Friday, 28 June 2013

Yahoo ..special Friday kembali lagi...

Salam Jumaat...

Yesss hari ni special friday kami kembali semula setelah 2 tahun ..

Kalau nak tahu, special friday kami berlaku setiap hari Jumaat di mana mama kami akan jemput kami dari sekolah dan bawak pergi tempat makan yang special seperti Secret Recipe, Pizza Hut, KFC, atau mana-mana yang best la..lepas tu baru hantar kami ke rumah mama gayah.

Bila ayah kami bekerja sendiri , tiada lagi special friday kerana kami kena lunch cepat-cepat  dan lepas tu ikut ayah gi solat Jumaat dan lepas tu lepak kat rumah.

Sekarang ayah dah kerja kat KL ni maka boleh la kami berspecial friday semula ..cuma yang tak syoknya dah tak dapat pergi solat jumaat dengan  ayah lagi.

Hari ni sebagai permulaan special special friday. mama kami bawak kami makan di sini ....


     
Kami makan kat pizza hut .

Masa tengah makan, tetiba masuk la kawan mama yang juga mak kepada kawan sekolah abang iaitu kak Iman...abang zahin serta-merta menjadi plastik dah kayu.

Pastu tengah syok makan, abang zahin  nak gi tandas la pulak , mama suruh abang pergi sendiri tapi kalau nak keluar kena lintas meja kak Iman tu ....tapi abang zahin yang dah jadi kayu plastik tu sanggup berpusing ikut jalan jauh nak ke tandas.

Bila mama gelakkan  abang, abang kata kena exercise ..ye la tu bang non ..

Lepas makan, kami semua lepak kat ofis mama sampai balik nanti. 

Bosan dan jemu pulak duduk kat ofis mama ni ..tapi nak buat camne, mama tak percaya kami tinggal kat rumah sendirian lama-lama ..kalau setakat 2-3 jam tu mama percaya lah.

Semalam mama try tinggalkan kami kat rumah, mama cabut suis gas, panaskan mee dan buat air milo ..letak atas meja ..sebenarnya kami ok jer, tapi mama tu yang tak percaya , setiap 30 minit dia call abang...

Bukti kami amat seronok melepak di rumah , mee dan air milo tak terusik langsung ...mama dah balik dan bising-bising baru la kami kelam kabut habiskan.

Mama kata bila mama dah stat ofis sendiri , boleh lah mama hantar kami semua gi solat jumaat , abang nanti dah besar dan boleh jaga im dan azri masa solat , dah habis solat baru mama jemput ..

Bagus jugak plan tu , harap cepatlah mama bukak ofis sendiri ..tak sabar rasanya pasal bila duduk kat ofis mama ni, semua pun tak boleh, cakap kuat tak boleh, gelak kuat tak boleh , main komputer ofis mama pun tak boleh ..maklumlah kat ofis mama kerja , takut boss mama marah...

Esok kami akan ke rumah maktom, maktom buat kenduri kesyukuran dan kenduri menyambut puasa lepas maghrib esok , mama kata nak buat blueberry cream cheese butter cake....waa macam best je nama dia ...mesti best kot..

Ok tu jer..tak sabar tunggu esok, boleh jumpa kazen-kazen ..
  
-3 boys -

Thursday, 27 June 2013

Diheret ke sana dan ke mari

Salam Khamis ..

Ye kami diheret ke sana dan ke mari tanpa kerelaan dan dalam keterpaksaan.

Apa yang berlaku? 

Alkisah ..semenjak ayah kami bekerja kembali ni kami dihantar dan dijemput sepenuhnya oleh mama dan kami taknak duduk rumah mama gayah lagi .

Ye la dah hampir dua tahun duduk bersenang-lenang di rumah dengan ayah tetiba kena duduk rumah mama gayah ...sapa nak kan? 

Disebabkan takde sapa nak jaga kat rumah, kami terpaksa duduk menumpang di ofis mama dengan syarat kena behave ..

Semalam patutnya mama kena heret kami ke mahkamah sebab mama ada kes di mahkamah petang semalam tapi awal pagi mama dapat sms dari bos mama yang mama kena hadir meeting wajib kat ofis mama kat KL.. 

Mama beritahu bos yang mama tak dapat hadir pasal ada kes dan kena jaga kami ni tapi bos kata MESTI pergi dan bawak sekali lah kami ni . 

Makanya selepas kes di mahkamah , mama beli siap-siap McD dan kami makan lah McD dalam kereta sementara tunggu abang besar balik.



Seronok juga makan McD bersempit-sempit macam ni... 

Tak lama lepas tu abang pun balik dan abang pun bengang kerana terpaksa ikut mama ke KL.

Sampai je ofis mama, tak sempat duduk, bos mama dah ajak , nak gerak dah ni..naik keta bos mama , nasib baik  mama tak yah drive , mama bersempit-sempit lah kami dalam kereta bos mama, 3 dewasa dan 3 kanak-kanak .nasib baik tak kena tahan polis .

Pukul 3.30 kami sampai , bos mama parking kat SOGO pastu kami semua jalan kaki ke ofis KL tu ..rasa amat pelik berbaju sekolah di Sogo, rasa macam semua orang pandang ..bukankah sekolah tutup di KL ? Jerebu? 

Sampai kat ofis KL tu ..terpegun jap , ofis KL mama cantik sangat , lobi dia lobi hotel maka bau hotel ada di mana-mana .

Sedang menikmati view berjerebu KL dari tingkat 20 


Abang yang malu-malu kucing, cover line dengan membaca buku tak berhenti .

Kami tunggu sangat lama, mama meeting dekat nak sejam lebih, nasib baik kami dihidangkan air dan kuih-muih oleh auntie baik ofis KL.

Sungguh lama sehingga Azri menangis tak tahan kencing tapi malu nak beritahu auntie baik tu .. last-last abang beritahu auntie baik tu dan auntie baik bukak kan pintu ..ooh semua pintu adalah kaca dan kunci boleh bukak hanya dengan letak kad..

Selesai semua dah pukul 7 lebih..lepas tu tersangkut dalam jem lagi ..pehh nasib baik kami tinggal kat seremban, tak yah le nak hadap jem tu.

Dalam perjalanan balik, kami tido je , keletihan yang amat , dah le tak mandi-mandi , pastu masih pakai baju sekolah lagi...

Sampai rumah pukul 9.30 malam dan ayah dah siap tunggu dengan satay..wow makan satay ...terima kasih ayah , ayah kami baik!!  

Sebagai ganjaran diheret ke sana kemari, mama kata hari ni tak yah gi kafa dan kami dibenarkan melepak di rumah di bawah jagaan abang besar dan dipantau setiap jam dengan panggilan telefon..

Wo seronoknya duduk kat rumah , dapat main laptop, baring-baring , main dengan Min , makan-makan ..pehh rumahku syurga ku..

Mama kami kata kami kena bersabar ...sementara je ni pasal mama kata tak lama lagi mama ada ofis sendiri , tak payah le menumpang kat ofis tempat mama kerja ni ..

Ok tu jer..baii

-3 boys -

Monday, 24 June 2013

Hari Isnin yang kelabu....

Salam Isnin ..

Hari ni semua sekolah di Selangor, Melaka, KL tutup disebabkan jerebu teruk ...ni bermakna semua kazen-kazen kami bercuti , berehat dan bersenang lenang di rumah ..huhu..

Sekolah kami masih buka dan pagi tadi ayah hantar kami ke sekolah dan apa yang nampak adalah awan yang berkelabu.

Kawan-kawan ramai yang dah pakai mask, untuk kami mama bekalkan sapu tangan je pasal mama tak sempat beli dan dengar kabarnya dah takde stok.

Kami memang dah dilarang main kat luar rumah , kalau duk kat luar tu pun tak selesa, tekak kering dan mata pedih.. bagi pengidap lelah macam abang dan azri ni lagi lah dilarang keluar..takut kena lelah pulak .

Mama kata jerebu ni perkara biasa, tiap-tiap tahun mesti ada punya , cuma tahun ni pelik sikit, jerebu sangat teruk dan kritikal . Semalam kat Muar dah diumumkan darurat pasal bacaan dia dah jadi 730. Kesian Tok Nal, Tok Mat dan Tok Teh yang tinggal kat Muar tu. Tok Nal kata masjid seberang sungai tu tak nampak langsung..teruknye....

Jerebu kat sini pulak macam dah semakin teruk, semalam sekeliling macam ada asap tebal, dengan bau asap lagi..baju pun bau asap ..teruk betul .

Apa-apa pun kami tunggu je berita, mana tau sekolah kat seremban di arah tutup pulak, yang kami tau sekolah kat PD tutup hari ni. kami takut jugak , kalau sekolah tutup maknanya udara sekeliling kami adalah merbahaya untuk kesihatan, mama kata kena minum banyak air dan selalu basuh muka . 

Semalam kami balik rumah maktok , sepanjang perjalanan memang kelabu asap jer...





Nampak nyaman je kan..padahal....

Matahari pun tak dapat bersinar, kaler merah je tapi rasa bahang dan tak selesa. 

Harap Allah turunkan hujan , ayah kata kalau hujan lebat, kekotoran dalam udara hilang dan jerebu pun tak de...harap cuaca bertambah baik .

Semalam kami ke rumah maktok sekejap jer.. lepas minum petang kami balik , kat jelebu pun ada jerebu jugak, cuma tak seteruk kat seremban. 

Kucing tokabah yang nama Cik Tam tu kan dah beranak, mulanya keluar 4 ekor, tapi seekor mati...tinggal 3, pastu maktok kata Cik Tam makan seekor anak dia sendiri..ha!! biar betul ....dah tinggal 2 jer. 


  
Anak Cik Tam....

Pandai jugak Cik Tam ni, agaknya dia nak anak dia kaler hitam putih kot..mama tak bagi kami pegang sangat , lagipun Cik Tam tu stand by jer, kejap-kejap dia bising, marah la tu pegang anak dia.

   
Ni la mama dia , Cik Tam...

Hari ni mama kami akan jemput kami semua, lepas ni memang kami akan duduk dengan mama je la...tak boleh duduk rumah lagi pasal rumah tak de orang , ayah mana??

Ayah kami dah kerja dah ..yahooo..Alhamdulillah...lepas ni kami jumpa ayah waktu malam je la...awal pagi lagi ayah dah keluar dan dah gelap baru balik ...abang besar la yang paling rindu kat ayah sebab selama ni memang abang lepak dengan ayah je, makan sama dan gaduh pun sama ..hi hi..

Lepas ni abang makan, gaduh dengan mama la pulak ..

Orait tu jer laporan untuk hari ni ..Baii

-3 boys -

Friday, 21 June 2013

Hidup lebih bahagia tanpa Bibik - Part 2

Salam , 

Tertekan butang publish yang sebenornyer...

Ok sambung 

Bibik Kedua 

Bibik pinjam....kami panggil dia Bik Mas..

Bik Mas ni lebih baik le dari Bik Yati, lebih rajin dan lebih dipercayai ...mama bagi bik mas jaga kami semua masa mama kerja termasuk jaga Azri yang masa tu umur 7 bulan .

Bik Mas ni kurus je orang nye dan berkulit gelap , walaupun boleh buat kerja tapi ada masa-masa dia curi tulang jugak..mama cerita , sebelum mama pergi kerja, mama akan masak bubur untuk azri ..pastu mama pesan supaya panaskan bubur dulu sebelum bagi azri makan ...

Ada satu hari tu Bik Mas terkantoi ..mama tanya dah panaskan bubur tu ke ? masa tu bik mas tengah suap azri makan,..bik mas kata "sudah dipanasi Buk"... , mama pun rasa sikit bubur tu ....hah sejuk beku bubur tu..penipu!! kena marah ler.

Tapi tu ler..kami tengok bik mas ni macam robot...kena marah pun stone je dia macam tak de apa2 pun..

Bik Mas kerja jaga kami lebih kurang 8 bulan jer pasal mama kena bagi balik kat Maklit ...yang kami tahu Bik Mas kerja dengan Maklit pun tak lama...lepas tu dia lari ntah ke mana..apa-apa pun Maklit pun sangat gembira bila dia lari sebab Bik Mas ni makan banyak ...udang besar-besar kejap je habis ..gula, kopi, teh pun cepat habis..buat kerja malas pulak tu, selalu curi tulang...

Yang kelakarnya , Maklit jumpa satu nota kat bilik dia,  dia tulis ' i'am lonely'  ..hihih , pehh cakap orang putih lagi...

Apa berlaku kat Bik Mas tidak le kami tahu ...

Bibik Ketiga

Taklama lepas bik mas balik kerja dengan Maklit, mama dan ayah pun ambik bibik baru..mama kata dia tak larat , lagipun bayaran taska untuk kami bertiga dah sangat mahal..

Bibik ni nama dia kelakar ..Bebon !!  kami panggil Bik Bun ..Bik Bun ni rajin dan pandai buat kerja ...mama memang tak de masalah dengan Bik Bun ni cuma dia terkantoi curi pakaian dalam mama ...

Dia memang rajin kerja tapi bila petang-petang , Bik bun ni suka tengok tv, tengok cerita Indon, siap bukak aircon lagi ..sampai tertido depan tv.. tapi bila mama dan ayah ada kat rumah , memang buat kerja non stop ...rajin teramat ..huh propa jer..

Mama cerita masa tu lagi seminggu nak bulan puasa, Bik Bun ni macam paksa-paksa mama masukkan duit gaji dia ke dalam akaun family dia kat Indon, hari-hari tanya bila nak masuk duit, bila nak masuk duit ...bila masuk jer duit ..nampak macam dia lega sangat.

Rupanya lega dia tu ada muslihat ! hari pertama puasa, lepas sahur tahun 2008 , ayah dan mama lepak tunggu azan subuh, wahh rajin gila dia menyapu, mengemas bagai, mama kata tak yah le sapu, hari ni cuti , nanti buatlah ..pastu mama pesan suruh dia goreng nasi untuk kami ..masa tu kami kan kecik-kecik lagi , mana la puasa kan..

Lepas tu , tengok Bik Bun ni keluar dan siap lap kereta ayah lagi...ayah kata tak yah la lap ..dia diam jer.

Lepas solat subuh , mama dan ayah pun tido semula..cuti hari tu kan...lepas mama bangun, mama tengok lampu semua tak tutup, tingkap semua tak bukak...mama rasa rumah macam sunyi jer.

Mama check dapur, tengok nasi pun Bik Bun tak goreng lagi...mama panggil la dia, senyap..check almari .tengok, tengok dah kosong!!!, Bik Bun dah cabuttt!!!

Apa lagi buat le repot polis ...Bik Bun kerja dengan kami selama 7 bulan jer.

Sejak tu , mama tak nak pakai bibik lagi...kami pun dihantar semula ke taska dan ke baby sitter ...mama kata mama lebih gembira , hati tak sakit walaupun mama penat la , nak kena masak, kemas rumah semua. 

Nescafe, gula, susu pekat pun tak cepat habis , pendek kata sangat lah gembiranya ..pergi jalan-jalan pun tak yah fikir mana nak letak bibik ni...  

Dalam family mama , mama dan MakLit  je yang tak berbibik....Maklong, MakJah dan Maktom semua ada bibik, Maktok pun ada bibik ...mesti mama dan maklit ada pengalaman ngeri bibik lari ..nasib baik kami tak diangkutnya masa bik bun lari kan...

Apa-apa pun kami gembira makan makanan yang mama masak, terjamin kebersihan dan kesedapan...bagi kami lebih bahagia tak de bibik dari ada bibik , masa ada bibik mama selalu marah-marah , sekarang tidak lagi!!.

-3 boys -

Hidup lebih bahagia tanpa Bibik...

Salam hari Jumaat..

Kami pernah ada 3 orang bibik ...mama kami sentiasa runsing bila ada bibik ...tapi sekarang dah 5 tahun tak de bibik, kami sangat girang gembira ...dan bahagia.

Bibik Pertama 

Kami panggil Bik Yati ..masa dia sampai mama terkejut pasal dia sangat tua. dalam paspot kata umur dia lebihkurang umur Makcik tapi yang sampai ...ayooo muda sikit je dari maktok.

Paling dahsyat, bik yati ni bomoh!!..selalu cerita kat mama yang dia pandai ubat kan itu lah ubatkan ini laa...kadang-kadang cerita hal-hal tak elok kat mama.

Masa tu abang baru umur 6 tahun, im pulak kecik lagi dan selalu menangis masa tu dan bik yati selalu biarkan im nangis lama sangat , dia tak pujuk pun..

Azri lahir masa bik yati kerja kat rumah kami ..mama tak percaya bik yati boleh jaga azri yang baru lahir masa tu ..jadi bila mama dah stat kerja , mama hantar Azri ke taska umi mas..Umi Mas yang jaga azri sampai besar sikit.

Bik yati ni suka sangat simpan botol-botol kosong , selalu mama jumpa banyak botol kosong tersimpan bawah sink, mama buang tapi rupanya bik yati kutip dan simpan balik ..

Bik Yati jugak suka sangat simpan air masak..hari-hari dia asyik masak air jer sejukkan buat air masak .rupa-rupanya Bik yati bukak klinik untuk pekerja-pekerja Indon, bagi air jampi ..patutlahh.

Mama dan ayah pun tak tahu aktiviti dia ni , tetiba kuasa Allah , masa tu abang zahin tak sihat , abang masuk dapur nak minum air dan ternampak ada satu lelaki duduk dalam dapur dan berbual dengan Bik Yati.

Bila abang beritahu mama dan ayah, esoknya mama dan ayah terus hantar Bik Yati balik Indon ...tapi yang scarynya , lepas dia balik Indon , bilik tidur dia macam ada something jer...mama kata bila mama terbangun tengah malam dan keluar dari bilik untuk tinjau kami kat bilik , mama rasa semacam je..bila lalu bilik dia yang gelap tu pulak memang rasa macam ada orang je dalam tu ...

Kami sendiri memang tak berani masuk dalam bilik tu ....mama biarkan lampu sentiasa terbukak... 

Peliknya lepas tu kami asyik sakit jer, demam berjemaah..mama dan ayah terpaksa ambik ubat pulihkan rumah dari ustaz...Alhamdulillah lepas tu dah takde apa-apa.

Lepas tu kami semua duduk kat taska umi mas jer, abang pulak dah tahun 1 masa tu dan bila petang abang transit kat Nur sari margosa. 

Bibik Kedua 

Bibik ni sebenarnya bibik Maklit, maklit bagi mama pinjam , nama dia Bik Mas... ehh bersambung lah kejap

  

-3 boys -