Ye esok sekolah!
Boleh ke kami bangun pagi esok? boleh ke kami masuk tidur awal malam ni?
Sepanjang cuti sekolah 6 minggu ni kami masuk tidur pukul 12 lebih tengah malam, ada juga terbabas sampai pukul 1 pagi baru tidur.
Bangun pagi pulak biasanya pukul 6.30 untuk solat subuh pastu tido balik...dan terbabas sampai pukul 10 pagi.hahaha
Esok kena bangun pukul 6 suku...alahai mesti mengantuk.
Tapi bila difikir-fikirkan balik, kira ok lah sebab kami masih di sekolah yang sama dan masih di rumah sendiri, banding dengan kak syirah, kazen kami tu lagi la kesian...kak syirah hari ini telah dihantar oleh maklong ke sekolah agama di Ipoh , duduk kat asrama.
Kalau kami lah , confirm malam tido nanti nangis-nangis punya, dah la tak pernah berjauhan dengan mama dan ayah, kena hidup berdikari kat asrama lagi, kat Ipoh pulak tu, jauh tu!!
Tapi mama kata elok lah kak syirah berdikari, mama kata lagi tak lama lagi mungkin giliran kami la pulak..tinggal di asrama.
Mama cerita pengalaman mama duduk kat asrama tak best, sebab toilet kat hujung bangunan dan mama kena keluar dari dorm untuk pergi ke toilet, mama cerita dulu asrama makjah kat MRSM Muar lagi best, dorm dia ada sekat-sekat dengan almari, 1 cubicle ada 2 katil, pastu tandas kat hujung , kira masih dalam bilik yang sama...jadi kalau nak gi toilet tengah-tengah malam tak lah scary.
Mama cerita asrama mama dulu kalau nak gi toilet tengah-tengah malam memang scary giler, sebab kena keluar dari dorm pastu jalan kaki kat koridor sampai hujung baru sampai toilet. pernah sekali seniour mama cerita, kat asrama masa tu tengah heboh budak histeria, ada satu kakak tu tak tahan nak buang air kecil, tapi tak de sapa sanggup temankan dia, tak tahan punya pasal, dia kencing dalam baldi.....pastu bunyi dia kencing punya kuat sampai satu dorm tergelak....terus hilang rasa takut..kikiki.
Nasib baik la kami semua tak duduk asrama. harap kak syirah tu baik-baik saje kat asrama nya.
OK, beg-beg kami semua dah siap, baju-baju pun semua dah siap..lengkap semuanya
Tinggal nak bangun pagi dan gi sekolah jer ni
Esok kami stat ngaji semula, abang im pun dah stat tusyen nanti , malam esok mama nak hantar daftar .
Kelas art azri pun mula semula hari jumaat nanti
No more rehat-rehat, no more main-main.
Back to school people!!.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment