Monday, 23 December 2013

Apabila kazen-kazen berkumpul

Salam Isnin,

Yeah, acara tahunan kami datang lagi.

Kazen-kazen berkumpul kat rumah maktok kat b. Kelana.

Seperti tahun-tahun lepas semenjak 2008, maklong akan menghabiskan cuti di rumah maktok kat b kelana. Maklong akan bawak semua anak-anak dan bibik , Kak Su, tinggal di rumah maktok dan kami akan berseronok bersama-sama.

Tradisi ini bermula pada tahun 2008, masa tu arwah maksu baru je meninggal dunia, pastu maktok pulak patah tulang rusuk, jadi maklong pada masa tu jadi pensyarah kat UIA di Nilai , terus selama sebulan lebih , maklong pindah anak beranak kat b kelana sambil temankan maktok yang masih kesedihan kehilangan maksu.

Bila kami berkumpul beramai-ramai ini, sedikit sebanyak dapat lah menggembirakan hati maktok dan tradisi ini diteruskan sampailah di hari ini.

Cuma bezanya sekarang ni, maklong tidak lagi mengajar di Nilai tetapi kat Gombak jadi maklong terpaksa ambik cuti ..maka untuk tahun ni, maklong dapat duduk kat seremban ni seminggu jer...jadi ler.

Masa tinggal beramai-ramai ni lah maklong ambik kesempatan baiki apa saja yang rosak kat rumah maktok ni..segala lampu yang terbakar diganti baru, pam tandas rosak ditukar..Tahun lepas makjah belanja tukar langsir baru..wa rumah tu pun bersemangat dan happy.hihihi.

Tahun ni acara tahunan ini jadi lebih happy kerana tahun ni mama kami kan bekerja di rumah jadi sesi berlepakan di rumah maktok disertai juga oleh mama kami..sejak Khamis minggu lepas, macam-macam makanan disediakan untuk kami para-para cucu ni..dan macam-macam kek dan manisan dibuat juga.. best!!

Abang afiq dan abang Amir pulak akan bergilir-gilir sleep over kat rumah kami..mama kami pun ofis di rumah jadi pagi-pagi tak le rushing kami nak bersiap balik semula ke rumah maktok , semua tenang ajer.

Azri pulak akan berkepit lah dengan "kawan kita" icha..berkawan juga dengan Yaya..kawan- gaduh-kawan-gaduh..itu lah kerja adik-adik kami nih.   

Dan kemuncak keseronokan tahun ini, uncle Jay telah membelikan tv LED 40 inci yang baru ..ni yang buat kami lagi bertambah seronok..Tv ni sementara aje letak kat rumah seremban ni, nanti bila semua dah balik, tv ni akan dipasang kat rumah tokbah kat Jelebu. 

Tetapi ada juga yang buat spoil!!..peti sejuk rosak!!!

Tak dapat le nak stok up aiskrim dan soft drink, kena la mama kami beli ais ketul setiap hari..dah le fridge tu penuh , kena la guna kaedah zaman dulu nak pastikan semua makanan tak busuk.

Apa-apa pun kami tetap happy..mama pun happy, dapur mama pun dah berehat seminggu ni, kami sekeluarga memang makan kat rumah maktok aje. 

Tapi tu ler, setiap akan bermula akan berakhir, hari Rabu nanti maklong sekeluarga akan balik semula ke rumah mereka kat KJ..maknanye kena tunggu hujung tahun depan untuk menikmati keseronokan macam ini. 

Sekejap je cuti panjang akan berakhir, tinggal lagi 9 hari je cuti untuk kami.

Sakit pula perut ni bila mengenangkan nak stat sekolah ni..adoi lah


Aktiviti perkumpulan kazen-kazen tahun 2011..semua nampak macam budak-budak lagi..tahun ni , abang afiq, abang amir dan abang zahin dah bujang-bujang belaka..nanti kami ambik gambar curi mereka semua tu.

-3 boys -

No comments: