Dah lama kami tak bercerita hal kucing-kucing kami kan.
Kucing kami sebenarnya tinggal 2 aje iaitu josh dan min, dua-dua dah dikasikan..mama kami tak tahan josh asyik tanda kawasan jer (pancut kencing) , hari-hari basuh porch..letih.
Yang buat mama tak tahan sangat bila josh kencing kat bakul baju, dalam tu ada baju baru basuh 2 load, sudahnya kena cuci semula.
Selain daripada asyik kerja memancut, bergaduh dan bertarung jugak jadi aktiviti harian josh, dah banyak kali balik rumah dalam keadaan luka-luka .
Dan paling teruk, josh kena luka sampai satu jari hilang, koyak dan siap ada ulat dalam lubang luka dia..pastu kena selsema pulak tak elok-elok
Nampak tak luka berlubang kat tangan kiri josh tu, satu jari dah hilang ..cacat sudah
Maka tak de pilihan lain kena lah dikasikan atau bahasa lain , dimandulkan..hihi.
Seminggu selepas raya, mama pun bawa josh ke Vet dan dikasikan...ok bila dah sihat memang jadi kucing yang sangat baik, lepak aje kat rumah dan bermanja-manja, selsema pun dah sembuh.
Sebelum kasikan josh, mama hantar kasi kan Min dulu..sekarang Min dah gemok, sihat dan manja, tak lah garang-garang macam dulu lagi.
Nak angkat min dengan sebelah tangan pun tak larat, berat.
Kiranya dah senang hati la , takde masalah kucing-kucing lagi.
TAPI..kejap aje senang hatinya, hampir sebulan lepas josh dikasikan , mama perasan *tut* josh .ala tempat kena kasi la..kalau nak tau gi google kasi kucing jantan camne..ok *tut* kosh macam bengkak dan bernanah..macam kena bisul.
Mama hantar ke klinik haiwan kesayangan kat Sungai Terip tu, tapi vet tu kata kena hantar balik ke klinik yang kasikan josh
Kena la masuk wad lagi dan kena operate sekali lagi, vet klinik tu kata dia buat balik proses pemandulan tu, buang tisu-tisu yang ada jangkitan tu.. vet tu kata *tut* josh tu macam ada ketumbuhan, bengkak macam sebelum dikasikan...bengkak sebelah jer, yang sebelah lagi elok jer kecut...alahai kesian josh.
Makanya josh kena kurung la dalam cage sepanjang masa..vet tu tak kasi ubat apa-apa pun, dia kata dia dah cucuk ubat.

Kesian asyik terkurung dalam cage, lepaskan kejap..cuba tengok *tut* tu masih berdarah dan tak kering.
Seminggu berlalu, mama dah risau sebab luka tu masih tak kering-kering , bawa balik ke klinik...marah juga sebab bil beratus-ratus kan.
Vet tu tetiba kata josh kena sporo, sebab selsema tak elok pastu dia kata dalam hidung josh ada luka, sebab tu luka kat *tut* tak elok-elok.
Lepas tu dia suruh bawa balik josh dan bagi ubat kulat ni dan kena kurung josh dalam cage 24/7 untuk elak jangkitan pada kami semua dan pada kak min
Mahal gile ubat ni, bagi jer tiap-tiap hari
Banglo baru siap ada mezzanine floor.
Dah seminggu bagi makan ubat pun macam sama jer, berjangkit pulak kudis kat kaki.
Mama bawa pulak kat klinik haiwan kesayangan kat Sungai Terip tu, vet bagi injection antibiotik dan suruh mama beli krim untuk jangkitan kulat, vet tu kata mesti ada silap masa operate mandul tu, sebab tu ada jangkitan.
Alhamdulillah dah hampir sebulan bagi ubat mahal dan sapu ubat kulat tu, kudis kat kaki dah elok, kudis kat *tut* dah kering dan mengecut...cuma *tut* tu bengkak macam sebelum dimandulkan...agaknya tut tu tumbuh semula kot..kikiki.
Gitu la susah payah nya membela kucing, mahal kalau kucing sakit, agaknya tu sebab ramai yang tak bertanggungjawab bila kucing sakit, buang aje kucing kat pasar...kesian kucing.
Gambar kak min gemok tak de sebab kak min pemalu.
No comments:
Post a Comment