Tuesday, 24 September 2013

Semoga maktok cepat sembuh

Salam Selasa..

Hari Sabtu lepas kami semua balik ke rumah maktok.

Mama kena tolong kemas-kemas untuk persiapan majlis aqiqah Aydan minggu depan. 

Malam tu maktok gi surau, kami yang kat rumah ni makam malam lah macam biasa . 

Dah dekat pukul 10 lebih camtu , dengar bunyi enjin kereta maktok sampai , mama buka pintu dan keluar sambut maktok ..tak lama lepas tu dengar kecuh-kecuh , mama dah jerit-jerit panggil maklit, rupanya maktok jatuh dalam longkang dan tak boleh jalan . 

Alkisahnya, masa maktok sampai, mama nampak maktok tengah bersusah payah park kereta, ruang sempit pasal kereta Maklit yang bagak tu dah park kat situ.

Mama pun cakap kat maktok biar mama park kan kereta tu.. Maktok keluar dari kereta dan mama terus park kan kereta tu..rupanya maktok tak perasan besi cover longkang dah renggang , terus terjerumus dalam longkang dalam tu.

Mama mulanya tak perasan , hairan pulak apsal tak nampak maktok kat belakang, tengok-tengok dah jatuh.

Mama dan maklit angkat maktok pasal dah tak boleh jalan langsung, terus bawa ke hospital . 

Pukul 12 tengah malam baru mama, maklit dan maktok balik ...doktor kata tulang belakang maktok patah ..kena rehat baring je kat katil dan hari Isnin kena pergi hospital seremban. 

Kesian sangat kat maktok, malam tu maktok baring tegak je tak leh gerak-gerak . 

Pagi esoknya rasa sedih pulak, pasal biasanya maktok akan turun dapur dan masak sarapan sama-sama dengan mama, tapi semalam maktok berbaring je atas katil.

Lepas sarapan ayah bincang dengan mama dan cadang bawak maktok gi jumpa doktor pakar kat Senawang Specilist Hospital, ala hospital patah jari abang besar dulu dan hotel mahal yang azri check in dulu tu.

Mama pun bincang dengan yang lain-lain , dalam pukul 11 camtu, makjah pun balik , pastu mama, ayah , makjah dan maktok pergi lah ke seremban , gi hospital tu ...makjah bawak Aydan sekali ..

Pukul 3. lebih baru mama balik dan mama beritahu maktok kena masuk wad tapi berita baik nya tak de tulang yang patah. Alhamdulillah.

Semalam mama kena ambik cuti la, maktok keluar dari hospital dan mama hantar maktok balik je jelebu...

Sekarang ni maktok tengah rehat je kat rumah , duduk kat wheel chair je..nasib baik ada bibik , mama kata bibik tu yang hantar makan minum semua ke atas. walaupun Bik Som tak pandai masak, sekurang-kurang nya dapat jugak maktok makan ..

Harap maktok cepat sembuh , hujung minggu depan kami semua akan balik lagi ke jelebu , ada kenduri aqiqah Aydan .. nanti semua kazen-kazen akan berkumpul ..seronoknyeee..        

-3 boys -

No comments: