Friday, 15 January 2016

Cuti-cuti penutup 2015

Salam Hari Jumaat,

Tamat sudah minggu ke dua persekolahan.
jadual berubah-rubah
Mulanya Im dan azri balik pukul 1.45 petang sekarang ni, lambat giler....laparrr, sebab sekolah buat rehat 2 kali jer.
Tapi bersesak-sesak masa rehat 2 kali tu, sebab ada 3 darjah yang rehat serentak..sampai ada yang kena makan dan minum berdiri.
Last-last tukar balik 3 kali rehat dan balik semula pukul 1.35 tengah hari.
Kan ke senang camtu

Ok ni nak cerita cuti-cuti penutup 2015 keluarga kami.
Kami ke Langkawi....yeaaa

Hari Pertama - Isnin 

Flight pukul 2.20 pm KLIA
Kami gerak dari rumah naik teksi pukul 11.30 am...bersesak-sesak jugak la dalam teksi sebab kami berlima , tapi kami kan travel light, beg tak la banyak.

Sampai airpot, kami terus drop in beg-beg kat kaunter MAS...drop beg jer sebab ayah dah check in online...beratur agak panjang tapi excited punya hal tak terasa beratur panjang tu, azri dan im tersenyum lebar je sepanjang masa.

Dah siap drop beg, kami gi lunch dulu, lunch kat food court tingkat 2.
Ok jugak la makanan kat situ, affordable dan sedap
Lepas lunch ingat nak gi solat, tengok2 tak sempat , ayah kata niat jamak dan qasar nanti sampai Langkawi jamak qasar zohor dan asar.

Cepat-cepat masuk gate, mak aii jauh gile berjalan nak sampai gate 11 tu, rasa macam tak sampai-sampai, pastu kat depan kami ada satu family mat salleh berjalan punya lambat sebab ada nenek tua diaorang ikut sekali....kena la follow jer, nak potong tak boleh seluas-luas kawasan diorg berdiri  sabo je la.

Hampir pukul 2, kami semua selamat berada dalam perut pesawat, ini budak first time duduk tepi tingkap sebelah ayah, mama, im dan abang besar duduk row sebelah ..im tepi tingkap tentunya.


Excitednya.


Row sebelah.


Bila pesawat berlepas jer, baru la mama kami tahu betapa penakutnya abang, bila bergegar jer...abang pegang mama kuat-kuat, rasa ngeri amat sangat...ohhh hati kecik rupanya..hahaha


Hasil petikan kamera oleh azri.

Tak lama kami dalam perut kapal terbang, sejam jer..dapat la welcome drink, jus epal dan kacang..jus epal yang disangka arak oleh im, kaler sebiji macam beer..hait mana ada arak, ayah kata arak serve kat first class dan bisness class jer.

Tak sampai sejam pun, dah mendarat kat Langkawi, pekak jap telinga, tak selesa la naik kapal terbang ni.



Langkawi International Airport....kecik jer.
Abang dan im dah sampai sini tahun 2008 dulu, masa tu pergi ramai-ramai dengan family mama, arwah mak su Annie pun ada masa tu. 

Masing-masing sibuk cari toilet, pastu kami gi ambik kereta sewa.



Keta viva yang setia membawa kami jalan-jalan sepanjang 4 hari kami kat sana, aircon sejuk, radio clear, selesa la kiranya.

Mulanya kami nak gi cable car tapi uncle kat kaunter keta sewa kata elok lah pergi pagi sebab terlalu ramai orang, dia pun suruh mama beli tiket kat dia jer, tak yah beratur nak beli tiket, kena beratur nak naik cable car jer

Setel beli tiket cable car, kami pun memulakan perjalanan menjelajah Pulau Langkawi.

Destinasi pertama . tapak beras terbakar.

Senang jer nak cari, pakai waze gerenti sampai.

Sampai jer gi parking, nampak pulak kedai mamak yang kita semua makan ramai-ramai dengan maksu Annie dulu, gi la minum dulu kat sana, walaupun tak lapar, ayah order juga roti kosong 2 keping , memang sedap roti canai dengan kuah kari dia...meletoppsss

Kat sana ada terlalu banyak gerai-gerai jualan sampai tak nampak mana tapak beras terbakarnya!


Kena melepasi semua gerai-gerai ni baru nampak rumah yang ada tapak beras terbakar.





Ada la rupa macam beras tapi dah rentung la.


Dulu-dulu mama cerita tapak ni dibuka pada orang ramai dan orang ramai boleh cari dan kutip bawa balik beras-beras terbakar ni tapi sekarang tempat ni dah dipagar , tak boleh masuk dah, agaknya stok beras rentung dah habis.

Mama cerita dulu mama dapat 3 butir beras terbakar tu, balut dalam tisu pastu simpan dalam purse...pastu bila dah balik rumah , nampak ada tisu dalam purse, ingat sampah, buang la..pastu baru teringat ada beras terbakar dalam tu...adoii sungguh rugi.

Kami tak lama kat situ, ambik-ambik gambar pastu gerak la..kat sana ada masjid. Asar pun dah masuk, kami terus jamak asar dan zohor terus.

Setel solat, lega rasa dan ayuh teruskan perjalanan...bukak waze lagi.

Ke mana kita, mama kata jom ke Kota Mahsuri.

Sepanjang perjalanan, view memang cantik, ada gunung-gunung dan sawah-sawah padi, memang tak sama dengan kat Seremban, awan pun cantik.. siap boleh cover gunung-gunung.



Gambar yang ni cantik, azri kot yang ambik, boleh jadi lukisan atau pun poskad.

Sampai kat Kota Mahsuri dah pukul 5.40 , tengok-tengok pukul 6 dah tutup, tak sempat la so next time la kami datang lagi.

Jom check in hotel la kalau gitu, badan pun dah berlengas.

Ayah book Bayview Hotel, betul-betul di Pekan Kuah, boleh jalan kaki jer jalan-jalan di Pekan Kuah.

Waze memang bagus, senang jer jumpa hotel
Check in pun mudah, pastu kami semua naik la lif ke bilik

Bilik kat Tingkat 7, ayah book executive suite, agak besar biliknya dan kami boleh makan apa saja dalam mini bar, habis kan untuk hari ni, esok nanti diaorang top up mini bar tu. Kenapa ayah book bilik tu? sebab ramalan cuaca kata thunderstorm, kalau kami tak dapat kemana-mana , kira selesa la berkurung dalam bilik kan. rate nya RM350 ++ satu malam

Jom masuk bilik.


Bilik dia biasa jer la....standard bilik hotel, cuma katil sangat besar, tapi kami bawa juga sleeping bag, abang besar nak tido dalam sleeping bag jer, so save RM80 satu malam untuk extra bed


View dari bilik.

Tapi semua malas nak mandi sebab kalau dah mandi mesti badan dah letih nak jalan-jalan kan, so kami semua fresh up aje dan keluar jalan-jalan ke Pekan Kuah.

Usha kedai-kedai kat situ dan short listkan apa benda nak dibeli nanti

Banyak juga kedai kami masuk, semua lebih kurang sama jer harganya, tengok coklat-coklat memang geram la, beli nougat jer untuk makan-makan.

Lepas jalan-jalan , kami gi makan, makan kat gerai-gerai aje, makan nasi goreng aje ..pedas jugak.

Lepas makan, ayah nak jalan-jalan lagi tapi abang besar pulak sakit perut, so mama dan abang besar balik bilik, im , azri dan ayah jalan-jalan lagi.    Kami tengok-tengok beg Adidas, harga tak banyak beza dengan kat seremban, tak la ber minat nak beli, 

Balik bilik , mandi dan rehat-rehat aje.
Tv dalam bilik memang best, dia ada channel movie pastu siap ada kategori-kategori movie, horror, adventure, comedy, romance, etc....macam ni boleh lepak dalam bilik aj la 4 hari ni, macam-macam movie best ada.

Tido lambat juga , tengok movie, mama dan ayah dah tido dulu....selesa kami ber 4 atas katil besar tu, abang besar pun selesa dalam sleeping bag

Habis dah hari pertama.

Hari kedua nanti kami sambung lagi...


-3 boys -

No comments: