Thursday, 19 June 2014

Ramadhan hampir tiba

Happy Thursday,

Sudah hari Khamis..dah hampir seminggu kami bersekolah semula setelah 3 minggu cuti.

Dah seronok pulak rasanya bersekolah.

Hanya tinggal hujung minggu ni aje peluang untuk kami gi jalan-jalan, hujung minggu depan dah puasa!!

Tapi sebenarnya kami tak sabar nak berpuasa ni..ada orang yang dah berkobar-kobar kata dia nak puasa penuh kali ini..tak tau la larat ke tidak.

Bulan puasa nanti kami tak kafa dan tak mengaji...mama memang pontengkan kami kafa sepanjang ramadhan..kesian kat kami yang berpuasa ni..Wan ngaji pulak memang tak ajar ngaji sepanjang ramadhan...Wan sibuk bertadarus sampai raya nanti.

Jadi sepanjang ramadhan kami adalah free..petang-petang boleh tido..best!!.kena simpan tenaga untuk bertarawih ..hihihi.

Alhamdulillah , Allah masih beri peluang untuk kami sama-sama berpuasa dengan Tokbah...tokbah dah sihat..ingatan dah kembali seperti sediakala...lupa-lupa sikit tu biasalah kan.

Tapi Tokbah masih tak boleh jalan, kaki lemah..jadi sekarang ini tengah sibuk berphysio-terapi.

Mama kata insya Allah, esok tokbah dah boleh discaj dari hospital. 

Makjah dah belikan kerusi roda, petang nanti makjah akan hantar ke seremban.

Sepanjang minggu ni hanya maktok dan mama aje yang jaga tokbah. Maklit ada ambik nurse untuk jaga tokbah malam-malam ..kesian kat maktok..takut maktok yang sakit pulak.

Jadual mama sangat ketat sepanjang minggu ni...sampai kami rasa macam sekejap je bersama dengan mama sepanjang minggu ni.

Pagi-pagi lepas hantar kami ke sekolah, mama akan hantar maktok ke hospital...pastu mama balik rumah..masak semua.

Tengah hari mama akan teman kami makan tengah hari dan lepas tu mama balik rumah untuk solat.

Dalam pukul 3 camtu, ayah akan hantar mama ke hospital dan baya maktok balik ke rumah b. kelana.

Mama akan jaga tokbah kat hospital sampai pukul 10 malam, sampai nurse yang jaga tokbah tu sampai, baru lah mama balik rumah..

Ayah yang akan jemput kami dari sekolah, hantar mengaji.pastu kami semua akan dinner dengan ayah aje. Merasa la ayah kena siapkan meja makan untuk kami..Nasib  baik lauk semua mama dah masakkan.

Jadi bila mama balik , kami dah kena tido..jadi sekejap je masa dapat borak dengan mama.

Harap hujung minggu dapatla kami jalan-jalan.

TAPI...abang besar pulak ada sekolah ganti ...adoiiii

Harapan kami hanya lah pada hari Ahad..ayah kata nak bawa gi jalan-jalan kat melaka pastu tido kat rumah makcik.

Mama pulak kata kita gi jalan-jalan aje , tak mau tido kat rumah makcik, mama letih nak kena sediakan beg baju semua.

Ntah lah..tengok lah hujung minggu ni camne..kami ikut aje

Bai...

-3 boys -

Wednesday, 11 June 2014

Dah pindah wad biasa

Salam Rabu,

Minggu terakhir cuti sekolah, minggu depan kami dah sekolah macam biasa.

Hari ni hari yang ke 13 sejak tok bah sakit.

Hari isnin hari tu, doktor dah tanggalkan tube pernafasan tokbah, Alhamdulillah..tokbah boleh bernafas sendiri.

Hari Selasa tokbah dah tak perlu pakai oksigen lagi dan dah boleh bercakap..mama kata mama dah borak-borak dengan tokbah dan bagi tokbah air sikit-sikit ,,semua orang lega dan gembira. syukur Alhamdulillah.

Hari ni Rabu, mama tak visit tokbah, duty maklit, maklit kata tokbah macam lemah sikit dan komplen kaki sakit, gerak sikit pun tak boleh .

Makjah kata itu perkara biasa bagi orang yang dah koma lebih seminggu..kaki kejang sebab dah lama tak gerak. Masa petang tadi mama kami visit tokbah, mama kata mama risau sangat sebab tokbah macam tak ingat...bila bercakap dengan dia, tokbah macam khayal jer.

