Monday, 24 June 2013

Hari Isnin yang kelabu....

Salam Isnin ..

Hari ni semua sekolah di Selangor, Melaka, KL tutup disebabkan jerebu teruk ...ni bermakna semua kazen-kazen kami bercuti , berehat dan bersenang lenang di rumah ..huhu..

Sekolah kami masih buka dan pagi tadi ayah hantar kami ke sekolah dan apa yang nampak adalah awan yang berkelabu.

Kawan-kawan ramai yang dah pakai mask, untuk kami mama bekalkan sapu tangan je pasal mama tak sempat beli dan dengar kabarnya dah takde stok.

Kami memang dah dilarang main kat luar rumah , kalau duk kat luar tu pun tak selesa, tekak kering dan mata pedih.. bagi pengidap lelah macam abang dan azri ni lagi lah dilarang keluar..takut kena lelah pulak .

Mama kata jerebu ni perkara biasa, tiap-tiap tahun mesti ada punya , cuma tahun ni pelik sikit, jerebu sangat teruk dan kritikal . Semalam kat Muar dah diumumkan darurat pasal bacaan dia dah jadi 730. Kesian Tok Nal, Tok Mat dan Tok Teh yang tinggal kat Muar tu. Tok Nal kata masjid seberang sungai tu tak nampak langsung..teruknye....

Jerebu kat sini pulak macam dah semakin teruk, semalam sekeliling macam ada asap tebal, dengan bau asap lagi..baju pun bau asap ..teruk betul .

Apa-apa pun kami tunggu je berita, mana tau sekolah kat seremban di arah tutup pulak, yang kami tau sekolah kat PD tutup hari ni. kami takut jugak , kalau sekolah tutup maknanya udara sekeliling kami adalah merbahaya untuk kesihatan, mama kata kena minum banyak air dan selalu basuh muka . 

Semalam kami balik rumah maktok , sepanjang perjalanan memang kelabu asap jer...





Nampak nyaman je kan..padahal....

Matahari pun tak dapat bersinar, kaler merah je tapi rasa bahang dan tak selesa. 

Harap Allah turunkan hujan , ayah kata kalau hujan lebat, kekotoran dalam udara hilang dan jerebu pun tak de...harap cuaca bertambah baik .

Semalam kami ke rumah maktok sekejap jer.. lepas minum petang kami balik , kat jelebu pun ada jerebu jugak, cuma tak seteruk kat seremban. 

Kucing tokabah yang nama Cik Tam tu kan dah beranak, mulanya keluar 4 ekor, tapi seekor mati...tinggal 3, pastu maktok kata Cik Tam makan seekor anak dia sendiri..ha!! biar betul ....dah tinggal 2 jer. 


  
Anak Cik Tam....

Pandai jugak Cik Tam ni, agaknya dia nak anak dia kaler hitam putih kot..mama tak bagi kami pegang sangat , lagipun Cik Tam tu stand by jer, kejap-kejap dia bising, marah la tu pegang anak dia.

   
Ni la mama dia , Cik Tam...

Hari ni mama kami akan jemput kami semua, lepas ni memang kami akan duduk dengan mama je la...tak boleh duduk rumah lagi pasal rumah tak de orang , ayah mana??

Ayah kami dah kerja dah ..yahooo..Alhamdulillah...lepas ni kami jumpa ayah waktu malam je la...awal pagi lagi ayah dah keluar dan dah gelap baru balik ...abang besar la yang paling rindu kat ayah sebab selama ni memang abang lepak dengan ayah je, makan sama dan gaduh pun sama ..hi hi..

Lepas ni abang makan, gaduh dengan mama la pulak ..

Orait tu jer laporan untuk hari ni ..Baii

-3 boys -

No comments: