Monday, 22 April 2013

Isnin yang basah....

Dear diary.....

Hari ni hari Isnin ....dah kena sekolah macam biasa..seronok betul minggu lepas, kami sekolah 2 hari jer..tapi mama kata lepas ni dah tak de jalan-jalan dah, dah tak de ponteng-ponteng dah ....semua kena tunggu abang kami habis periksa UPSR...

Sekarang ni dah mula musim hujan..tiap-tiap hari waktu pagi cuaca baik, tengah hari panas membahang sampai kipas kat kantin pun tak terasa tapi bila petang jer ..mula la hujan lebat lengkap dengan kilat petir ....bila hujan-hujan camni , memang rasa tak selesa bila ramai-ramai gi surau ..mula lah selipar hilang lah, baju seluar basah lah ...

Nasib baik masa kami semua pergi Ipoh hari tu , cuaca baik..dapatlah kami bermandi manda di kolam renang hotel dengan gembiranya.     

Sabtu lepas ayah bawa kami semua tengok wayang ...best sangat ..rasa macam nak tengok lagi jer tapi ayah kata tiket wayang sekarang sangat mahal ....dah le tu cerita box-office..kami tengok cerita ni...

 
 gambar google

Movie ni memang best cuma kami tak faham ..kenapalah dia orang ni suka sangat buat cerita pasal dunia ni dah musnah..tak takut ke..

Minggu depan boleh tengok wayang lagi....tunggu lama dah ni...kami nak tengok Iron Man 3..tengok trailer dia macam super best je..tak sabar ni.

Ahad semalam kami balik Jelebu sekejap....mama nak tengok maktok yang baru lepas operate mata. Alhamdulillah maktok nampak sihat ..mata pun dah ok , lepas ni maktok tak yah pakai cermin mata dah ...senang la maktok nak mengaji ker, baca suratkhabar ke...tengok tv ke..

Ni tengah hujan lebat ni...tadi masa balik dari kafa , kami nampak banyak bendera-bendera tercabut dan bersepah atas jalan..ayah kata kesian kat penunggang motor , boleh jatuh kalau langgar bendera-bendera tu ..ayah kata sekarang tengah sibuk kempen pilihanraya , tengah sibuk perang poster ..macam-macam poster ada ..abang zahin la yang teruja ambik gambar sana-sini .

Mama kami kata pilihanraya kali ni best kerana abang zahin dah boleh belajar pasal pilihanraya ..pilihanraya dulu tu buat pada tahun 2008, masa tu abang zahin  baru tahun 1 , tak faham apa-apa ..sekarang abang zahin dah tahun 6 , dah boleh la tahu pasal parti-parti politik semua tu . 

Kami masih tunggu ayah transfer gambar-gambar , nanti kami nak tulis kat diari kami ni pengalaman naik keretapi ke Ipoh dan aktiviti jalan-jalan kami ke Ipoh .. kami sebenarnya tak jalan-jalan sangat pun ...banyak lepak hotel jer...ayah pun ada kerja dan balik pun dah lewat , tak de lah masa nak jalan-jalan tapi tu kami tak kisah , asalkan dapat tidur hotel, mandi kolam renang, gi makan-makan , tu dah cukup menggembirakan kami.  

-3 boys -

No comments: