Minggu pertama cuti sekolah, kami bersantai-santai aje.
Minggu depan abang besar dah kena daftar sekolah menengah, weekend ni kena lah beli baju sekolah menengah .
Cuti sekolah kali ni agak menggembirakan kerana mama kami dah bekerja dari rumah saja. Makan minum pakai kami terjaga, makan tengahari pun lengkap dengan lauk masak sendiri...jarang dah makan makanan beli. Petang pun kadang kala ada kuih, petang semalam mama kami buat cheese tart dengan tart nenas.best!!
Bila dah bekerja dari rumah ni, kena lah sediakan pejabat di rumah , jadi bilik kecil yang jadi bilik study kami telah diubah jadi ofis kecil mama.
Projek make-over tu kami sendiri buat ramai-ramai.
Malu la nak tunjuk sebenarnya , ye lah bilik study kami tu kan bilik berkubang kami, situ la sarang , situ la tempat rehat, situ juga mama kami gosok baju, so boleh la bayangkan cemana rupa bilik berkubang kami tu kan..hihihi
Ee bersepahnya meja....sebenarnya mama kami dah berkali-kali kemas, pastu sepah balik ,last-last mama biarkan aje.
Tapi bilik ni akan jadi ofis mama , tak leh lah bersepah, maka kami pun buat make-over .
Pada satu hari Sabtu, tak ingat bila, kami pun beramai-ramai mengemas dan menyusun semula bilik kecik ni.
Proses mengemas dan menyusun bilik pun bermula, ayah pasang sekali printer yang baru beli tu..kata ofis kan ..mestilah ada printer
Ini lah printer nya, iklan tak berbayar
Setelah seharian mengemas, siap lah ofis kecil mama kami.
Tapi bilik ni akan jadi ofis mama , tak leh lah bersepah, maka kami pun buat make-over .
Pada satu hari Sabtu, tak ingat bila, kami pun beramai-ramai mengemas dan menyusun semula bilik kecik ni.
Proses mengemas dan menyusun bilik pun bermula, ayah pasang sekali printer yang baru beli tu..kata ofis kan ..mestilah ada printer
Ini lah printer nya, iklan tak berbayar
Setelah seharian mengemas, siap lah ofis kecil mama kami.
Kemas tak?.peralatan menggosok baju terpaksa dipindahkan ke bilik atas, baru nampak lapang dan mama kata baru bersemangat nak stat kerja ni.
Ada satu lagi rak buku nak kena beli, tu untuk susun buku-buku sekolah kami dan juga fail-fail mama, abang besar dah masuk sekolah menengah ni mesti buku-buku dia banyak..almari yang sedia ada tu pun dah menjerit lemas, penuh dah segenap ruang.
Mama kami kata buat masa sekarang ni beroperasi dengan ofis dari rumah dulu, mana tau rezeki, bisness pun maju, boleh lah mama cari ruang ofis untuk disewa.
Disebabkan kami juga menumpang guna pakai ofis mama ni, syarat utama adalah jaga kebersihan dan kekemasan..alhamdulillah setakat hari ni ofis kecil ni masih tersusun kemas. cuma masalah sekarang kami berebut laptop dengan mama, baru je nak main game, dah kena bagi mama pakai, nak check e mail le, nak print dokumen le....redha je la, dah menumpang kan!!
No comments:
Post a Comment