Tuesday, 23 April 2013

Ribut petir dan hujan lebat

Salam Selasa...

Rupanya-rupanya semalam ada ribut dan angin kencang ..patutlah ustaz tak bagi kami ke mana-mana, semua kena tunggu kat surau, ribut rupanya .

Pagi tadi masa ke sekolah baru perasan atap bumbung blok tahun 1 tercabut ...masa lintas jalan dari tempat parking ke sekolah baru perasan bila dongak kat atap tu boleh nampak langit terus ...atap biru tu semua dah terbang.

Nasib baik tak de sapa-apa cedera semalam.

Nasib baik sampai rumah je semalam , hujan dah reda.

Dapat lah kami semua makan kat restoran malam semalam sempena ulangtahun perkahwinan mama dan ayah yang ke 13 ..paling seronok mama lah pasal mama tak payah masak. 

Tadi masa kafa hujan dah stat lebat ...risau lah jugak tapi nasib baik tak lama lepas tu hujan pun reda.

Dapat lah abang zahin pergi tusyen tanpa gangguan malam nanti.

Tiba-tiba teringat ..bulan Mei nanti ada peperiksaan setengah tahun ..eh sekejap je nak bulan 5 kan ..minggu depan ni dah pun bulan 5 ... mama kami kata bulan 5 juga ada hari mengundi..Kali ni kami ikut mama balik Jelebu nak mengundi.

Kami tak risau pasal mengundi....kami lebih risau pasal nak peksa nih. 

Sempat ke nak ulangkaji ni ..nak tengok Iron Man 3 lagiii....aiyakkk    


-3 boys -

No comments: