Friday 22 January 2016

Josh ohh josh

Salam Hari Jumaat,


Entry hari ini khas untuk Josh, kucing yang telah menceriakan hidup kami selama hampir 2 tahun ni. sedia maklum josh bertemu dengan kami dalam keadaan kurus kering, cirit birit dan berkutu. Tiba-tiba datang mengiau-ngiau di belakang dapur.


Gambar ni dah banyak kali ulang tayang..ni la rupa josh kali pertama josh datang kat rumah.

Allah bukakan hati mama kami untuk ambik josh, mandikan, rawat dan bela josh sampai josh membesar menjadi kucing jantan yang hebat.


Ya hebat sebab hari-hari josh mengerjakan kucing-kucing betina di taman kami, menanda kawasan dengan riang ria tak kira di mana, di tayar kereta ayah, di bakul baju mama , di sofa baru mama dan di langsir-lansir!!

Mama kami dah tak larat basuh porch tiap-tiap hari, rumah kami pulak dah jadi macam penjara... pintu, tingkap semua tutup rapat berkunci supaya josh tak boleh masuk dan menanda kawasan dalam rumah.

Kemuncak hilangnya kesabaran mama kami apabila satu malam di bulan Ramadan, mama lupa tutup tingkap dan apabila mama turun ke dapur dalam gelap gulita untuk menyiapkan sahur, mama di sapa oleh ngiauan josh berserta bauan yang menyusuk hidung...Adoii sudah pancut dalam rumah!!

Selain dari itu josh juga selalu bertempur dengan kucing-kucing taiko lain kat taman ini, sering balik rumah mengadu kat mama dalam keadaan luka-luka dan kemuncaknya luka teruk sampai satu jari hilang.


Tangan dah berlubang

That it !! mesti buat sesuatu....mandulkan supaya josh jadi kucing pondan gemuk yang melepak di rumah sahaja

Tapi masa tu dah nak raya, nanti kalau teruskan masalah kami nak balik raya nanti.

Maka seminggu lepas raya , mama hantar josh ke klinik haiwan di senawang untuk dimandulkan, bagi sekali ubat selsema sebab masa itu josh asyik bersin jer.

Setel dah masalah.
Sebulan selepas operation tu, josh pun dah mula gemuk dan sihat...memang dah tak merayau-rayau lagi.

Elok jer lepak-lepak sekitar rumah jer...semakin rapat dengan mama, mana mama pergi mesti josh mengekor..pastu kalau dia merayau, mama panggil sekali nama dia , lambai-lambai sikit, mesti dia datang kat mama.

Tapi tu la, baru nak happy-happy.

Tetiba satu hari mama perasan  kat tempat dikasikan tu...kat telo kiranya la..ada macam bisul dan bisul tu semakin hari semakin besar , dah stat berdarah...Mama kami bawa gi klinik haiwan kerajaan kat Sg Terip, malangnya vet kat situ tak mau rawat josh, dia kata punca masalah dari klinik yang kasikan jadi kena bawa semula pada klinik tu.

Mama pun bawa semula kat klinik haiwan senawang.
Kat sana vet tu operate lagi sekali, bagi anti biotik dan suruh balik.

Lepas 3 hari luka tu masih tak kering, malah berdarah pulak.

Bawa semula ke klinik senawang tu dan kami diberitahu bahawa josh kena jangkitan sporo dan diberi ubat super mahal ni...redha aje la.




Mama kami memang jaga josh betul-betul, belikan cage baru dan sapu krim untuk kulat kat luka josh tu setiap hari.

Bagi ubat juga setiap hari, punya la susah nak  bagi ubat cair tu, kena pegang tengkuk dia betul-betul. Lepas habis ubat tu, luka josh pun kering. Alhamdulillah josh kembali sihat dan mula selera makan.

Dah mula gemuk, nak angkat josh sebelah tangan memang tak larat la.

Bila dah sihat ni, macam-macam pulak aktiviti dia, kerjakan burung sampai bersepai, bunuh tupai, bunuh tikus-tikus, ada jer jumpa bangkai tikus tinggal separuh kat keliling rumah..emmm good job josh, jaga rumah dari anasir-anasir jahat.


Kejar tupai dalam siling atap sampai pecah siling tu


Bunuh tupai

Dalam pada tu cuti sekolah hujung tahun pun mula..kami pun banyak la masa kat rumah, memang seronok main-main dengan josh, josh pun dah mula dibenarkan masuk rumah dan dia sendiri konfiden jer tido atas sofa.

Dia jadi semakin manja jugak, mama keluar jer rumah nak jemur baju, mesti dia datang gesel-gesel kat kaki pastu duduk lepak sekitar situ kira macam temankan mama la.

Lagi sekali, baru nak happy, happy....mama kami perasan bisul tu tumbuh semula. kali ni lagi agresif, kejap jer dah besar dan berdarah-darah.

Mama bawak pergi klinik haiwan kerajaan, lagi sekali vet kat situ tolak tak mau rawat josh...chit porrrahhh..

Vet tu kata mesti kena infection masa operation kat klinik senawang tu, hantar balik kat sana suruh diaorg setelkan masalah ni....alahai sedihnya rasa.

Mama kami tak mau bawak lagi kat klinik senawang tu, mama kata dalam wad kat klinik tu memang ada banyak kucing kena sporo, ntah-ntah penjagaan tak rapi, berjangkit kat josh masa josh masuk wad kat sana. 

Mama sapu jugak krim fungal yang dulu tu tapi tak de perubahan, jadi semakin besar sampai josh susah nak duduk, josh banyak baring jer dan makan pun dah tak lalu...huhu..semakin kurus semula.

Mama pun  google , jumpa klinik haiwan kat Rasah, Dr Paul namanya.. ok lah doktor tu dah tua, dah ada pangkat Datuk, ayah kata doktor tu memang pakar dalam sakit-sakit berkaitan perut kucing-kucing.

Dr Paul check josh dan dia cadangkan bawa ke Hopital Veterinar UPM...diaorang akan buat biopsi dan mana tau ketumbuhan tu kanser ker....adoi..bertambah susah hati mama kami. Josh terkurung la dalam cage semula.

Dr Paul tu bagi ubat untuk cuci luka josh tapi mama susah nak cuci sebab setiap kali tersentuh tempat luka tu, josh macam tersentak-sentak dan marah-marah, sakit sangat agaknya, kesian josh.

Masa tu dah hujung-hujung cuti sekolah, mama dah sibuk dengan persiapan sekolah, kami sekeluarga pulak nak gi Langkawi masa tu..jadi tak sempat la bawa josh pergi UPM tu.

Maka kami pun berjalan-jalan la ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam tu dengan hati yang risau. Mama semasa di Langkawi asyik teringat kan josh, risau takut jadi apa-apa. so bila kami sampai rumah jer hari khamis malam tu, kami terus cari josh..Alhamdulillah dia ok cuma nampak kurus sebab dah kurang makan.

Hari Isnin tu kami stat sekolah, ayah memang dah ambik cuti sampai hari selasa , maka hari isnin itu semasa kami semua berada di sekolah, mama dan ayah bawa josh ke hospital veterinar UPM.

Vet kat sana buat test dan beritahu josh kena jangkitan kulat yang teruk....maknanya sporo tu dah semakin melarat. masa tu luka bisul josh tu memang dah besar dan sentiasa mengeluarkan darah

Vet bagi antibiotik untuk 10 hari dan ubat untuk sporo.

Mama la yang uruskan bagi josh makan semua ubat-ubat tu.. mula-mula tu josh masih ada selera makan, makan juga wet food yang dicampur dengan ubat sporo tu....bisul tu vet tak kasi usik, biar camtu jer vet tu kata.

Mama yang jaga josh perasan yang dari hari ke sehari, josh semakin tak nak makan, puas dipaksa, disuapkan makanan dalam mulut ....pun tak mau kunyah dan telah, josh banyak minum air jer.

Pastu dia banyak habiskan masa dengan tidur ajer.

2-3 hari tu josh masih nampak bertenaga, bila nampak kami lalu, bising mulut dia mengiau-ngiau..cuma mama risaukan bisul tu semakin membesar.

Hari isnin 18/1/2016 , masa mama bersihkan cage josh mama perasan ada banyak ulat-ulat , magot dalam cage....terkejut ..rupa-rupanya bisul josh dah penuh ulat pastu siap ulat tu jatuh-jatuh depan mata mama.

Masa tu mama kami kata dah rasa luluh hati dah, josh semakin kurus sangat ...dah tinggal tulang..mama cerita masa cuci cage, josh nak keluar , mama bagi dia keluar ..masa tu la mama perasan ada magot kat bisul josh pastu mama angkat josh masuk balik dalam cage, Ya Allah ringannya josh...sedih nak menangis masa tu.

Tak tahan tengok keadaan josh, mama kami pun call klinik haiwan senawang minta advice...diaorang kata terpulang pada owner, kalau tak de pilihan, boleh pilih untuk put down supaya tak terus-terus terseksa.

Mama pun google untuk tahu hukum dari segi agama islam....adakah berdosa sebab ajal di tangan Allah, kalau kita pilih untuk put to sleep , dah macam membunuh....dari beberapa carian, hukumnya harus sekiranya jika membiarkan haiwan hidup lebih memudaratkan , menyeksa daripada PTS kan haiwan tu.

Mama pun minta abang tanya ustazah abang yang lebih arif.

Esoknya abang beritahu ustazah kata pts dibolehkan untuk elak haiwan tu lebih menderita.


Ni gambar pagi semalam ..khamis 21/1/2016.

Masa ni josh dah sangat lemah, mata pun dah kuyu.
Bila baring , dah nipis sangat dah badan dia...melihat keadaan ni, mama cuba lagi untuk call UPM untuk nasihat, malangnya UPM kata tak boleh consultation melalui telefon, kena  bawak jumpa vet.

Bila pulak masanya nak jumpa vet.....minggu ni mama terlalu sibuk dengan appointment tok bah , pastu hantar tokbah dan maktok balik jelebu lagi...lagi tunggu lagi azab josh .

Maka petang khamis tu, dengan berat hati dan dengan linangan air mata, mama kami bawa josh ke klinik haiwan senawang untuk ditidurkan.

Kami semua tak sanggup nak teman mama, sedih sangat, terpaksa lah mama sorang-sorang jer bawak josh. Mama cerita sepanjang perjalanan ke klinik, josh mengiau perlahan ajer...sebenar josh sangat takut naik kereta, selalu dia akan mengiau kuat-kuat...ni dah tak de tenaga, slow jer mengiau..ooo...sedihh!!

Mama cerita mama tak tahan, mama menangis depan vet tu, mama pun tak sanggup tengok, vet kata akan pengsankan dulu josh baru cucuk untuk put to sleep tu. mama nampak mata josh berair banyak, agaknya josh pun sedih kot.

Mama tunggu jer kat luar sambil tahan air mata...15 minit lepas tu, vet tu buka pintu dan angguk kan kepala...maknanya dah selesai..dia suruh mama masuk tengok josh tapi mama pandang dari jauh jer, nampak josh terbaring atas meja tu....Allah.. mama kata tak boleh lupa sampai bila-bila.

Lepas tu mama setelkan bil , vet pulangkan colar josh tapi mama tak sanggup ambik.

Josh pun mama tak bawa balik...tak sanggup dan terlalu sedih...mama bayar sekali upah tanam untuk josh...nampak macam kejam kan tapi memang tak boleh, tak tahan tengok josh nanti

Josh tetap kami kenang untuk selama-lamanya.

Dah mula rindukan josh, takde lagi mama kami nak panggil jojie!!, Jojie!! tak de lagi kucing nak temankan mama jemur baju...sob..sob...sob

Tak mau ada kucing lagi, cukup lah Min peneman kami ...harap min sihat dan dipanjangkan umurnya.


-3 boys -

1 comment:

Unknown said...

Aunty tak tau la blog ni masih aktif atau tak, tp aunty ada masalah yg sama. Cuma kucing aunty masih blh mkn minum. Cuma nampak kudis sporo mcm dah aktif...mula kelur byk dikaki. Bersin berdarah ada la dlm nk dekat 2 bln. Dia pn mul duduk je sbb jln pn terhenjut2. Kwn aunty nasihatkan pts...tp serius aunty x sampai hati sbb kucing tu masih tegur aunty, blh mkn minum. Tp bila google tgk, byk kes yg sporo ni akan dtg semula dan jd lebih teruk. Rawatan pu perlukan bersihkan cage dgn clorox...mcm2 la sedangkn aunty ada ekzema. Tau la kulit org ekzema ni ...kadang gatal dan garu2..maybe ada luka skit. So bimbang sgt klau terjangkit sporo kucing tu. Aunty betul2 dlm dilema....nk pts tp tak sampai hati. Susah hati sgt smpi bru perasan, smlm aunty hanya bfast je...