Sebagai kanak-kanak yang sedang membesar , beriadah adalah satu aktiviti wajib... biasanya ayah dan mama kami bawa kami beriadah di taman tasik di seremban setiap hari sabtu , lepas hantar abang ke kelas tambahan. Maka dah lama jugak abang tak beriadah....abang hanya beriadah dengan memerangi pengganas dalam laptop sahaja...
Maka pada pagi Ahad ..last day cuti tu ayah dan mama kami bawa kami semua berjogging di taman yang dekat dengan hotel Allson tu..taman tu agak semak sikit tapi mainan beriadah dia banyak..ada buai, alat senaman , nak panjat spiderweb pun boleh..
Kami sampai lepas sarapan...pagi tu sarapan continental sahaja..apa tu sarapan continental ? ohh mama kami panggil sarapan orang malas...sup cendawan, roti bakar, hotdog dan baked bean.
Sampai-sampai ker kami semua pusing satu round dulu ...im paling semangat ...dia jauh ke depan tinggalkan kami semua....tapi bila dah jauh sangat ayah panggil suruh stop ...bahaya jugak kalau dah tak nampak ..macam-macam boleh jadi..
Cuba tengok azri ..semangat sungguh ..
Lari jauh meninggalkan abang-abangnya dengan semangat waja.
Im dah complete satu round..
Lepas pusing satu round...kami terjah mainan la pulak ..ayah dan mama kami pusing lagi 2-3 round ..ala jalan-jalan jer sambil borak-borak
Main buai la pulak ...tu tengah lawan sapa yang hayun lebih tinggi
Buai laju-laju..sampai cucur atap....
Lepas tu dah dekat pukul 9 lebih mama dan ayah kami ajak balik ...sebelum tu ada lah mereka berdua berbincang nak masak apa ..mama kata daun ketumbar ada ..boleh buat nasi beriyani...waa best tu
Balik tu ayah singgah pasar...mama dan abang je yang pergi beli ....mama kata abang kena belajar gi pasar..sok bini abang beranak..senang ..
Balik dari pasar..kami semua mandi dan stat habiskan baki kerja rumah yang ada..mama kami berperang kat dapur sorang-sorang..
Lepas makan kami tak kemana-mana, simpan tenaga untuk sekolah esok ...azri siap tidur lagi padahal selama-lama cuti ni , tak pernah pun azri tidur siang..esoknya ke sekolah lah dengan riang
Lepas makan kami tak kemana-mana, simpan tenaga untuk sekolah esok ...azri siap tidur lagi padahal selama-lama cuti ni , tak pernah pun azri tidur siang..esoknya ke sekolah lah dengan riang
-3 boys -
No comments:
Post a Comment