Ye kami diheret ke sana dan ke mari tanpa kerelaan dan dalam keterpaksaan.
Apa yang berlaku?
Alkisah ..semenjak ayah kami bekerja kembali ni kami dihantar dan dijemput sepenuhnya oleh mama dan kami taknak duduk rumah mama gayah lagi .
Ye la dah hampir dua tahun duduk bersenang-lenang di rumah dengan ayah tetiba kena duduk rumah mama gayah ...sapa nak kan?
Disebabkan takde sapa nak jaga kat rumah, kami terpaksa duduk menumpang di ofis mama dengan syarat kena behave ..
Semalam patutnya mama kena heret kami ke mahkamah sebab mama ada kes di mahkamah petang semalam tapi awal pagi mama dapat sms dari bos mama yang mama kena hadir meeting wajib kat ofis mama kat KL..
Mama beritahu bos yang mama tak dapat hadir pasal ada kes dan kena jaga kami ni tapi bos kata MESTI pergi dan bawak sekali lah kami ni .
Makanya selepas kes di mahkamah , mama beli siap-siap McD dan kami makan lah McD dalam kereta sementara tunggu abang besar balik.
Seronok juga makan McD bersempit-sempit macam ni...
Tak lama lepas tu abang pun balik dan abang pun bengang kerana terpaksa ikut mama ke KL.
Sampai je ofis mama, tak sempat duduk, bos mama dah ajak , nak gerak dah ni..naik keta bos mama , nasib baik mama tak yah drive , mama bersempit-sempit lah kami dalam kereta bos mama, 3 dewasa dan 3 kanak-kanak .nasib baik tak kena tahan polis .
Pukul 3.30 kami sampai , bos mama parking kat SOGO pastu kami semua jalan kaki ke ofis KL tu ..rasa amat pelik berbaju sekolah di Sogo, rasa macam semua orang pandang ..bukankah sekolah tutup di KL ? Jerebu?
Sampai kat ofis KL tu ..terpegun jap , ofis KL mama cantik sangat , lobi dia lobi hotel maka bau hotel ada di mana-mana .
Sedang menikmati view berjerebu KL dari tingkat 20
Abang yang malu-malu kucing, cover line dengan membaca buku tak berhenti .
Kami tunggu sangat lama, mama meeting dekat nak sejam lebih, nasib baik kami dihidangkan air dan kuih-muih oleh auntie baik ofis KL.
Sungguh lama sehingga Azri menangis tak tahan kencing tapi malu nak beritahu auntie baik tu .. last-last abang beritahu auntie baik tu dan auntie baik bukak kan pintu ..ooh semua pintu adalah kaca dan kunci boleh bukak hanya dengan letak kad..
Selesai semua dah pukul 7 lebih..lepas tu tersangkut dalam jem lagi ..pehh nasib baik kami tinggal kat seremban, tak yah le nak hadap jem tu.
Dalam perjalanan balik, kami tido je , keletihan yang amat , dah le tak mandi-mandi , pastu masih pakai baju sekolah lagi...
Sampai rumah pukul 9.30 malam dan ayah dah siap tunggu dengan satay..wow makan satay ...terima kasih ayah , ayah kami baik!!
Sebagai ganjaran diheret ke sana kemari, mama kata hari ni tak yah gi kafa dan kami dibenarkan melepak di rumah di bawah jagaan abang besar dan dipantau setiap jam dengan panggilan telefon..
Wo seronoknya duduk kat rumah , dapat main laptop, baring-baring , main dengan Min , makan-makan ..pehh rumahku syurga ku..
Mama kami kata kami kena bersabar ...sementara je ni pasal mama kata tak lama lagi mama ada ofis sendiri , tak payah le menumpang kat ofis tempat mama kerja ni ..
Ok tu jer..baii
-3 boys -
No comments:
Post a Comment