Tuesday, 19 November 2013

Cerita birthday party Johan @ Italianies Empire Subang Gallery

Cerita yang dah tertunggak lama.

Sebenarnya birthday Johan kazen kami tu jatuh pada bulan September, tapi tau la maktom dan uncle Jay kan sibuk , kerja korporat, last-last bulan 11 baru boleh buat birthday party.

Kali ni maktom buat sekali dengan birthday Asyraf..adik bongsu Johan yang mata bolat tu.

Birthday party tu buat kat Restoren Italiannies , kat Subang Empire Galllery,  hihih kalau maktom tak buat party kat situ , confirm kami tak akan sampai tempat tu, knowing ayah kesayangan kami yang benci kan trafik jem, mimpi la nak sampai sana.

Party stat pukul 3 petang, tapi kami ke KL awal sebab nak pergi rumah abang izzat, kazen kami belah ayah , nak tengok baby dia, dah keluar dari hospital. 

Kami bertolak pagi lepas brekfas..jalan tak jem, seronok jer...masa on the way, ayah call abang izzat, nak tanya address rumah dia, kami bawak hadiah sekali, sekali abang izzat beritahu, baby dia dah masuk hospital balik, dalam isolation ward. 

Ayah kata nak ke hospital tapi abang izzat kata dia dah balik rumah, dia pergi hospital balik petang nanti, hmm tak de rezeki lah nak jumpa baby tu. 

Dah tu nak ke mana kita awal-awal cenggini... ayah kata jom kita visit kak nadia dengan abang zihan, semalam kak nadia operate ...ok jom kita..zasss

Lepas gi rumah abang zihan, solat semua, kami pun terus ke italiannies,, sampai dah pukul 3 lebih, alamak dah lambat nih ...

Masuk je dalam restoren..jeng..jeng..jeng...rupanya kami tetamu yang paling awal...hihihi yang dah sampai, Maklit sekeluarga, Maktok, Tok Ude dan anak dia, uncle Zaki..



Ni lah yang menyambut kedatangan kami, candy bar, nanti sebelum balik isi ponjot tu dengan segala neka gula-gula dan coklat yang ada, macam-macam ada, jelly bean, marshmallow beraneka bentuk, coklat bar, jelly ..nyummy..


Dan........ini pulak kek birthdaynye....tema parti adalah Lego jadi kek birthday pun bentuk lego

Sebenarnya Maktom buat untuk tiga orang sekali , Johan, Dania dan asyraf...semua boleh tiup lilin dan potong kek, yang kaler biru untuk Johan....ada lilin bentuk 8 kat situ, yang kuning untuk Dania dengan lilin no 3 dan yang kaler hijau untuk asyraf, lilin no 1, 

Ok ada satu rahsia disini....yang kaler biru aje kek betul yang boleh makan, lagi 2 kek tu , kotak aje dalam nya..hihih 


Antara makanan yang telah di order oleh maktom, sebenarnya semua tetamu boleh order apa saje, tapi disebabkan makanan yang dah order ni pun mengenyangkan , kami order pizza jer, pada kami makanan dia tak le hebat sangat, mama kami masak pun sodapp....yang sangat hebat kat sini adalah harganya!!!.pizza besar pinggan makan pun harga RM35 ..mahaiiiii.


Johan memberikan ucapan dari teks yang disediakan sendiri, beritahu para tetamu kenapa birthday party buat bulan 11 sedangkan birthday dia bulan 9, mak pak sibuk katanya.


Gadis tumpuan ramai..




Iris yang kehairanan lihat lego sais giant.


Lepas bagi ucapan, ketiga-tiga beradik tu pun potong la kek masing-masing, sori gambar potong kek tak de pasal mama kami selaku jurugambar diarahkan oleh maktom untuk pegang dan dokong Dania untuk tiup lilin dan potong kek.

Selesai potong kek, staf restauren ambik kek tu dan potong-potong, dapat la semua rasa dan makan kek tu, sedap, kek red velvet, ising nya keras dan manis...gambar takde la pulak, tau la mama kami tu memang gile kek, nampak kek , lupa semua .

Lepas tu aktiviti makan-makan diteruskan, mana-mana yang order, mereka order tanpa batasan al maklum free (read : maktom dgn uncle jay bayar) , air pun bottomless , boleh re fill sesuka hati dan boleh minum sampai kembung perut .. ehem air aje restoren caj RM400-00 ingat mureh ke!!

Masa majlis berjalan, kat luar adalah hujan maha lebat..apa lagi sambung makan, pastu kejap-kejap gi toilet, kejap-kejap gi toilet.



Azri tak makan sangat pun, minum aje tak berhenti, leka main dengan kazen-kazen.



Dummy ala Mexico yang maktom buat sendiri, kat dalam ada banyak candy, budak-budak disuruh pukul patung tu dan keluarkan seberapa banyak candy yang boleh.



Semua tengah kecoh keluarkan candy, dapat lah kami candy sebanyaknya.

Sebelum balik, bungkus candy lagi.. gemuk terus ponjot kami tu.

Dalam pukul 5 lebih kami pun minta diri, balik bawa maktok sekali ..terus ke Jelebu.

Hujan sepanjang jalan, sejuk nyaman dan kenyang, kami ketiduran, selesa betul...sedar-sedar dah sampai Jelebu. Tokbah dah siap bukak gate dengan bukak pintu semua, kami solat , pastu makan malam dan balik Seremban semula. 

Sampai rumah dah pukul 10 malam, penat sangat, tido terus dan esoknya kami ke sekolah, mama kami pulak ada kes di Mahkamah sepanjang pagi tu. 

Begitu la kisahnya birthday party Johan, kami pun ada jugak buat birthday party tapi kat Mc D Senawang ajer...jadi lah..yang penting mama dan ayah kami ingat birthday kami setiap tahun dan buat juga sambutan kecil-kecilan...dapat juga lah hadiah.

-3 boys -

No comments: