Wednesday, 12 June 2013

Latihan rumah sukan

Salam Rabu..

Haissh  ..baru nak sukan ker ? lambat betul sekolah kgv ni, dah nak puasa baru terhegeh-hegeh nak sukan..

Hari ni bermula lah latihan sukan yang pertama , hari ni Im dan abang besar ada latihan sukan dari pukul 3 petang sampai 5.30 petang ..untuk tahun 1 pulak stat latihan waktu pagi ..pukul 8 sampai pukul 9.30 pagi.

Latihan rumah sukan ni akan berlanjutan sehingga ke minggu-minggu depan ..adalah sebanyak 7 kali .

Kami ni menurut perintah jer...cikgu kata kena hadir latihan rumah sukan....kami hadir je lah walaupun tak pernah sekalipun layak bertanding dalam sukan sekolah!!

Nanti masa sukan berlangsung , kami hadir jugak untuk memeriahkan suasana dan untuk menghabiskan kupon yang akan dipaksa beli oleh cikgu kami ...apa nak buat? redha je laaa

Kami memang bukan kaki sport atau sportman ...kalau nak kata kaki bangku pun boleh jugak cuma abang besar je yang tak kaki bangku , abang besar kami teror main bola cuma kebelakangan ni abang suka jadi in door diva ..berkurung je dalam rumah ..tak join anak jiran main bola kat surau .

Ok dah tak da apa nak cerita dah ..bai  

-3 boys -

Monday, 10 June 2013

Bermulanya sesi persekolahan ..

Salam hari Isnin , 1 Syaaban...

Hari pertama sekolah..macam biasa susah nak bangun pagi.

Malam tadi pukul 9.50 malam dah kena hambat masuk bilik tido tapi tak tau kenapa kami semua tak dapat tido ..berpusing kanan-kiri , telentang -terbalik masih tak dapat tido ..agaknya pasal masa cuti kami biasa tido lambat kot.

Pagi tadi memang susah betul nak bangun dan mandi ..macam biasa abang zahin bangun dan mandi dulu ..lepas tu baru abang im dan azri.

Tapi bila sampai sekolah dan jumpa kawan-kawan , jadi seronok pulak ..macam-macam cerita keluar , ada yang bercuti ke Kuching la...ke Langkawi la...kami dengar je la kawan-kawan cerita ..mana tau nanti kami pulak gi cuti-cuti.

Tadi im dan azri pergi kelas kafa ..mama kata bulan puasa nanti tak payah gi kelas kafa ....nanti penat tak larat .

Mama kata puasa lagi sebulan je lagi , makna nya kelas kafa ada sebulan je lagi ...lepas raya baru kami stat kafa.  

Tak sabar tunggu bulan Ramadhan ..bulan yang dinanti-nantikan oleh kami .., bulan ni lah adanya pasar Ramadhan !! ....dan akan ada berbagai jenis makanan penuh atas meja..bestnyee.

Dan kalau bulan puasa, mama akan buat biskut raya .. walaupun biskut raya mama sama je jenisnya tiap-tiap tahun tapi kami tak kisah ..

Hari Sabtu lepas mama ada buat biskut coklat cips ...ha ni cookies yang mama buat khas untuk azri.....

 
 Amboi suka betul adik bongsu dapat biskut banyak coklat ni..

Ok lah ..tu je nak cerita
  
-3 boys -

Sunday, 9 June 2013

Menikmati saki baki cuti

Salam malam Sabtu,

Malam terakhir boleh tido lewat

Esok pukul 10 malam dah light-off pastu pukul 6.15 pagi dah kena kejut dan kena mandi , nasib baik mandi air panas..

Makin lama makin malas nak tulis diari ni tapi mama kami kata kena tulis jugak....supaya tak lupa kenangan-kenangan tumbesaran kami 3 budak lelaki nih..

Kita tulis ikut hari je lah.....

Rabu

Mama cuti ...pagi-pagi lagi lepas breakfast kami bertolak ke KL ..rumah maklong , nak ambik abang besar yang sleep-over tu lah

Singgah Bangi - ada hal sikit , ternampak restoran Subway, lunch kat situ dan tapau untuk abang - abang besar dah lama menyebut nak makan Subway tapi ayah dan mama tak sempat nak bawa gi makan kat situ .

Sampai rumah Maklong , tumpang sembahyang

Balik Seremban, keluar saing dengan Maklong , Maklong check in hospital , esok maklong ada  operation untuk buang keloid..

Masuk je Federal Highway, abang beritahu pencil case tertinggal !!!

Abang kena marah - ayah patah balik tapi dah stat jem...tahan je telinga kena bebel , ambil pencil case dan zasss balik Seremban sebelum jem --hihih.... dah stat jem pun ...sabo je laaaaa .

Dalam kereta abang makan sandwich Subway yang diidam-idamkan ..kah kah kah itu lah jenis orang tak makan sayur....loya terus tekak abang ...tak tahan banyak sangat sayo....dah! no more Subway....

Khamis

Hari ni cuti bagi Negeri Sembilan ....Israq Miqraj

Hari ni Makcik datang!! yahooooo...tapi ayah kena pergi KL ada hal penting.

Kami tinggal dengan mama, maklong pulak operation pukul 8 pagi tadi dan selesai pukul 3 petang..lama nye...kesian maklong, harap maklong cepat sembuh...

Pukul 12  lebih Makcik, Ayahcik dan Kak sya sampai, mama kami masak nasi saffron, ayam masak merah, daging beriyani dan salad sayuran....best !! * kalau tak puji nanti mama kami taknak masak lagi

Ayah sampai dari KL dalam pukul 3 dan membawa berita yang amat menggembirakan ...oppss tu nanti kami cerita lah..not now..

Mama pun gembira dan telah menyediakan sheppard's pie untuk minum petang...

Gambar pinjam google 

Gini la lebih kurang rupa sheppard pie mama ....hari tu tak sempat ambik gambar ...dah kena serbu....

Kami memang suka sangat-sangat kalau ada tetamu datang sleep-over kat rumah kami ....terasa meriah ..cuma yang tak syoknya malam tu terpaksa layan Korea pasal makcik memang hantu cerita Korea .

Mama kami tempa sejarah tido cepat malam tu ...mama tak suka Korea ....mama pun tak sihat sangat malam tu , batuk macam nak terkeluar paru-paru!!

Jumaat

Mama kerja dan makcik pun nak balik Jasin ....

Pagi tu mama masak nasi lemak 

Disebabkan Makcik ada kat rumah ...ada la peluang kami ponteng sembahyang Jumaat..ayah sorang je yang gi sembahyang Jumaat ..

Pukul 3 lebih Makcik , ayahcik dan kak sya balik Jasin...alahai sunyi balik rumah kami ..

Hari ni pagi-pagi lepas breakfast, ayah bawak gi laman basikal ....puas rasanya dapat berbasikal ...berpeluh-peluh...

Sepanjang hari ni kami lepak kat rumah je...homework semua dah siap , Petang tadi pulak hujan selebat-lebatnya dengan guruh dan petir kuat ...lagilah kami terkurung dalam rumah tapi tak pe ..mama kami buatkan kami biskut coklat cip...makan tu je lah masa minum petang .

Malam ni ada peluang tido lambat ni....dah 3 malam berturut-turut kami layan cita Jurassic Park ....best la pulak...

Esok pagi ayah kata nak bawa kami shopping kat Tesco...petang nanti nak rehat je ..dan siapkan beg ..rasa sakit perut pulak bila teringat nak stat sekolah ni...rasa macam nak cuti je lagi...

-3 boys -

Monday, 3 June 2013

Sunyinye bila takde kawan bergaduh ni...

Salam Hari Isnin, 

Minggu terakhir cuti sekolah...kami menggunakan sepenuh masa yang berharga ni untuk berada di samping keluarga ....bahagia rasanya duduk di rumah berehat-rehatkan....* dalam hati menangis kerana tak bercuti ke mana-mana..

Tak pe lah..demi abang besar tercinta kami sanggup tak bercuti kemana-mana ..mama kami janji bila abang habis peksa nanti, beritahu je la kami nak ke mana , mama dan ayah akan bawakan...ha..janji mesti ditepati bukan janji dicapati tau!!!

Sempena tamatnya kelas tambahan yang memenatkan , abang kami minta untuk sleep-over kat rumah maklong..maka selepas tamatnya majlis perkahwinan uncle boy semalam...dengan rasminya abang besar diserahkan kepada maklong.

Kami balik ke rumah dalam keadaan sunyi jer.

Tetiba tak de orang nak buli im dan azri.

Tetiba takde orang bergendang, berdram dalam keta 

Sampai jer rumah , terasa sunyi sangat ...itu la mama kata ..bila berjumpa bergaduh , bila berjauhan rindu-rinduan pulak ..

Petang semalam lepas Asar kami balik ke Jelebu la pulak...hantar maktok 

Rumah maktok dan tokbah lagi sunyi ..kesian maktok dan tokbah ..mesti rasa sangat sunyi sejak maksu takde.

Lepas maghrib kami balik ke seremban, ayah beli roti cheese nan dan ayam tandori 2 set...makan panas-panas ..best!

Malam tadi ayah temankan kami tido...azro tido kat bawah dan im conquer katil tu seluas-luasnya ...ayah temankan kejap jer..ala bukannya takut pun , yang penakut sebenarnya abang besar kami tu.

Hari ni dapatla kami main laptop sepuasnya ..tapi tu la bila abang besar takde ...tak pulak rasa macam nak main laptop tu...kami lebih suka tengok kartun je .laptop terbiar je.

Tapi bila abang besar ada dan dia pakai laptop ..time tu kami berebut-rebut nak pakai laptop sampai menangis-nangis .apasal ek? tak paham sungguh ..

Hari Rabu nanti kami semua akan jalan-jalan ke KL jap..gi rumah maklong dan ambik abang ....mana boleh abang berlama-lama sleep over rumah orang, mama kami tak tahan rindu !

Ok tu jer..Daaa      

-3 boys -

Friday, 31 May 2013

Setelah seminggu bercuti ...

Assalamualaikum....

Sudah Jumaat..sudah seminggu cuti sekolah .

Hari ni hari terakhir kelas tambahan abang, minggu depan abang free....yahooo

Hari ni ayah kami kena pergi KL ..ada hal, disebabkan mama tak sempat ambik cuti maka im dan azri terpaksa duduk la kat ofis mama .

Pagi tadi, kami bangun jer tengok-tengok ayah dah gi KL , mama suruh kami mandi, siap-siap dan sarapan ..lepas kami hantar abang ke sekolah , kami terus ke ofis mama tapi macam biasa , singgah pasar dulu beli air kotak dan sedikit jajan.

Aktiviti semasa melepak kat ofis mama macam biasa lah, main game kat hp mama dan melukis ... bos mama cuti hari ni maka kami berani la nak main game kat komputer mama tapi mama tak bagi main lama-lama.

Main game sekejap pastu layan you tube la pulak .

Tak la lama sangat kami pakai komputer ni ..takut jugak pasal mama kata ni komputer ofis , nanti kalau rosak kena ganti , dah tu kami main pulak game kat hp mama sampai kering bateri.

Dah tengahari sikit , kami dah stat boring dah ..azri melukis la pulak  

Lukisan atau contengan azri ...

Berhelai-helai jugak kertas yang kami conteng tapi mama bagi kami kertas terpakai la....kena jaga alam sekitar jugak ..

Tak lama lepas tu ayah call beritahu dah sampai Nilai . pukul 12 ayah jemput abang dan ambik kami pastu gi makan ramai-ramai ..best ...tapi paling best sekali ayah kata hari ni ayah sorang je la yang pergi sembahyang pasal ayah sembahyang kat masjid lain ..bukan masjid yang kami biasa pergi tuh.

Dah tu melepaklah kami semua kat ofis mama, habiskan biskut mama dan habiskan kertas dengan lakaran berseni kami ..hihih ..nasib baik bos mama tak de!

Dalam pukul 2 lebih ayah kami call....jemput kami balik ..macam biasa lepas sembahyang jumaat ayah mesti beli ais krim ..kali ni siap dengan rootbeer sekali ...buat float terus..nyummy .

Apa kucing kami buat kat rumah ..heh tido je lah sepanjang hari ..Min sememangnya kucing untuk dilihat sahaja ..pegang jangan.

Tu dia ....bermalas-malasan .

Sungguhpun begitu mama kata Min dah stat manja ..setiap pagi min akan tunggu depan pintu bilik mama....mama bukak je pintu dia dah ada , pastu turun bawah sama-sama.

Makan pun kena layan dulu kalau tak Min tak makan ..mengada kan ..

Hujung minggu ni kami gi makan lauk orang kawin..abang pulak nak sleep over rumah abang afiq tapi mama belum beritahu maklong lagi ..tengok lah camne nanti...
 
-3 boys -