Semalam abang berjaya menempuh ujian kelayakan ke sekolah menengah agama, keputusan nya belum tahu lagi.
Kami bertolak dari rumah tepat pukul 10 pagi, pendaftaran akan bermula pukul 10.15 sehingga 11.15 pagi, mama kami dah check google map siap-siap dan budget boleh sampai dalam masa 10-15 minit camtu.
Kami pergi berempat dengan mama, ayah kerja.
Sampai je kat sana tengok sepanjang jalan dah penuh dengan kereta ..mama dah panik dah camne nak parking kereta..pusing dekat 2 kali la juga, nak menyelit mana-mana pun tak boleh , sempit sangat jalan-jalan kat situ.
Doa punya doa , akhirnya dapatlah parking tepi parit besar...dan menapak lah kami ke kawasan sekolah, punya le jauh!!
Masuk je dalam kawasan sekolah, abang dah nerves semacam, mama ambik gambar pun dia marah..' cepatlah mama, kat sini pun sibuk nak ambik gambar buat apa!!' wah wah ..marah nampak..
Masa berjalan masuk ke kawasan sekolah .
Sampai je terus la mendaftar di kaunter No. 4 , sesi ke dua .ujian akan bermula pada jam 11.15 pagi . Selesai mendaftar, kami semua terus ke luar dewan , tunggu untuk ujian sesi kedua.
Orang punya ramai, bersesak-sesak luar dewan tu.
Tengah menunggu, hati abang dah tak keruan ni..nasib baik jumpa kawan-kawan sekolah kgv dulu.
Tengah-tengah menunggu ada seorang cikgu tu suruh ibubapa tinggalkan anak masing-masing dan terus ke surau untuk dengar taklimat tapi tak sorang pun yang bergerak ke surau, semua nak temankan anak masing-masing masuk dewan hihihi..
Tepat pukul 11.15, pintu dewan dibuka dan beraturla keluar murid -murid yang ambil ujian sesi pertama dan lepas tu abang kami pun masuk ke dalam dewan.
Ujian berlangsung selama 1 jam 45 minit, punya la lama nak tunggu ni....mula tu mama bawa kami menuju ke surau, tengah cari-cari surau, jumpa pulak kantin, teruslah beli air dan lepak kat situ.
Lama juga lah kami lepak kat situ , sampai boring la, im dan azri dah stat la bertengkar, mama ingat im dan azri lapar terus gi beli bihun goreng dengan air teh o ais..tapi dah makan pun bergaduh lagi, mama ajak im dan azri balik.
Baru nak keluar dari pagar sekolah, hujan turun selebatnya , patah balik la jawapnya , terus lah kami berjalan-jalan aje sekitar sekolah , boleh tahan cantik tempat ni...bersih dan kemas.
Jalan-jalan kat situ, kami terjumpa kolam ikan, siap dengan air pancut, besar betul kolam ikan tu, ada pulau tengah-tengah tempat lepak, kami pun try la test tempat lepak tu.
Im yang kepenatan dan kebosanan. nasib baik ada ikan ..boleh la rehat-rehat mata tengok ikan.
Ikan besar-besar kat sini..agaknya kalau dewan makan kat sini putus stok ikan, diaorang boleh mancing jer ikan-ikan kat sini..goreng pun sodap!!
Lepak kat sini ada lah dalam 20 minit camtu dah kami gerak semula ke kantin, minum air teh o ais , tunggu lagi abang kat situ..
Akhirnya dah pun pukul 1 tengah hari....kami gerak ke dewan dan tunggu abang keluar.
Abang keluar dari dewan, senyum-senyum , lepas tu beritahu soalan bapak punya susah, soalan bahasa arab paling banyak dan soalan semua dalam bahasa arab dan tak de translation..apa lagi tibai aje lah ..
Lepas tu kami pun gerak balik, abang request nak kat Mc Donald..sempena habis ujian katanya...ok ke Mc Donald kita.
Petang tu kami semua balik jelebu, abang dan im tinggal di jelebu minggu ni...teman kan makjah...makjah masak macam-macam. seronok sangat, maktok dan tokabah lagi la seronok , cucu ramai-ramai tidur kat rumah kampung tu.
Keputusan ujian ini belum boleh keluar lagi..kalau ada rezeki abang, maka di sini la abang menimba ilmu
No comments:
Post a Comment