Friday 5 April 2013

Jumaat dan jari yang melecur itu...

Salam hari Jumaat...

Rutin biasa....bersekolah dan hari ni balik cepat . Azri pakai kasut lama hari ni , semalam masa PJ, adik kecik kami ni terpijak taik kucing ..terus-terus dia basuh kasut dan stokin sekaligus..taktau camne la azri berkasut basah sepanjang hari sekolah semalam.

Tau-tau masa ayah jemput semalam,  azri berkaki ayam je....kasut pastu main sarung je dengan stoking basah lencun tersumbat dalam kasut...haih  sabo je laaa...    

Hujung minggu taktau nak ke mana ..mama dan ayah tak cakap apa-apa pun...yang kami tahu , mama kata nak beli katil untuk kami ..sebenarnye selama ni kami bertiga tido atas tilam jer....dah lama mama dan ayah nak belikan katil tapi kami yang takmau .....tak yakin lagi kerana kelasakan masa tidur yang melampau .....takut jatuh katil..

Hari ni nak cerita sikit pasal jari ayah kami yang kecederaan tu ...mama kata jari ayah tu melecur tahap ke2 atau orang kampung kata '2nd degree burn' . kejadian berlaku pada malam 17 Mac..masuk waktu isyak masa tu .

                                                     gambar google

Beginilah rupanya jari yang melecur tu ...sebiji sejibon rupa camni...gambar terpaksa digoogle saje pasal masa kena tu semua dah terkejut gigil...tak ingat nak ambik gambar..ayah kata sangat sakit dan pedih ...ye la daging terbakar mesti lah sakit ...






Ni selepas 5 hari ..22/3...masa ni ayah tak letak apa-apa , balut pun tak ...lepas tu ayah check internet camne nak rawat luka terbakar dan tanya doktor Makjah ....makjah kata kena sentiasa pastikan tempat lecur tu lembab.

Makjah suruh letak krim antiseptik atau krim untuk luka terbakar..pastu letak sekali vitaman E oil pastu balut ..jangan bagi luka tu kering , kena lembab sentiasa ...stat dari tu ayah sentiasa letak krim dan tukar balutan setiap kali lepas ambik wuduk.


Luka selepas seminggu ..masih bengkak , merah dan sakit ..ngeri je rupanya .




Selepas 2 minggu ....bahagian yang tengah-tengah tu macam berlubang je ....yang putih-putih tu adalah krim ...memang ikut nasihat doktor makjah yang suruh mesti sentiasa lembab ....tangan ayah pun jadi kering ..kesian ..


Gambar bertarikh 31/3...yang macam berparit tu nak mengecil sedikit ..masih sentiasa di balut tapi kena buka-balut-buka-balut 5 kali sehari ....nak ambil wuduk, mandi semua tu .


Ni gambar hari Rabu haritu ...3/4..nampak dah kering dan luka tu dah stat nak bercantum..masih balut lagi dan ayah kami kata jari tu sakit bila diluruskan .. ...agaknya bila daging baru nak tumbuh..dia gi tarik daging dan kulit kat tepi-tepi tu ....


Haa ni gambar pagi tadi..nampak dah elok kan ...dah semakin mengecil dan nak bercantum....ayah kata tak yah balut pun tak pe dah...puhh teruk juga luka terbakar ni kan...ambik masa panjang untuk sembuh...ni pun dah 3 minggu ..pun belum elok sepenuhnya .

Nanti kami up date bila dah betul-betul elok....tak tau la ada parut ke nanti. Kalau berparut mungkin satu garis je kot ...sebenarnya ayah kami sendiri ngeri tengok gambar-gambar ni...pasal tu la ayah kami ni takleh jadi doktor ....tak boleh tengok darah ..kalau ada darah lebih-lebih tu ayah kami dah nak pitam dah ...pernah sekali tu masa abang zahin kecik ...jari dia tersangkut mata kail ...ayah hanya cakap Allah! Allah ! aje ....terpaku tak reti buat apa.....makjah yang slow-slow tarik keluar mata kail tu dari jari abang...abang masa tu dah meraung dengar satu kampung...tu yang buat ayah lagi panik tu. hahaha ...


Apa-apa pun berhati-hati lah...malam tadi mama kami pun ada buat silap juga ..selesai masak , mama panaskan ayam masak kicap pastu mama kata dia dah matikan api ..terus naik atas solat ..kami yang tengah syok-syok main game ni tetiba bau hangit semacam..tinjau dapur tengok asap dah berkepul-kepul pastu mama takde pun dalam dapur ....nasib baik abang zahin ada ...cepat-cepat matikan api....ayam masak kicap dah jadi ayam bakar kicap berkerak....

Nasib baik dapur tak terbakar ..syukur alhamdulillah....
 
-3 boys -

1 comment:

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...

Info yang menarik. Sebaik-baiknya, bahagian kulit yang melepuh itu jangan diusik dan cuba dipecahkan kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih melarat. Namun sekiranya luka melecur itu tidak berair dan bernanah, kita bolehlah cuba menyapukan cecair daripada pokok lidah buaya untuk mengurangkan radang dan mempercepatkan proses penyembuhan. Pengambilan Vitamin A, C, E dan zink juga sangat digalakkan. Sekiranya bahagian yang melecur itu bernanah, sebaik-baiknya dapatkan pendapat daripada doktor kerana ia mungkin memerlukan bantuan antibiotik.