Kami sedih ni.
Banyak betul dugaan kami nak mengaji quran ni.
Mula tu kami mengaji dengan wan ngaji yang tinggal dekat dengan rumah mama gayah tapi mengaji dengan wan tu macam tak berapa best la sebab kami ikut jer bacaan wan tu , tapi tak reti membaca quran sendiri.
3-4 bulan juga la mengaji tapi kami masih tak boleh mengeja sendiri
Mama cari guru mengaji lain. Kebetulan ada seorang ustaz menyewa rumah depan rumah kami ni, kami panggil ustaz tu Abang Hambali, sebab dia muda lagi.
Ayah tanya dia sanggup tak ajar kami mengaji. Alhamdulillah dia sanggup.
Maka mengaji la kami di rumah abang hambali setiap malam rabu, jalan kaki lintas jalan jer.
Masa mula-mula mengaji dengan abang hambali, kami semua kena turun grade , abang hambali tak puas hati dengan kebolehan kami mengaji, kira stat dari kosong semula.
Memang best mengaji dengan abang hambali, ajar kami sebutan dengan betul dan dengan tajwid sekali, abang pun dah naik quran.
Tapi kami tak dapat mengaji lama dengan abang hambali sebab abang hambali kena pindah, tuan rumah dia nak jual rumah yang abang hambali tinggal tu.
Ayah tanya boleh tak kalau kami nak teruskan mengaji kalau abang hambali pindah rumah, malangnya abang hambali pindah ke rumah mak mertuanya , susah nak mengaji ke sana.
Maka kami tak dapat la mengaji untuk beberapa bulan.
Mama kami duk la sibuk tanya-tanya mana tempat nak mengaji.
Akhirnya dapat la kami tempat mengaji yang best iaitu di rumah wan pah dan tok ngaji, recommended by tok su hafsah, tok saudara mama.
Rumah wan dan tok ngaji baru ni dekat jer dengan rumah tok su.
Maka mengaji la kami dengan wan pah dan tok ngaji, best mengaji dengan wan dengan atok, ajar tajwid dengan sebutan yang betul, bila im naik quran, atok hadiah kan senaskah quran baru, begitu jugak dengan azri, bila azri naik quran , atok pun hadiah kan quran yang baru.
Hampir 2 tahun juga kami mengaji dengan wan pah dan tok ngaji, kejap-kejap mengaji dengan wan , kejap-kejap dengan tok, dua-dua best.
Abang dah hampir nak qatam, lagi 3 juzuk jer lagi.
Memang nak qatam tahun ni sebab abang dah Form 2, dah lambat nak qatam quran ni.
Im dan azri pun dah lancar membaca quran, senang mama dah ayah nak ajar bila kami tak de kelas mengaji dengan wan dan atok.
Namun begitu , kegembiraan nak qatam tu terhenti, minggu lepas tak de kelas, wan pah sakit..hari isnin tu kami gi mengaji, wan pah nampak sihat jer...ajar ngaji macam biasa.
Esoknya bila nak gi ngaji tengok orang tak de, ada notis tulisan tangan atok kata , wan sakit.
Hari khamis tu mama hantar lagi kami mengaji , tutup lagi rumah atok...agaknya wan masuk hospital kot.
Hari Sabtu pagi, mama dapat panggilan telefon dari tok su, tok su beritahu wan pah dah kembali ke rahmatullah...Allah sedihnya.
Mama pun sedih sebab setiap kali hantar kami, bila masuk jer simpang, dah nampak kelibat wan pah duduk kat meja tengah ajar mengaji, sekarang dah tak nampak lagi kelibat wan.
Pagi sabtu tu im dan azri temankan mama gi rumah wan.
Sampai kat rumah wan pah, orang dah ramai, im dan azri duduk kat luar jer sebab kat dalam penuh dengan makcik-makcik.
Nampak wan pah terbaring ditengah rumah diselimuti kain putih....sedihnya.
Mama cerita mama bacakan yassin , tak sanggup nak tengok muka wan pah masa kain tutup muka di buka, mama takut nanti mama nangis kuat...malu la pulak
Kami doakan roh wan pah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Besar pahala wan pah ajar anak-anak mengaji, ramai yang berjaya qatam quran hasil didikan wan pah dan atok.
Kami sangat berharap agar atok teruskan ajar kami mengaji.
Hari ni baru hari ke 5 wan pah pergi, mama kata tunggu la sebulan dulu, ngaji kat rumah, nanti mama call atok tanya boleh ke nak mula mengaji.
Harap atok ngaji tabah, mesti rindu kat wan pah sebab hari-hari ajar ngaji, wan pah ada kat meja sebelah, nanti meja sebelah tu dah kosong..kami pun rasa sedih.
No comments:
Post a Comment