Friday, 21 June 2013

Hidup lebih bahagia tanpa Bibik...

Salam hari Jumaat..

Kami pernah ada 3 orang bibik ...mama kami sentiasa runsing bila ada bibik ...tapi sekarang dah 5 tahun tak de bibik, kami sangat girang gembira ...dan bahagia.

Bibik Pertama 

Kami panggil Bik Yati ..masa dia sampai mama terkejut pasal dia sangat tua. dalam paspot kata umur dia lebihkurang umur Makcik tapi yang sampai ...ayooo muda sikit je dari maktok.

Paling dahsyat, bik yati ni bomoh!!..selalu cerita kat mama yang dia pandai ubat kan itu lah ubatkan ini laa...kadang-kadang cerita hal-hal tak elok kat mama.

Masa tu abang baru umur 6 tahun, im pulak kecik lagi dan selalu menangis masa tu dan bik yati selalu biarkan im nangis lama sangat , dia tak pujuk pun..

Azri lahir masa bik yati kerja kat rumah kami ..mama tak percaya bik yati boleh jaga azri yang baru lahir masa tu ..jadi bila mama dah stat kerja , mama hantar Azri ke taska umi mas..Umi Mas yang jaga azri sampai besar sikit.

Bik yati ni suka sangat simpan botol-botol kosong , selalu mama jumpa banyak botol kosong tersimpan bawah sink, mama buang tapi rupanya bik yati kutip dan simpan balik ..

Bik Yati jugak suka sangat simpan air masak..hari-hari dia asyik masak air jer sejukkan buat air masak .rupa-rupanya Bik yati bukak klinik untuk pekerja-pekerja Indon, bagi air jampi ..patutlahh.

Mama dan ayah pun tak tahu aktiviti dia ni , tetiba kuasa Allah , masa tu abang zahin tak sihat , abang masuk dapur nak minum air dan ternampak ada satu lelaki duduk dalam dapur dan berbual dengan Bik Yati.

Bila abang beritahu mama dan ayah, esoknya mama dan ayah terus hantar Bik Yati balik Indon ...tapi yang scarynya , lepas dia balik Indon , bilik tidur dia macam ada something jer...mama kata bila mama terbangun tengah malam dan keluar dari bilik untuk tinjau kami kat bilik , mama rasa semacam je..bila lalu bilik dia yang gelap tu pulak memang rasa macam ada orang je dalam tu ...

Kami sendiri memang tak berani masuk dalam bilik tu ....mama biarkan lampu sentiasa terbukak... 

Peliknya lepas tu kami asyik sakit jer, demam berjemaah..mama dan ayah terpaksa ambik ubat pulihkan rumah dari ustaz...Alhamdulillah lepas tu dah takde apa-apa.

Lepas tu kami semua duduk kat taska umi mas jer, abang pulak dah tahun 1 masa tu dan bila petang abang transit kat Nur sari margosa. 

Bibik Kedua 

Bibik ni sebenarnya bibik Maklit, maklit bagi mama pinjam , nama dia Bik Mas... ehh bersambung lah kejap

  

-3 boys -

No comments: