Friday, 10 July 2015

23 Ramadhan

Salam Jumaat,

Lagi 7 hari lagi nak raya

Dah 23 hari berpuasa, masing-masing dah mula tak bertenaga..payah betul dikejutkan untuk bangun sahur, tertempik pun belum tentu terbangun untuk bersahur..kikiki

Persiapan raya kami dah setel, mama dan ayah dah beli sebelum puasa lagi..mama dengan ayah jer masih belum ada baju raya, kami bersederhana je macam tahun-tahun lepas jugak, lagi la tahun ni ayah kata barang-barang semua mahal dan ayah pun baru kehilangan abang , jadi ala kadar aje la.

Yang penting pagi raya, ada makan-makan best, pastu gi sembahyang raya , pastu salam-salam dapat duit raya pastu ambik gambar ramai-ramai..dah setel raya!!

Tahun ni kami semua beraya kat rumah tokbah di jelebu, mama kata hari ke dua baru balik rumah makcik kat jasin, anak-anak ayah lang mesti berkumpul kat rumah makcik..kesiannya kazen-kazen kami tu beraya tanpa ayah mereka.

Ni dah nak raya ni, mama kami lagi la tak de idea nak masak apa untuk berbuka, tambahan pula sekarang ni tengah sibuk buat kuih raya.

Semalam mama kami dapat buat 2 jenis kuih, biskut arab dengan cornflakes madu, biskut arab tu la penyebabnya azri berbuka awal semalam. Sampai jer rumah tengok-tengok dah ada 3 balang biskut arab siap dengan bertahtah kan manik, adoi....terus merayu nak berbuka.

Hari ni ayah dah pesan kat azri suh tahan berpuasa penuh.

Cemana nak bagi tahan berpuasa penuh?

Ha..ni makanan wajib kami sepanjang bulan puasa ni.


Bekalan yang tak pernah putus, kami makan ni masa sahur, makan lepas makan nasi dengan minum milo panas, ayah kata banyak bagi tenaga, memang pun, esoknya tak lah penat sangat.

Cuma yang tak tahannya cuaca panas, tekak rasa tersangatlah haus , kering tu yang bila masuk waktu berbuka, macam tak sedar diri minum air , tak leh stop

Ni dah lama juga tak hujan ni, waktu berbuka pun semakin lewat, hari ni berbuka pukul 7.26 pm....adoi lambatnya.


Ni hidangan berbuka hari apa dah tak ingat, mama buat sendiri..peh puas makan roti jala dengan kuah kari, ayah pulak suka roti jala dengan sambal.

Mama kata kalau beli roti jala ni 5 ketul harga RM2, mana cukup. makan 8-9 ketul baru kenyang. Mama kata harga makanan kat pasar ramadhan tahun ni sangat mahal, disebabkan tu mama kami sanggup masak.

Boleh kira dengan jari la berapa kali kami gi pasar ramadan, tu pun beli air dengan kuih-kuih jer, setakat hari ni belum pernah lagi beli makanan berat-berat kat pasar ramadan.

Tapi tak tau la 2-3 hari lagi ni, mama kan dah stat sibuk buat biskut raya, rasanya ada juga lauk-lauk beli jer ni.

Hai tak sabarnya nak raya, sekolah pun tinggal lagi 2 hari je lagi..letih betul sebab cuaca sangat panas, perjalanan balik dari sekolah jadi sangat mencabar, lagi la pulak kena jemput abang besar dari kgv menengah , mama kami sampai tertido-tido menunggu abang..tu yang bila kami tengok mama macam mengantuk jer, kami pasang lagu kuat-kuat jangan bagi mama tertido, bahaya tu.

Ok tu jer, nanti kami bercerita lagi.  oh ye sebelum terlupa , hari tu kami gi tengok wayang .Cita Terminator, best   tapi tak berapa ngam la tengok wayang masa bulan puasa ni, tak tahan la bau pop corn bercaramel tu!!

-3 boys -

Tuesday, 7 July 2015

Al Fatihah buat Ayah Lang

Salam 20 Ramadhan

Ayah Lang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436H jam 5.35 petang.

Pada masa tu kami semua balik jelebu untuk berbuka bersama-sama dengan maktok dengan tokbah untuk kali pertamanya. Lepas Asar ayah ajak jalan-jalan ke bazar ramadan kuala klawang sebab kawan mama beritahu bazar ramadan kat kuala klawang adalah awesome.

Lepas parking kereta dan tengah berjalan ke bazar, hp mama berbunyi, abg jemil call mama dan beritahu ayah lang dah takde..terus hilang mood dan selera nak beli apa-apa.

Kami menyusuri gerai-gerai dengan pandangan kosong , mama sampai tak tau nak beli apa...akhirnya kami cuma beli air asam boi dengan air kathira dan kuih buah melaka sikit, terus balik rumah .

Beritahu maktok berita sedih tu, maktok kata balik la lepas berbuka, mula tu mama nak balik lepas sahur sebab ini la kali pertama dapat berbuka dan bersahur dengan maktok dan tokbah, tapi ayah kata jenazah mungkin sampai cepat, tak elok la kalau kami sampai lambat kan.

Pkl 8.45 malam, abang jemil call ayah dah beritahu jenazah dah selesai dimandikan, dikafankan dan dah ready nak dibawa balik ke rumah makcik kat kampung chin chin.

Kami pun siap-siap la nak balik, tak jadi nak gi terawih, sebelum balik makan nasi dulu sama-sama dengan tok abah dan maktok, berbuka tadi kami makan mee hailam mama masak .

Dah makan kenyang-kenyang, kami pun bertolak balik, singgah seremban dulu ambik baju-baju tambahan, mama buat air nescafe panas untuk bekal jangan mengantuk, pastu bertolak la ke jasin.

Sampai rumah makcik dah pukul 12 lebih camtu, tengok orang dah ramai, kereta penuh, melangkah masuk , ternampak jenazah ayah lang terbaring ditutupi dengan kain batik, sedih sangat rasanya .

Azri dan im dah tido dalam kereta, terpisat-pisat bangun, mama siapkan tempat tido pastu im dan azri sambung tido.

Mama, ayah dan abang terus ambik wuduk dan baca surah yassin untuk ayah lang ramai-ramai dengan kazen-kazen yang lain, mama baca yassin 3 kali.

Malam tu semua gilir-gilir baca yassin dan berjaga sepanjang malam, pukul 3 pagi, mama dan ayah baca lagi yassin pastu tido pukul 3,30 , bangun balik pukul 4.30 untuk sahur, makngah dah beli banyak nasi lemak dengan nasi goreng untuk sahur malam tu sebab kalau tak silap , kalau ada jenazah dalam rumah, haram untuk kita masak-masak dalam rumah.

Lepas imsak kami solat suboh berjemaah dan baca yasin lagi beramai-ramai..ayah cik memang teman kan ayah lang sepanjang malam tu.

Pukul 9 lebih, orang masjid pun sampai, mereka baca yassin dan buat tahlil, lepas tu ikatan muka ayah lang dibuka untuk semua orang tengok dan cium, kami tengok dari jauh saje, tak tau kenapa rasa takut dengan jenazah.

Agak lama juga pak imam bagi peluang semua saudara tengok muka ayah lang untuk kali terakhir, kami nampak muka ayah lang sangat putih bersih, hampir sama warna dengan kapas yang tutup leher dan dahi ayah lang tu.

Selesai semua tu orang-orang lelaki kat situ semua buat solat jenazah berjamaah dan jenazah ayahlang diangkat masuk van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan loji air chin chin.

Kami semua ikut sekali, kubur ayah lang dekat jer dengan kubur ayah ngah, tu la ayah kami kami kata dulu masa ayah ngah dikebumikan di situ, ayah lang hadir sekali, dan mesti dia tak jangka bahawa di situ la tempat dan lokasi kuburnya nanti, hanya selang beberapa kubur jer dengan kubur ayah ngah...ayah kata mati ni tak de siapa yang tahu, semuanya rahsia Allah.

Selesai kebumi semua kami semua balik ke rumah makcik, masa tu dah pukul 10. 45 pagi, mengantuknya mata, ramai la yang sambung tido.

Malam tu buat kenduri tahlil sambil berbuka puasa, menu mee kari dengan kuih-kuih, orang masjid sampai awal dalam pukul 6 .30 petang pastu diaorag buat baca yassin dan tahlil, masuk jer waktu berbuka, mereka terus makan pastu solat maghrib , selesai dah majlis tahlil tu, simple aje.

Tapi hari Ahad tu puasa yang paling mencabar, cuaca sangat panas pastu ramai pulak tu dalam rumah, azri kata masa pukul 5 petang tu, azri dah nak menangis sebab lapar, haus dan panas tapi azri tahan juga sampailah sempurna puasa hari tu. Alhamdulillah.


Gambar kenangan ayah lang yang kami akan ingat sampai bila-bila, ayah lang yang duduk kat tengah pakai baju merah tu.

Ayah lang memang suka pada budak-budak, setiap kali kami berkunjung ke rumah ayah lang, mesti ayah lang akan layan kami dengan baik, pasti kami makan dan minum dengan selesa, mesti sediakan softdrink untuk kami.

Malah ayah kata masa kali terakhir ayah lang masih sedar kat hospital, masa tu nak tunggu buat test MRI, ayah lang tanya kat ayah , "budak-budak tak datang ke" .sedihnya .

TU la kali terakhir ayah dengar suara ayah lang , lepas tu ayah lang dah tak sedar , dan kalau sedar pun dah tak berupaya untuk bercakap.

Ya Allah  cucurilah rahmat ke atas roh ayah lang, ampun kan la dosa-dosa dan tempat kan lah di kalangan orang-orang yang beriman.

-3 boys -

Thursday, 2 July 2015

Sudah Julai, tak lama lagi raya la

Assalamualaikum,

Julai datang dengan gegaran maha hebat.

Mama dan ayah tetiba marah-marah..rupa-rupanya harga minyak naik lagi!!

Adoi.

Ayah dapat tahu harga minyak nak naik ni dari kawan ayah, kawan ayah ni ada stesyen minyak jadi kalau ada apa-apa maklumat ayah dapat dari kawan ayah ni la. maklumat yang tepat dan gitu.

Dalam berita pun tak de cerita harga minyak nak naik.

Nampak gaya lepas ni semua barang naik la harga , jarang la kami dapat berjalan-jalan lagi..waaaa

Semalam mama kami kering idea nak masak apa, terkebil-kebil depan peti sejuk.hahaha
watsap ayah nak masak apa, ayah kata jom beli McD aje...wa...gembira la kami, mama kami lagi la gembira , x yah masak...lauk-lauk semalam pun banyak lagi, boleh buat lauk sahur .

Tunggu ayah balik , sampai pukul 5.40 petang, ayah solat dulu pastu kami gi la beli Mc D, Sampai McD dah pukul 6.30 camtu sebab singgah beli karipap dulu, mama kata hairan sebab McD lengang, x de kereta pun kat drive thru. Mama kata kalau tahun-tahun lepas, kalau dah waktu macam ni, kereta yang beratur kat drive thru dah panjang giler dah.

Pastu ayah pun round-round la kat Dataran Senawang tu, lagi sekali heran sebab kedai-kedai makan pun lengang, kedai satay Haji Samuri lengang, kedai mamak legen pun lengang, mama kata ni mesti petanda ekonomi merundum, dulu mana ada keadaan macam ni . Tapi ayah kata mana tau pukul 7 nanti tetiba ramai org sebab berbuka kan lambat..7.25 petang.

Betul jugak tu, ntah-ntah pukul 7 orang sesak beratur panjang kan.

Apa-apa pun seronoknya berbuka dengan McD.

Lepas berbuka, kami lepak-lepak jap pastu solat, kerja rumah semua dah siap.

Malam tadi mama tak gi terawih, letih, azri pulak  lepas check beg sekolah, golek-golek atas sofa terus tertidur.

Mama dan ayah pulak lepas solat isyak , kemas dapur semua, duduk-duduk la kat meja makan , pastu abang jemil call ayah, abang jemil kata doktor tak bagi kebenaran untuk ayah lang dipindahkan ke Melaka sebab keadaan ayah lang lagi teruk, paru-paru kiri dah collapse terus , tertutup, nafas hanya guna paru-paru kanan yang dah teruk dijangkiti tumor tu.

Doktor sebenarnya dah minta kebenaran untuk masuk kan tiub intubate dan komakan ayah lang tapi anak-anak tak beri kebenaran, ye lah nanti akan lagi menyakitkan ayah lang.

Kami pun tak pasti la macam mana , sempat tak agaknya nak raya sama-sama nanti.

Kami doakan agar Allah permudahkan segalanya untuk ayah lang.


-3 boys -

Tuesday, 30 June 2015

13 Ramadhan

Salam Hari Selasa,

Setakat hari ni azri dah tertinggal 3 hari puasa, yang lain masih menten puasa

Abang besar seletih mana pun tetap kena puasa sebab dah wajib..hihihi
Dah berbagai juadah mama kami sediakan untuk berbuka puasa, tapi jangan risau mama kami pastikan makanan yang dimasak cukup-cukup dimakan dan tak membazir.

Walaupun perkataan berbagai juadah tu macam gempak aje...tapi kami tetap berpegang dengan kata-kata mama kami, bulan ramadhan bukan bulan untuk makan aje, jadi kami tak la minta yang berlebihan untuk berbuka.


Ni hidangan berbuka hari ke berapa lupa dah.

Bihun tomyam permintaan im dan cucur udang permintaan ayah. 

Yang pentingnya kami makan makanan yang dimasak sendiri, puasa kali ni paling jarang pergi pasar ramadan, kalau kami pergi pun hanya beli kuih-kuih sikit dan air aje. lagi pun harga makanan kat pasar ramadan semua dah naik dan mahal, mengarut!!

Air kalerful yang kami suka beli tu sekarang dah RM3 sebungkus, bungkus pun kecik aje, dapat la 3 suku jag air, kena beli 2..dah RM6 .tu air jer.

Pastu murtabak, alahai kecik jer dah RM3 sekeping , kalau kami sekeluarga kena beli 4-5 keping ..dah RM12-RM15 ..tak berbaloi.

Hari tu mama beli kan kami kucing goreng..hahaha...ala rangka ayam goreng tu ..mama beli yang RM4 yang besar sikit .

Image result for rangka ayam goreng

Gambar google , macam ni la rupanya.

Memang rangka serangka-rangka nya....yang boleh dikunyah dan makan hanya tepung aje, daging ayam adalah secoit jer.

Semua yang meniaga semua nak untung lebih, tu yang mama kami ralat tu, sanggup masak sendiri walaupun penat, takpe ma, dapat pahala banyak tu ma.


Dalam pada kami ni seronok-seronok mengadap hidangan berbuka , kami tak lupa pada abang jemil kazen kami yang sejak hari pertama puasa berkampung di HKL jaga ayah lang. Abang jemil kata bila hospital hantar lauk tengahari, abang jemil simpan dalam tupperware untuk makan masa berbuka.

Pastu lauk makan malam yang hospital beri, abang jemil simpan dalam tupperware untuk makan sahur pulak, alahai kesian nya, tapi kami percaya banyak pahala menjaga ayah yang sakit tu.

Ayah kami sebenarnya tak berapa ada mood nak bersiap untuk raya, ye la dengan keadaan ayah lang , semua orang kena bersedia untuk sebarang kemungkinan. 

Teringat pada arwah ayah ngah kami, ayah ngah meninggal masa bulan puasa ..masa tu azri kecik lagi, tahun 2009 kalau tak silap...sedih sangat masa tu.

Kami harap sangat Allah sembuhkan ayah lang, kurangkan penderitaannya, dapat beraya sama-sama macam tahun-tahun lepas..sedih la pulak ni.

Ok lah , nanti cerita lagi

-3 boys -

Tuesday, 23 June 2015

Semoga segalanya dipermudahkan

Salam Hari Selasa 6 Ramadhan,

Sempena bulan ramadhan , bulan yang penuh keberkatan ini kami diminta oleh mama dan ayah untuk memanjatkan doa untuk ayah lang kami yang sedang sakit.

Dulu kami pernah cerita tentang ayah lang, abang no 3 ayah kami. ayah lang telah disahkan menghidap kanser paru-paru dan pembedahan telah dibuat untuk buang tumor pada paru-paru. 

Lepas pembedahan ayah lang sihat, dah tak sakit pastu stat la rawatan chemo.

Tapi ayah lang sihat tak lama, lepas chimo kali ke 2, ayah lang stat sakit semula

Abang jemir, kazen kami la yang jaga ayah lang, ulang alik rumah - hospital HKL untuk chimo.

Sakit bertambah kuat , ayah cerita sampai doktor tambah dos untuk ubat tahan sakit. Hari Rabu masa cuti sekolah , kami semua gi rumah ayah lang, terkejut tengok bekalan ubat yang diberi penuh sekotak.

Ayah lang pulak berbaring jer dalam bilik, bila dah makan ubat dan sakit dah lega baru ayah lang keluar minum sama-sama dengan mama dan ayah kami. 

Tu cerita 2 minggu lepas.

Berita terbaru yang ayah beritahu kami, tumor tu dah datang semula dan dah merebak ke tulang belakang, tulang pinggul , hati dan paru-paru sebelah lagi, patutlah keadaan ayah lang semakin teruk.

Ayah kata mata sebelah ayahlang dah tak leh nampak lagi, berjalan pun dah tak boleh dan yang paling menyedihkan bila sakit ayah lang kuat , ayah lang sampai tak kenal abang mil lagi.

Semalam ayah gi melawat ayah lang kat HKL...keadaan ayah lang memang nampak teruk, terbaring dan lesu, pipi dah cengkung dan tangan pun menggigil-gigil. Ayah kata tumor tu sangat agresif, dalam masa seminggu keadaan ayah lang berubah 100%, kanser dari stage 2A terus jadi stage 4.

Doktor pun dah bagi 2 pilihan, sama ada teruskan rawatan atau bawa balik rumah dan beri rawatan paliatif sahaja.Buat masa ni kazen-kazen kami masih belum buat keputusan lagi.

Kesiannya kat ayah lang

Moga Allah mudahkan dan kurangkan penderitaan ayah lang..walaupun keadaan dah macam tu, kami masih berharap agar ayah lang sembuh seperti sediakala dan boleh sambut raya sama-sama macam tahun-tahun lepas.Amin

-3 boys -