Thursday, 28 November 2013

Im dah naik al quran

Salam Khamis semua,

Petang ni hujan tersangatla lebat..sejuk jer rasa.

Cuti sekolah ni kami masih mengaji hari rabu dan jumaat saje, walaupun wan ngaji suruh datang ngaji tiap-tiap hari tapi mama kami kata letih la pulak nak hantar hari-hari , lagipun bukannya dekat , jauh la jugak.

Sejak mama dah ofis di rumah ni, tiap-tiap petang kalau tak de halangan, pukul 5.30 petang, mama suruh kami mengaji sendiri, mama suruh ulang banyak kali supaya nanti mengaji dengan wan dapat la beralih cepat.

Bagus la mengaji hari-hari ni...im cepat je beralih dan insya Allah esok, im akan stat mengaji Al Quran.. gembira sangat!!.

Abang besar pulak memang dah boleh mengaji, maka petang-petang abang mengaji la 2 3 muka surat pastu masa ngaji dengan tok , abang terus ke muka surat baru, tak ulang dah..tok pun kata buat camtu takpe pasal abang dah pandai ngaji.  Waa kalau camni cepat lah abang qatam quran nanti. 

Minggu ke 2 cuti ni  memang kami habiskan di rumah sahaja, best jugak duk kat rumah, mama kan ada..cuma masalah berebut gadget tu yang tak syok sikit, yang lagi best kami kan dah ada 2 kucing, seronok jugak tengok Min dan Josh bergaduh, berkejar-kejar..

Josh pulak cepat betul besar, pegang badan dia dah tak rasa tulang dah..bulu pun cantik kembang..nampak gaya macam josh akan lebih besar dari Min.

Owh Min pulak, mama kami kata dah bunting pasal perut dia buncit kiri kanan..habislah camni. sapa nak jaga baby dia nanti.

Hari tu mama kami bukak offer, sapa-sapa yang dapat cari mak angkat untuk baby Min ni, bagi free je pun, mama akan bagi reward RM10 seekor. lumayan tu..lepas jer Min beranak, tunggu sebulan, mama kata nak hantar potong..kami dah jumpa klinik haiwan kerajaan , murah sikit. 

OK tu aje untuk hari ini, seronok bercuti sampai lupa nak mencatat di diari tumbesaran kami nih. 

-3 boys -

1 comment:

Unknown said...

Abang kena maju supaya boleh gerak ke kategori pra advance. Im kena catch up kelancaran baca. Azr kena kurang2 boleh eja & baca