Friday, 13 December 2013

Abang besar dan im sudah balik..

Salam Hari Jumaat,

Hari ni abang besar dan abang im balik ke rumah kami semula .

Sejak Selasa lepas , abang besar dan abang im duduk lepak di jelebu , untuk menambahkan kemeriahan makjah yang balik bersama-sama anak-anak nya . 

Macam-macam aktiviti abang dan im kat sana dan bermacam-macam makanan makjah masak.pehh kenyang betul.

Hari Rabu, makjah masak steambot..penuh satu meja panjang kat dapur tokbah tu, hari Khamis, makan KFC pastu gi jalan-jalan kat jalan bypass yang baru buat tu..hari ni pulak makjah masak nasi arab...best!!

Tadi makjah hantar kami balik, sampai -sampai je kat rumah , mama dah siapkan kek batik dan popia, makan lagi...makan aje la kerjanya , pastu mama beritahu ayah ambik cuti hari isnin sampai rabu...wah kegembiraan berganda di situ.

Tapi , walaupun kami dalam kegembiraan, mama ada beritahu cerita sedih, mama cakap pakcik Alwi jiran kami yang rumah hujung jalan tu , telah kembali ke rahmatullah semalam , kami terkejut pasal pakcik Alwi tu baru je berkahwin awal November hari tu ...mama kata kesian isteri arwah, baru sebulan berkahwin.

Mama kami cerita , sebenarnya isteri pakcik Alwi yang dulu seorang doktor, mama kenal isteri yang dulu tu, dia buka klinik dan mama selalu bawa kami ke klinik tu bila kami ni jatuh sakit, tapi masa tu kami baby lagi, tak ingat doktor tu.

Masa heboh wabak H1N1 dulu, isteri dia meninggal dunia sebab H1N1 ni lah...lepas tu lama dia hidup sorang-sorang...ada la dalam 6-7 tahun

Lepas tu baru bulan November lepas pakcik Alwi tu berkahwin semula...kami nampak dia happy jer masa majlis kenduri kahwin dia bulan lepas, tiba-tiba mama beritahu dia dah meninggal dunia..sangat mengejutkan..mama kata dah sampai ajal dia.

Moga roh pakcik Alwi dicucuri rahmat hendaknya.

Hujung minggu ni kazen-kazen kami yang lain akan pergi Legoland, semua pergi , maklong, Makjah, Maklit dan maktom...kita ni manusia yang hanya boleh merancang kan.. uncle Deni pulak patah kaki masa main futsal... terpaksa lah maklit berkorban ..mungkin Arif dan Iman je yang pergi, tumpang maktom agaknya.

Mama kata keadaan uncle Deni agak teruk, hari selasa minggu depan kena operate masuk besi...adoii mesti lambat nak sembuh..abang dengar pun ngeri pasal abang kan pernah patah jari dulu..tau lah sakitnya patah tulang ni kan...patah jari dah sakit, ni pulak patah tulang kaki yang besar tu..mesti berganda-ganda sakitnya ...ayoo..

Harap semua orang baik-baik sahaja..risau pulak abang lah.

Harap perancangan semua orang dapat berjalan lancar dan tanpa halangan..Amin 

-3 boys -

No comments: