Monday 9 December 2013

Ujian Kelayakan Sekolah Menengah Agama

Salam Hari Isnin,

Selesai sudah majlis perkahwinan kazen kami , cerita kawen Kakcik akan menyusul selepas ini.

Ni nak cerita, esok abang besar kami akan menduduki ujian kelayakan sekolah menengah kebangsaan agama.. ujian akan diadakan di sekolah Shams. 

Sekolah Shams ni memang sekolah agama pilihan abang zahin, memang mama berhasrat nak abang besar kami bersekolah aliran agama dan berjaya sampai ke Universiti Al Azhar..mama kata mama nak abang besar jadi doktor atau jurutera dan pada masa yang sama juga ada ijazah dalam pengajian agama...kalau jadi Al Hafiz lebih baik lagi..

Harapnya hasrat mama dan ayah kami ni termakbul la... nanti akan datang kalau ada kenduri kendara, tak perlulah panggil tok imam nak ketuai bacaan doa ke apa..ahli keluarga sendiri boleh imamkan bacaan semua. 

Sekarang abang besar kami tengah gigih mengulangkaji hafazan...pagi tadi ulangkaji bahasa Arab...harap soalan-soalan tak le susah dan harap abang besar dapat lah masuk sekolah Shams. 

Abang besar kata dia takut ujian esok tapi yang sebenarnya bukan abang zahin takut tapi abang zahin takde kawan..semua kawan-kawan rapat abang semua ujian sesi pertama, jam 8.15 pagi sedangkan abang sesi kedua, stat pukul 11.15 pagi..dan paling abang tak suka, budak2 sesi kedua yang abang kenal semuanya perempuan...tu yang malas tu, nanti nak berborak dengan siapa?

Esok mama , im dan azri akan sama-sama hantar abang, abang kena pakai baju lengkap seragam sekolah rendah, mama kata nasib baik mama simpan lagi baju sekolah abang , kalau dah kena buang, payah jugak nak cari baju sekolah kan. 

Kami berharap agar abang kami berjaya dan masuk sekolah shams, cuma masalah dengan sekolah shams ni jauh sangat kedudukan dari rumah...kena lah mama kami bangun awal pagi nak hantar abang gi sekolah..

Doakan abang kami berjaya ye.  

-3 boys -

No comments: