Hari ni abang zahin telah pun mendaftar di SMK Seri Ampangan, sah lah abang zahin menjadi warga SMK Seri Ampangan.
Rupa-rupanya abang besar stress bila nak masuk sekolah menengah ni. malam tadi lepas makan malam, abang besar mengadu susah nafas dan lelah..mama suruh abang puff dan duduk relak-relak.
Bila dah duduk lepak tu, ayah pun tanyalah abang, stress ke nak sekolah menengah ni...ya kata abang, haa sah lah abang besar memang tak boleh stress, bila stress aje, astma pun datang..
Ayah kata , esok daftar jer..bukannya ada peksa pun..sebenarnya abang risau dengan persekitaran baru dan dengan kawan-kawan baru. Kawan-kawan baik abang kan semua score 5A, mesti lah diaorang semua pergi sekolah bagus-bagus kan..ayah kata kat mana-mana sekolah pun sama, punca kejayaan 80% adalah dari diri sendiri.
Maka pagi tadi, mama berdua je dengan abang pergi lah le sekolah, parking belum penuh sangat, parking tepi jalan jer dan berjalan kaki masuk dalam kawasan sekolah..kami terus ke dewan besar , konsep dewan terbuka.
Mama terus ke papan kenyataan, tengok orang ramai-ramai kerumun kat situ ..ada senarai murid-murid ikut nama kelas, nama abang zahin last sekali..dah nama pangkal huruf Z kan..last le dalam list..nama kelas abang , Seri Kenanga.
Lepas tu terus ke tengah dewan, ada kerusi-kerusi disusun ikut nama kelas, abang terus ke meja ada nama Kelas Seri Kenanga dan ambik nombor, dapat nombor 7..masa nak duduk , ternampak kawan abang , Qistina dan mak dia, mak Qistina ni memang rakan gossip mama..haa sedang elok lah tu maka bergossipan la mama abang dengan mama Qistina tu.
Mak Qistina lah yang beritahu yang kelas abang ni sesi pagi, bukan petang...punah lah harapan nak bersantaian di pagi hari...bila mama check dalam surat taklimat tu , betul lah hanya kelas abang dan kelas aliran agama je yang sesi pagi, lagi 8 kelas semua sesi petang..hmm
Masa ni abang pun dah stat jumpa beberapa kawan-kawan yang rapat dengan abang, baru lah berseri muka abang..hilang sudah stressnya.
Mungkin kah ini bakal awek abang???
Ni barisan kelas Kenanga abang, duduk kejap tunggu lepas tu ada majlis taklimat .
Tu dia, pengetua cemerlang sedang memberikan kata-kata aluan, dan ucapan selamat datang. Abang pun kata macam best jer sekolah ni.Bagus!!
Habis taklimat, mula lah pendaftaran..sekolah akan adakan sesi orientasi , jadi untuk hari Khamis, Jumaat dan Isnin nanti abang akan join sesi petang, lepas tu baru sekolah pagi macam biasa.
Sesi pendaftaran berjalan lancar, mama dah susun baik-baik semua dokumen diperlukan..kejap jer selesai.
Lepas tu kami terus ke kedai koperasi beli buku, masa ni beratur panjang dan panas pulak tu..ada pulak sefamili cina bercakap terjerit-jerit ..masa ni abang kami sudah hilang sabar...sudah terbakar!!
Sudah jer beli buku, dah terbakar punya pasal, mama ajak round-round sekolah cari kelas dengan tandas pun abang dah marah..orait ler..balik la kita.
Selesai sudah pendaftaran sekolah abang, hari selasa depan mama kena pergi KGV rendah pulak, setelkan pendaftaran kelas im dan azri....lepas ni kami tunggu masa stat sekolah aje lah...the holiday is over, back to school..no more games people..
No comments:
Post a Comment