Monday, 18 November 2013

Bermulanya cuti panjang persekolahan 2013

Salam hari Isnin,

Hari isnin pertama cuti sekolah, hari ni kami lepak kat rumah maktok kat bukit kelana pasal mama kami bawa bibik maktok gi check doktor, nak buat permit kerja baru katanya.

Hari Jumaat lepas, kami balik ke rumah dengan rasa yang amat gembira, abang besar pulak balik rumah dah tak rupa orang, dah berlumur dengan tepung, rupa-rupanya masa balik dari sekolah, ada kakak dan abang tahun 6 duk baling tepung..habis beg kami , baju, rambut semua berlumuran tepung.

Abang lagi best, baju sekolah semua penuh dengan tandatangan cikgu dan kawan-kawan dia. Baju tu abang gantung buat kenangan.

Mesti abang sedih , pasal nanti dah tak jumpa dah kawan-kawan baik abang, ye lah dengar kabarnya , kawan-kawan baik abang yang dapt 5A tu ramai yang nak masuk sekolah asrama..maknanya tak jumpa lagi tahun depan, dah sekolah lain-lain.

Petang tadi abang dan kawan-kawan buat hang-out, berkumpul dengan Mc D Forest Height , mula lepas Asar. 

Mama hantar abang , tunggu sampai dapat jumpa kawan-kawan pastu mama pun balik . Lama juga abang dapat melepak dengan kawan-kawan...sampai pukul 6 lebih la...abang pun happy jer... senyum jer.

OK sampai sini ajer...nanti kami sambung dengan cerita-cerita lain la pulak

-3 boys -

No comments: