Thursday 14 November 2013

Keputusan UPSR abang kami.

Salam,

Segala debaran sudah pun berakhir, keputusan UPSR pun dah diketahui..Syukur Alhamdulillah dengan keputusan yang telah ditentukan ini.

Mama kami kata keputusan diumumkan lewat , pukul 11.30 Guru besar tiba di dewan dengan diiringi paluan kompang..pastu guru besar umumkan ada 57 murid berjaya dapat 5A. 

Lepas tu guru besar umumkan nama-nama yang dapat 5A sahaja, pergi atas pentas ambik pingat pastu ambik gambar.

Mama cerita, mama tunggu dengan penuh debaran bila agaknya nama abang nak dipanggil..nama kawan-kawan baik abang semua dah dipanggil..tapi tak de pulak nama abang .. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu ..habis dah nama 57 murid yang dipanggil..Nama abang takde , abang kami tak berjaya dapat 5A..mama kata mama ada rasa kecewa la sikit..pastu mama pergi kelas abang cari abang..

Nampak abang tengah berdiri kat pintu tengok aje kawan-kawan yang dapat 5A bergambar beramai-ramai ..mama gi je kat abang dan panggil abang tanya dapat berapa..terus lah empangan air Tasik Pergau pecah!!!

Mama kata mama kesian sangat kat abang, mama pun sama-sama nangis dengan abang..pastu mama beritahu semua orang lah result abang.. 4A 1B

Semua orang kata takpe, boleh cuba lagi, ada banyak lagi peperiksaan besar untuk ditempuhi.

Tak pe bang, boleh cuba lagi..harap abang dapat sekolah menengah yang elok dan abang akan belajar lebih rajin lagi.

-3 boys -

2 comments:

Unknown said...

Sekolah tun dr mahathir jadi hebat kerananya bukan tun mahathir hebat kerana sekolahnya...

Unknown said...

Keputusan ini menunjukkan pencapaian yg baik cuma, sistem jari ini berkehendakan keputusan yang perfect! Bermakna apa yg akan dipelajari kalau keputusan yang di sanjung adalah yang perfect aje!