Friday, 14 June 2013

Pergi solat jumaat beramai-ramai...

Salam Jumaat, 

Hari ni kami semua bersolat jumaat dengan ayah setelah beberapa minggu ponteng cuti solat jumaat.

Tengah hari tadi macam biasa ayah jemput , pastu ambik mama dan kami makan tengah hari sama-sama kat food court Jalan Penghulu Cantik ..makan nasi goreng cina dengan teh o ais.

Lepas hantar mama balik ke ofis ..kami semua yang dah siap-siap tukar baju melayu dalam kereta zasss terus ke masjid  ..Alhamdulillah dapat menunaikan solat jumaat dengan selesa.

Hari ini ayah bawa kami ke masjid kampung baru Paroi ..kami suka sembahyang kat sini , masjid ni baru, bersih, selesa dan berkarpet tebal ...ada air con lagi....

Sangat selesa sehingga setiap kali imam tengah bagi khutbah ..mata masing-masing kuyu layu jer ...kalau ada sapa-sapa tanya , apa isi khutbah tadi ? memang  sah tak dapat ingat punya eyyy

         
Masjid AlTaqwa- gambar google 

Satu lagi kenapa kami suka masjid ni ialah mesti jumpa ramai kawan satu sekolah kat sini , kawan azri pun ramai kat sini ...

Tapi tu laa..tinggal hari ni dan Jumaat depan je kami dapat solat jumaat sama-sama dengan ayah ..lepas tu dah takde peluang lagi..ayah kami dah sibuk dan ada urusan di KL ...jadi nya kena duduk kat ofis mama la nampaknya.

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan..bermakna diari syok sendiri kami ni pun dah hampir umur setahun ...diary syok sendiri kami ni tak la macam blog-blog lain yang hebat-hebat .penuh dengan gambar-gambar gi travel dan penuh dengan gambar-gambar makanan hebat-hebat.

Blog syok sendiri kami ni biasa-biasa jer... begitu lah realiti kehidupan kami ...penuh kesederhanaan ...tak per , yang penting kami happy..

Gambar makanan pulak memang lah kurang pasal kami tak banyak makan kat luar..kami lebih suka makanan yang mama masak..ye la bak kata azri ' mama masak sedap' ..dan mama kami pulak bukan seorang yang suka ambik gambar..ambik gambar bila teringat jer...

Pasal tu la gambar Min tak de sangat ..padahal dulu janji nak letak gambar Min setiap minggu ..konon nak tengok tumbesaran Min ...tengok2 Min dah besar terus.

Haa tadi mama call tokbah ...tokbah beritahu Cik Tam dah beranak ..4 ekor sekaligus..aloo jangan la tokbah suruh kami bawa balik anak-anak Cik Tam tuh...

Kalau kami balik jelebu , nampak kami letak gambar anak-anak cikTam tu ye..Cik Tam tau bukan Cik Ta ...

Ok tu je nak cerita ...baiii

-3 boys -

No comments: