Esok hari terakhir sekolah
Hari ni juga hari penganugerahan sekolah , tapi im dan azri tak dapat apa-apa , kami kan cemerlang..kiki
Tapi kami datang juga sekolah, tengok kawan-kawan dapat hadiah.
Cuti panjang kali ni sama jugak macam tahun lepas, kami tak de rancangan nak ke mana-mana.. lagi pun hujung tahun cuaca tak best, hari-hari hujan nanti stranded dalam banjir, tak pasal jadi vacation attack nanti.
Walaupun kami tak ke mana-mana tapi agak sibuk juga la nanti.
Bulan 12 nanti maktok, tokbah , maklit dan abang afiq akan gi qatar melawat makjah. Jauh dalam hati kami nakkkkkk sangat pergi tapi ayah kata , kami belum cukup rezeki nak pergi..nanti-nanti lah.
Tak pe la yah kami tak kisah
Yang penting cuti sekolah kali ni tak macam cuti sekolah tahun lepas, cuti sekolah yang mendebarkan,
Azri kena sunat
Im kena operate telinga
Dua-dua tu mengerikan..hahaha
Bulan 12 juga nanti kazen mama kawin, yeahoo makan nasi minyak, dah lama jugak tak makan nasi minyak orang kawin ni.
Sekarang ni bila petang-petang kami mengaji sendiri jer kat rumah, mama check kan bacaan kami, kadang-kadang guna bantuan quran pen.
Rasa sedih pulak bila balik dari sekolah lalu jer simpang ke Taman Bukti , tak masuk dah ke Taman Bukti..rindu pulak kat Wan Pah.
Harap atok sambung ajar ngaji..kami suka mengaji dengan atok dengan wan..best
Ok tu aje la, kami sebenarnya sedang atur program sepanjang cuti sekolah ni..memandangkan keputusan peperiksaan akhir tahun kami amat "cemerlang" , mama dan ayah dah buat keputusan had kan penggunaan internet , jadi kena cari alternatif lain supaya tak boring.
Setakat ni projek im adalah menanam sayur-sayuran, baru stat dengan sawi jer...membesar juga , rasanya lagi seminggu dah boleh goreng.
Projek untuk abang besar dan azri belum ada keputusan lagi..kena ada sebab nanti memang kami boring, tambahan pula maklong kata tak jadi nak stay kat rumah Bukit Kelana nanti..entah bila la nak berhuha-huha dengan kazen-kazen ni
-3 boys -
No comments:
Post a Comment