Friday, 28 June 2013

Yahoo ..special Friday kembali lagi...

Salam Jumaat...

Yesss hari ni special friday kami kembali semula setelah 2 tahun ..

Kalau nak tahu, special friday kami berlaku setiap hari Jumaat di mana mama kami akan jemput kami dari sekolah dan bawak pergi tempat makan yang special seperti Secret Recipe, Pizza Hut, KFC, atau mana-mana yang best la..lepas tu baru hantar kami ke rumah mama gayah.

Bila ayah kami bekerja sendiri , tiada lagi special friday kerana kami kena lunch cepat-cepat  dan lepas tu ikut ayah gi solat Jumaat dan lepas tu lepak kat rumah.

Sekarang ayah dah kerja kat KL ni maka boleh la kami berspecial friday semula ..cuma yang tak syoknya dah tak dapat pergi solat jumaat dengan  ayah lagi.

Hari ni sebagai permulaan special special friday. mama kami bawak kami makan di sini ....


     
Kami makan kat pizza hut .

Masa tengah makan, tetiba masuk la kawan mama yang juga mak kepada kawan sekolah abang iaitu kak Iman...abang zahin serta-merta menjadi plastik dah kayu.

Pastu tengah syok makan, abang zahin  nak gi tandas la pulak , mama suruh abang pergi sendiri tapi kalau nak keluar kena lintas meja kak Iman tu ....tapi abang zahin yang dah jadi kayu plastik tu sanggup berpusing ikut jalan jauh nak ke tandas.

Bila mama gelakkan  abang, abang kata kena exercise ..ye la tu bang non ..

Lepas makan, kami semua lepak kat ofis mama sampai balik nanti. 

Bosan dan jemu pulak duduk kat ofis mama ni ..tapi nak buat camne, mama tak percaya kami tinggal kat rumah sendirian lama-lama ..kalau setakat 2-3 jam tu mama percaya lah.

Semalam mama try tinggalkan kami kat rumah, mama cabut suis gas, panaskan mee dan buat air milo ..letak atas meja ..sebenarnya kami ok jer, tapi mama tu yang tak percaya , setiap 30 minit dia call abang...

Bukti kami amat seronok melepak di rumah , mee dan air milo tak terusik langsung ...mama dah balik dan bising-bising baru la kami kelam kabut habiskan.

Mama kata bila mama dah stat ofis sendiri , boleh lah mama hantar kami semua gi solat jumaat , abang nanti dah besar dan boleh jaga im dan azri masa solat , dah habis solat baru mama jemput ..

Bagus jugak plan tu , harap cepatlah mama bukak ofis sendiri ..tak sabar rasanya pasal bila duduk kat ofis mama ni, semua pun tak boleh, cakap kuat tak boleh, gelak kuat tak boleh , main komputer ofis mama pun tak boleh ..maklumlah kat ofis mama kerja , takut boss mama marah...

Esok kami akan ke rumah maktom, maktom buat kenduri kesyukuran dan kenduri menyambut puasa lepas maghrib esok , mama kata nak buat blueberry cream cheese butter cake....waa macam best je nama dia ...mesti best kot..

Ok tu jer..tak sabar tunggu esok, boleh jumpa kazen-kazen ..
  
-3 boys -

No comments: