa yang penting hari tu ayah kami cuti..yeaaa..walaupun tak jalan ke mana-mana tapi ayah ada kat rumah adalah sangat best.

Ayah kan kerja kat shah alam..tiap-tiap pagi sebelum pkl 7 dah keluar pastu lepas maghrib baru sampai semula ke rumah, lepas makan malam biasanya ayah akan tertidur depan tv sebab keletihan, jadi cuba kira berapa jam kami dapat bersama-sama dengan ayah kami?

Yang lagi best sepanjang hari tu mama kami tak yah masak, ayah bagi can makan kat kedai dari pagi sampai ke malam...haa suka la tu.hahaha

Apa aktiviti orang qatar sepanjang 2 bulan percutian?

Pehh..jadual makjah sekeluarga amat padat.mengalahkan rozita Che wan

-Kenduri akikah azidane kat Taiping
-Jalan-jalan Penang rumah adik ipar makjah..siap main bowling
-buat paspot Bik Yat
-Kemas rumah Klang
-Balik rumah Kuantan
-Gi jalan-jalan Langkawi
-jalan-jalan bukit tinggi
-setelkan rumah klang kena pecah masuk pencuri
-Bakar 25 batang lemang
-gotong royong sembelih kambing korban
-kacau 2 kilo tepung buat dodol
-tolong prepare birthday party untuk icha dan yaya
-kelam kabut di airpot sampai hampir tertinggal kapalterbang..kihkih

Begitu punya sibuk, baca pun rasa penat.

Apa-apa pun makjah sefamily dah selamat sampai ke qatar dan kazen-kazen kami tu dah stat sekolah.

Tahun depan makjah akan balik malaysia setelah habis kontrak, tapi tak tahu lagi..ntah-ntah sambung kontrak sebab uncle sharil naik pangkat kat qatar.

Yang pasti nanti jumpa semula makjah, azzidane dah besar dan dah berjalan dan aydan dah jadi big boy. Harap kami sekeluarga dapat ke qatar bercuti-cuti nanti.

-3 boys -