Maktok dah nangis-nangis dah...sob sob sob..

Malam tadi tokbah dah pindah wad biasa, doktor kata tokbah dah stabil jadi dapat pindah ke wad kelas satu. Syukur..

Pukul 9.30 tadi kami semua hantar maktok ke hospital, maktok nak jaga tokbah.

Mama sorang jer yang naik ke atas...kami semua lepak dalam kereta jer.

Mama cerita sampai jer dalam bilik tokbah, 2 nurse sedang tunggu dan nurse beritahu mama yang tokbah dah tarik tube susu dia...alamak!!!

Nurse pasang semula dan tak sampai 10 minit, tokbah tarik keluar tube tu. haaa dah sihat le tu.

Doktor pun datang tadi, tengok sama ada tokbah boleh minum macam biasa ke tidak, mama suapkan susu guna sudu.. Alhamdulillah tokbah boleh minum macam biasa tapi slow-slow ler. 

Malam ni maktok tidur kat wad temankan tokbah...kami harap tokbah ok..dan sihat seperti sediakala.

Walaupun proses penyembuhan ambil masa yang lama...kita semua kena sabar lagi pun makjah kata doktor kena check takut ada sel otak tokbah yang tak berfungsi...tapi kami rasa insya Allah, tokbah boleh pulih sepenuhnya.

Kami harap cepatla tokbah boleh balik rumah,,kesian kat maktok kena ulang alik hospital...maktok pun bukan sihat sangat tu.


-3 boys -

Monday, 9 June 2014

Up Date Tok abah

Assalamualaikum,

Hari ni hari ke 11 tok abah diserang stroke dan tok abah masih berada di wad CCU Hospital Seremban.

Tok Abah dipindahkan ke wad CCU pada hari Sabtu jam 1 pagi..malam tu maklong yang jaga tokbah, disebabkan wad CCU tak boleh ada orang jaga, malam tu maklong tidor kat luar, nasib baik ada kerusi malas, dan nasib baik ada makcik guard temankan.

Sejak hari tu maktok sentiasa melawat tokbah setiap kali waktu melawat..iaitu pukul 1-2 petang dan pukul 4.30-7 petang. 

Semalam maktok kata tokbah dah sedar.

Sebenarnya sejak 4-5 hari lepas tokbah dah buka mata tapi macam tak kenal sapa-sapa...pergerakan badan pun macam pergerakan luar kawalan..kaki macam tendang-tendang...badan macam ronta-ronta.

Bila bercakap dengan tokbah, macam tak de respon..mata pun pandang sehala ker.

Maktok kami sangat-sangat risau.

Tokbah macam sangat tak selesa dengan tiub oksigen yang masuk dalam tekak tu..mama kata bibir dan lidah tokbah kering dan pecah-pecah..kesian tokbah.

Tapi semalam, maktok kata tokbah dah sedar tapi masih tak boleh bercakap sebab ada tiub dalam mulut.

Bila maktok bercakap dengan tokbah, tokbah angguk-angguk tanda faham..kaki tangan pun dah gerak normal..gerakan ada kawalan. mata pun fokus dan pandang pun kira kenal orang la.

Kami harap doktor keluarkan tiub oksigen tu cepat-cepat supaya tokbah selesa dan boleh bercakap.

Kami berdoa agar tokbah sihat..walaupun kami terpaksa menghabiskan cuti sekolah 3 minggu dengan tidak ke mana-mana tapi kami sanggup,asal tokbah selamat. Lagipun bukan kami jer yang tak dapat jalan-jalan...kazen-kazen kami pun.

Maklong sekeluarga rupanya dah plan nak gi Legoland, Maktom pun ada plan nak jalan-jalan..tapi bila keadaan tokbah camni, masing-masing takde mood nak jalan..kami pun let go la hasrat nak ke Kuantan tu.

Walaupun tak gi jalan-jalan , tapi kami happy juga , dapat jumpa kazen-kazen.

Sejak Jumaat lepas semua adik beradik mama  ambik cuti , jadi kami ramai-ramai berkumpul kat rumah b kelana. Uncle Jay pulak bawak tv besar dia, main pulak PS4 ..pehh seronok jugak.

Kami dapat berita tentang tokbah dari mama jer....tak boleh msuk wad melawat tokbah.  Abang besar je yang boleh melawat tokbah..Bila abang besar kata tokbah nampak bertambah sihat, kami semua senang hati.

Mama dan adik beradik mama sekarang ni bergilir-gilir duty hantar maktok ke hospital.

Hari ni dan esok duty mama, yang lain dah balik ke rumah masing-masing.

Eso petang, maklit balik, rabu duty maklit la pulak.

Rabu petang , makjah pula balik dan khamis -jumaat duty makjah la pulak.

Untung maktok dan tokbah ada anak perempuan semua, dapat jaga bila sakit.

Walaupun kami ni semua lelaki , insya Allah kami akan jaga mama dan ayah baik-baik..jangan ingat anak perempuan aje yang baik jaga makbapak, anak lelaki pun baik jugak tau.hihihi

Harap doktor buka tiub oksigen tokbah tu hari ni, dan dah boleh pindah wad biasa.kesian sangat kat maktok yang ulang-alik tengok tokbah...maktok pun bukan sihat sangat pun, sakit-sakit kaki.


Harap tokbah sembuh seperti biasa, kami sayang tokbah.

Tokbah baik, selalu belikan kami macam-macam tiap kali tokbah gi Giant. telur, chicken drummet, french fries, coklat, aiskrim dan macam-macam lagi lah, sampai Im tanya mama , tokbah ni kaya ke sebab tiap kali gi Giant , Im jumpa resit Giant , tokbah belanja sampai 2-3 ratus ringgit .

Mama kata takbah tak kaya tapi tokbah sayang cucu-cucu dia, beli banyak untuk semua cucu-cucu dia. kat rumah jelebu ada almari yang kami panggil little Giant, macam-macam makanan ada, ambik je kalau nak makan atau nak minum.

Kami sayang sangat Tokbah..doakan tok bah kami ye.

-3 boys -

Saturday, 31 May 2014

Cepatlah sembuh Tokbah

Assalamualaikum,

Sudah satu minggu cuti sekolah, plan kami nak join kazen-kazen lepak kat Port Dickson pastu hari Ahad nanti pergi kenduri kahwin kazen mama kami.

Itu hanya plan, jadi atau tidak plan tu semua Allah yang tentukan.

Sepanjang minggu ni, kami memang agak sibuk sikit.

Hari Isnin, maktok dan tokbah datang rumah B Kelana..maka malam tu kami makan malam ramai-ramai dengan mak tok dan tokbah, mama masak nasi safron..ayah join kami makan lambat sikit, pukul 9 malam baru ayah sampai.

Esoknya kami lepak kat rumah je, ayah tak gi ofis, kerja di rumah tapi sangat sibut, mama kata badan ayah aje ada kat rumah tapi fikiran semua sibuk kat ofis..ada tapi macam tak ada, kami bertiga melayan diri sendiri aje la hari Selasa tu, mama pulak pergi rumah b kelana nak tolong maktok buat apa-apa.

Hari Rabu, kami dengan mama balik jelebu, mama keluar ke pekan sepanjang hari dengan maktok uruskan hal-hal bank maktok, kami lepak kat rumah jer main game..tokbah sihat jer..ajak kami makan, ajak kami minum..kami perasan tokbah banyak duduk jer.

Hari khamis malam, ayah kami balik lambat, pukul 9 lebih baru sampai rumah, kami dah makan malam dulu.

Mama teman kan ayah makan, selesai je makan tiba-tiba maktok call...maktok nangis-nangis kata tokbah kena stroke suruh kami balik jelebu cepat..mama suruh maktok call ambulan dulu...pastu kelamkabut la mama kami siap-siap..ayah pun cepat-cepat mandi..kesian ayah baru balik dari kerja.

Packing lebih kurang..mesti kena tidur sana kan...terus bertolak balik jelebu. Masing-masing diam je dalam kereta..semua risau takut jadi apa-apa kat tokbah. 

Dalam perjalanan mama call maktok lagi, maktok kata ambulan dah datang dan dah bawa tokbah gi hospital...kami pun terus ke hospital.

Sampai hospital, tengok maktok tunggu kat luar dengan kazen mama...mama masuk tengok tokbah, mama kata sedih tengok tokbah, tokbah dah tak sedar, bernafas pakai tiub masuk dalam mulut.

Nasib baik doktor yang bertugas malam tu anak saudara mama, anak kepada kazen mama yang teman maktok kat luar tu. Doktor tu kata malam ni kena hantar ke hospital seremban, tengah tunggu ambulan. 

Keadaan tokbah kritikal sekarang ni. 

Dalam pada menunggu tu, semua adik-beradik mama yang lain semua dah bertolak balik, mama suruh maklong, makjah, maklit dan maktom tunggu kat seremban jer.

Tepat pukul 12 malam ambulan pun bertolak ke hospital seremban, maktok ikut kereta ayah , kami ikut ambulan dari belakang. Dalam ambulan ada 2 orang HA dan seorang doktor ikut sekali. 

First time ikut belakang ambulan, macam nak terbang kereta ayah bawa  nak kejar ambulan tu, laju giler ambulan tu.

Sampai hospital, tengok maklit dah tunggu, tokbah terus masuk dalam bahagian zon merah, zon kritikal..kami risau sangat sebab hari rabu hari tu, tokbah sihat jer cuma komplem penat je.

Kami semua tunggu kat situ sampai pukul 2 pagi, pelik pulak tak mengantuk..lepas tu mama suruh kami dengan ayah balik rumah dulu.

Mama, makjah dan maktom tunggu tokbah, maktok pun disuruh balik rehat.

Pukul 2 lebih, kami semua balik rumah, sampai rumah, rasa lapar la pulak, minum air pastu terus tidur tak sedarkan diri, pukul 3 pagi dah masa tu.

Mama cerita tokbah pindah masukkan dalam wad pukul 3.40 pagi, sepatutnya tokbah masuk ICU tapi katil ICU penuh, terpaksa masukkan dalam wad jer. tokbah dikomakan dan nafas pakai mesin.

Hampir masuk subuh baru mama, makjah dan maktom balik.

Sekarang tokbah masih di CCU hospital Seremban..tolong doakan tokbah kami semoga cepat sembuh.

Kami perlukan tokbah...tokbah selalu beli macam-macam setiap kali kami balik jelebu atau pergi rumah b kelana.

Ya Allah..sembuhkan lah tokbah.

-3 boys -

Monday, 26 May 2014

Cuti panjang dah bermula

Salam Hari Isnin,

Hari ni bermula cuti panjang 3 minggu untuk Im dan Azri.


Abang besar pulak sekolah hari ni..paper terakhir abang adalah Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.

Sebenarnya semalam ada orang berharap hari ni cuti..cuti sempena kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas.. Malangnya setelah menunggu dan berjaga sehingga pukul 11.30 malam, dengan tak prepare apa pun untuk peksa esok dan dengan tak siapkan beg pun....Malaysia kalah!!!!

Hahaha.....tidur lah abang malam tadi dalam kekecewaan.

Pagi tadi abang sorang aje kena bangun pagi-pagi .mandi dan pergi sekolah.

Periksa tadi pun separuh hati jer...asyik ingat cuti jer. 

Esok , Negeri Sembilan ada cuti umum, Israj dan Mikraj tapi ayah kami kerja..

Maknanye tak leh kemana-mana la....duduk rumah aje la.

Tapi takpe, walaupun nampak gayanya cuti 3 minggu ni kami tak kemana-mana sebab ayah sibuk, ayah dah bawa kami tengok wayang 2 weekend berturut-turut...semua tengok yang 3D punya , best kebaboom.

Last weekend kami tengok Godzilla.


Best, memang best..walaupun ayah kata budak opis dia kata macam cerita ultraman tapi apa kami kisah.

Yang penting memang best ler.

Tapi herannya godzilla kali ni jadi baik la pulak, penyelamat dunia lagi. paling best tu siap bole keluarkan api lagi....sah le memang macam cerita ultraman...hahaha.

Asalkan best sudah...3D dia pun cantik , CGI dia pun ok. puas hati lah.

Sabtu lepas ayah bawa kami tengok X-Men pulak.



Yang ini pun best jugak....3D dia pun mengancam.

Bulan ni kami rasa paling banyak movie yang best-best....sampai la nak bulan puasa nanti.

Ada beberapa juga yang kami tunggu..yang paling tak sabar nak tunggu , pastinya Transformer ..Age of Extinction..tengok trailer dia..buat tak sabar jer.


Ok dah petang pun ni..jap lagi macam biasa mama kami akan buatkan kami Milo ais, kalau nasib baik mama benarkan, kami boleh up grade jadi Milo tabur .hihihi

Malam nanti kami dinner kat rumah maktok kat b.kelana..hari ni mama masak nasi safron, makan dengan ayam masak merah dan kari ayam.

Ok tu aje.
-3 boys -