Thursday, 28 January 2016

Happy 12th. Birthday Zaim Raidi

Salam Hari Khamis,

Hari ni 28hb. Januari, 2016..birthday abang im yang ke 12

Image result for happy birthday

Abang im dah bukan kanak-kanak lagi....semua caj dan bayaran dikira sama dengan orang dewasa....dah kena buat kad pengenalan.

Im dah banyak berubah
Dulu im selalu tantrum dan mengamuk....amukan sana sini

Sekarang dah lebih tenang...cuma hembus-hembus nafas macam badak sumbu tu ada lagi la.

Pagi tadi im ke sekolah dengan ceria, masih lagi berfikir-fikir juga apa hadiah im nak demand dari mama dan ayah, nak beli teck deck dah tak boleh , dah cukup quota...dah melambak teck deck dalam almari

Nak beli nerfs rasa macam tak sesuai, rasa macam dah besar sangat nak main Nerfs, lagi pun weapon nerfs dah banyak jugak kat rumah ni. tak larat pulak tengok darts banyak bersepah setiap kali kami main perang-perang.

Nanti la fikir.

Petang nanti mama kata nak beli kek dan Ayamas ...sambut besday sikit-sikit jer sebab malam ni im ada tusyen, kena dinner awal.

Macam biasa kek adalah pilihan im...dah sedia maklum im bukan penggemar coklat, maka bersedia lah dengan kek putih bersih suci tanpa coklat..hahaha....mesti azri, abang besar dan mama rasa tak puas....kek takde coklat adalah bukan kek!!

Sekali lagi....Happy Birthday untuk abang im..semoga im diberikan kesihatan yang baik dan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2016...6A dalam genggaman (tiba-tiba)


-3 boys -

No comments: