Monday, 13 May 2013

Pavlova untuk befday boy

Salam hari Isnin, 

Seperti yang dijanjikan mama buat pavlova untuk birthday abang . 

Makan ramai-ramai kat kampung ...juga buat untuk kaksya yang dah lama menyebut nak makan pavlova tapi mama kami malas nak buat.

Sabtu lepas, lepas abang pergi kelas dan lepas kami semua sarapan , mama pun singsing lengan dan buat pavlova...

Macam biasa mama berseorangan sahaja di dapur ...azri ada tolong sikit-sikit .

Guna 4 biji putih telur...





Pukul sampai kembang putih ...masuk gula, tepung jagung dan cuka dan pukul lagi sampai kembang..cer terbalik kan mangkuk tu , bila adunan tu tak tumpah ..dah jadi la tu.

Geram je tengok, macam nak ramas-ramas je ..rasa macam buih-buih sabun yang pekat tu .

Mama bakar selama sejam ...pastu biar sejuk dan lepas lunch kami pun balik ke kampung.

Sampai kampung , minum-minum dulu pastu kami gi pekan jasin dulu , nak buat cermin mata baru untuk abang dan im yang dah kerabunan, beli kasut baru abang ..dan beg sekolah baru azri ..baru bulan 5 , beg sekolah dan kasut dah terbarai.

Lepas tu baru mama kami hiaskan pavlova ni ...buat dessert lepas makan malam ..nyummih 


Mama kata pavlova kali ni tak jadi sangat, base dia terpenyek jadi pavlova ni jadi nipis ...tapi yang penting sedap...rupa tak kisah..

Bila potong tengah2 dia macam mashmallow dan luar dia garing macam biskut ..sedap tapi bagi yang tak suka manis-manis tu takyah le makan pavlova ni pasal rasa dia manis sesangat. sebab tu la kena letak whip cream dan buah-buah masam tu ..baru rasa seimbang.

 
Ni pavlova pertama mama kami buat ..tebal sikit.

Geram je tengok yang retak-retak tu ...bila masuk dalam mulut , dia cair ..

Esoknya ayah lang sekeluarga datang, makan ramai-ramai ..meriah.

Kali pertama Min balik kampung , habis segenap pelusuk dapur dijelajahi ..habis habuk-habuk badan Min...ramai kata Min comel , ramai suka dengan belang-belang kat kaki Min...dia orang kata lawa..

Hari ni Azri demam...semalam ligat sangat ..tu le pasal

Tak pergi sekolah dan tak dapat ambik peksa kafa.. 

Sekian saje cerita birthday abang zahin..
 

-3 boys -

Thursday, 9 May 2013

Selamat Hari Lahir ke 12 Zahin a.k.a Abang besar

Hari ni birthday abang besar yang ke 12 ..

Abang dah masuk kategori dewasa dan dah boleh buat kad pengenalan .

Tak de apa-apa sambutan cuma malam ni ayah nak belanja makan luar...hi hi mama takyah masak malam ni. 

Kek pun mama tak beli pasal mama kata nak buat pavlova dan makan ramai-ramai kat kampung hujung minggu ni. 

Sejarah kelahiran abang ikut cerita mama ......anak pertama mestilah kelahiran dinanti-nantikan ....abang lahir di Hospital Colombia-Asia Seremban..masa itu hospital tu baru bukak jadi exclusive le.....sekarang dah macam hospital kerajaan jer.

Malam pada tarikh 8/5/2001..masa tu mama dan ayah tinggal kat rumah bukit kelana, mama dah rasa tak selesa..kebetulan maktok dan tokbah datang tido situ .tengah malam tu mama ajak ayah gi hospital.   

Sampai hospital doktor cek mama pastu doktor sibuk kata keadaan baby tak ok dan kena bedah ...mama terus dibawa dalam bilik pembedahan dan pukul 4.45 pagi 9/5/2001...lahirlah seorang baby yang amat comel dan putih melepak 

Gambar tak dapat letak dulu pasal zaman abang baru lahir , kamera semua pakai filem jadi gambar-gambar kena scan dulu.

Baby yang comel dan putih melepak tu rupanya sangat susah nak dijaga...beliau bangun setiap sejam dan nangis nak susu..begitulah keadaan beliau sampai lah umur 3-4 tahun. 

Satu lagi perangai abang yang popular adalah abang zahin akan jadi orang lain setiap kali bangun dari tido..abang akan jadi zahod di mana zahod ni akan mengamuk dan terpekik-pekik selama 5-10 minit .

Lepas tu baru lah si zahod ini berubah sikit demi sikit dan menjelma menjadi zahin semula..legaaaa...  

Satu yang baik pasal abang zahin ni, abang menyusu dengan mama lama ...sampai umur abang 2 tahun ..disebabkan itu abang rapat dengan mama ...manja sesangat malah sekarang ni pun dengan dah besar panjang dan lebih tinggi dari mama ...masih nak berpeluk-peluk dengan mama...

Abang zahin ni boleh dikatakan seorang yang bersais besar ..dalam usia baru nak 12 tahun, tinggi dah melebihi tinggi mama dan dah hampir setinggi ayah, suara dah garau , melibas adik-adik pun boleh tahan power. 

Cuma satu jer.....sifat penakut masih kuat , sampai nak pergi bilik pun suruh orang teman....adoi laa

Lelah dah ok, terkawal 

Swimming dah cantik.

Rupa paras pun kacak..ada iras-iras JB sikit...makjah pun kata macam tu maka mama tak perasan sorang-sorang ye.

Solat pun dah bagus...cuma kekadang kena remind , manicure dan pedicure pulak masih suruh mama buatkan untuk dia..haishh. manja!!!

Happy Birthday abang, kami semua sayang abang dan kami doakan abang dapat 5A dalam UPSR dan berjaya dunia dan akhirat.. Amin..   

Abang hensem ..gambar tahun lepas...

Insya Allah kalau rajin, mama kata nak scankan gambar-gambar abang dari baby sampai lah sekarang ..Tunggu ye....
 
-3 boys-

Wednesday, 8 May 2013

Catatan ringkas hari ini

Hari ke 2 peperiksaan...

Im dan azri kata senang, tak tau lah keputusan macam mana nanti..

Esok birthday abang zahin, mama kata nak buat ic minggu depan, nak buat minggu ni tak sempat.

Min masih penakut , kalau kami nak pegang, dia lari 

Semalam Min jatuh tangga, berdebukk...tinggi pulak tu, nasib baik Min ni anak kucing ..selamat lah , mama kata cuba anak orang jatuh tangga tinggi camtu ...alamat patah riuk le .

Macam mana Min boleh jatuh ?  Min tengah lepak kat tangga tingkat atas, pastu abang zahin try nak pegang dia , si penakut tu terus lari, tergelincir dan berdepukk jatuh , abang zahin kena marah la dengan ayah. 

Tunggu seminggu lagi, nanti kami letak gambar Min si penakut tu..

Tu je...Daaaa

-3 boys -

Tuesday, 7 May 2013

Peperiksaan, mengundi dan kucing baru.....

Salam Selasa..

Hari pertama peperiksaan setengah tahun.....baru masuk 2013 tiba-tiba dah setengah tahun dah ..cepat masa berlalu...makna nye cepatlah kami membesar.

Hari Khamis ni birthday ke 12 abang zahin...dah boleh buat kad pengenalan.

Mama rancang nak buat pavlova dan potong pavlova kat kampung makcik....bestnye , taksabar.

Sabtu lepas kami semua balik Jelebu , mama nak mengundi dan kami dapat kucing baru!!..


Ooppss sori..ni bukan gambar kucing, ni gambar masa mama beratur nak mengundi  ...maktok takyah beratur ....5 minit tunggu dan siap mengundi dah .

Ok pasal kucing pulak...

Kucing ni tokbah dapat dari cina kedai sempit ..tokbah kata dah lama cina ni nak bagi kucing tapi tokbah taknak pasal dah ada si Tam kat rumah ...habis tu Lilo pun dah takde ..tokbah ambik je.




Nama pendek Min , nama panjang dia Minnesota..mengada-ngada mama kami bagi nama camtu.

Ada masalah sikit dengan Min nih.... sangat-sangat penakut ...dia akan menyorok bawah meja dan merapatkan badan dia kat dinding ..kalau mama angkat dia , dia akan gulung ekor dia ..gulung betul-betul sampai badan dia macam tenggiling .

Mama kata mungkin masa Min kecik, Min pernah kena pukul atau Min tak pernah jumpa species orang...dia bergaul dengan species kucing je..

Atau Min ni tak faham bahasa melayu...kena cakap cina baru dia mesra alam..

Min sangat berbeza dengan Lilo...Lilo happy go lucky kucingnye... sentiasa bergurau senda dan suka dipegang dan diangkat....Si Min ni macam ada something sikit ...x nak diangkat atau dibelai-belai mesti gelupur nak lepaskan diri.

Tadi mama mandikan dia..mama kata dia diam tak melawan ..pasrah jer kena siram air dan disabun.. senang la kerja mama.

First time mandi ..muka minta belas kasihan....

Kami agak keciwa la sikit pasal kalau boleh nak le kucing macam Lilo tu tapi mama kata kucing pun ada berbeza karakter.. Si Min ni jenis tak manja dan pendiam ..agak tak syok lah .

Tapi mama kata tujuan utama kami bela kucing adalah untuk halau dan musnahkan cicak ...dapat kucing pemalu dan tak reti bersosial pun jadik la...makna nya takde lah nak harap Min ni sambut mama balik kerja nanti.

Semalam dah belikan Min rantai loceng ...tu bukan untuk nampak comel tapi nak buat macam gps la kekdahnya .. Min ni suka menyelinap ..tau-tau dah hilang dan nyorok bawah sink ..letak gps ni senang sikit nak track dia gi mana ..hi hi hi.

Ni kucing ke tiga kami..harap Min suka duduk kat rumah kami ni dan sihat panjang umur ....lagi 2 kucing tu semua tak sempat dewasa..

Thursday, 2 May 2013

Mood hari Isnin di pagi Khamis..

Salam Khamis..

Kami tak suka cuti hari Rabu 

Terasa minggu ni sangat panjang dan terasa ada dua kali hari Isnin .....tak sukee..

Pagi tadi kami betul-betul rasa macam hari Isnin...susahnye nak bukak mata bila mama kejut..sampai mama kata kalau Lilo ada..nak suruh Lilo jilat je muka suruh bangun.

Bersiap pakai baju pun slow je tadi...nasib baik sarapan roti burger tadi, bersemangat lah sikit.

Mama kata sabtu ni balik Jelebu , mama nak mengundi ..ayah kata rakyat kena mengundi untuk pilih siapa pemimpin negara kita.

Im tak faham...hari tu kawan im tanya " ko sokong Pas ke sokong BN " ntah ..mana le im tahu . im tanya mama dan ayah , ayah kata budak-budak tak payah le tahu ..tu urusan orang dewasa. 

Tapi ayah ada cerita lah sikit ...bagi contoh ada undi sapa nak jadi ketua kelas...bakal ketua kelas ni pun kempen lah sapa lebih baik..budak-budak kelas lain sokong lah mana satu yang dia orang nak jadi ketua kelas..dan undi lah dia untuk dia jadi ketua kelas.  oooo begitu ke?? faham dah.

Sekolah kami akan jadi pusat mengundi ...maknanya Isnin nanti kami cuti lah...tapi mama kata laptop akan dikunci ..semua kena buat revision untuk peperiksaan setengah tahun hari selasa tu.

Malam tadi im dan azri ada buat revision sikit. Azri dah lancar dah membaca cuma masih tulis huruf "z'" terbalik..

OK tu jer...tak sabar nak cuti panjang ..mama kata sekolah cuma 3 minggu je lagi...pastu cuti ...yahoo!!  walaupun sah-sahlah tak gi jalan ke mana-mana , ada orang yang peksa kan.. 

-3 boys -