Bertemu semula di pagi Isnin...
Sudah 4 hari kami semua tak berkucing...rindu sangat-sangat , terdengar-dengar bunyi loceng Lilo ...setiap kali ayah bukak pintu rumah ...terbayang-bayang Lilo berlari-lari masuk , mengiau-ngiau , masuk dapur dan makan ...memang makan aje lah kerja dia ..lepas makan, grooming pastu tido.
Bulu putih Lilo masih ada bersepah dan melekat dalam rumah ni...semalam mama jumpa bulu putih Lilo melekat kat seluar sukan azri....azri ambik dan simpan dalam almari....buat kenangan katanya..sah le azri rindu kat Lilo.
Ayah kata nanti kita cari lah pengganti tapi lepas kami semua balik dari Ipoh la....kami semua nak ke Ipoh , ayah kami ada kerja kat Ipoh pastu mama pun nak melawat Nek Su ipoh yang kena sakit barah tu .
Kami akan ke Ipoh naik keretapi....ni lah kali pertama kami merasa naik keretapi ..sebenarnya abang zahin dah naik keretapi dah ..pergi rumah arwah ayahngah kat JB tapi masa tu abang zahin kecik sangat ..belum umur 2 tahun dan belum berjalan pun.....jadi tak ingat apa pun....
Mama kata tempoh perjalanan ke Ipoh ambik masa 3 ke 4 jam .....wah abang pun sibuk la masukkan lagu-lagu baru dalam MP3 dia , azri dan im pulak rancang nak bawak buku...hihi sebenarnya ayah kami dah bagi homework kat kami , homework abang adalah buat karangan 'catatan perjalan dari seremban ke Ipoh menaiki keretapi' ....
Homework im pulak mencatatkan nama semua perhentian stesyen keretapi sepanjang perjalanan dari seremban ke Ipoh dan homework untuk azri pulak lagi best....kira berapa jumlah roda keretapi.....ha ha ha sabar je lah. macam tak ikhlas je nak bawa kami jalan-jalan naik keretapi...
Ni la keretapi yang bakal kami naik....tak sabar pulak rasanya.
Daaaa
-3 boys -
No comments:
Post a Comment