Wednesday, 25 December 2013

Min dah beranak

Salam hari Rabu @ Hari Krismas 2013.

Hari ni cuti am..cuti bagi ayah kami seorang aje...yang lain-lain dalan rumah ni memang cuti lah sepanjang minggu.

Min kucing kami dah beranak.

Alhamdulillah tak de sapa yang terpaksa jadi bidan kucing.

Hari Jumaat minggu lepas, keadaan jadi kelamkabut sikit, lepas lunch mama dapat phone call dari kak long idziani beritahu kak nana accident kat highway, nasib baik tak teruk. 

Petang tu abang zahin, abang amir dan mama pergilah temankan kak nana buat repot polis dah terus hantar kereta ke bengkel...kami balik rumah pun lewat malam tu.

Sampai rumah , josh je nak balik rumah, si Min sepanjang malam tak balik..mama kami tak la risau atau pelik pasal selalu jugak Min tu menggatal tak balik rumah sepanjang malam.

Esoknya hari Sabtu, lepas sarapan, si Min balik...terjerit mama kami beritahu perut Min dah kempis ..sah dah beranak.

Min balik makan macam seminggu tak makan..tau pun lapar.

Yang bestnye sampai hari ni kami masih tak tau berapa ekor anak Min dan camne rupanya anak dia..kat mana dia sorok anak dia pun kami tak tau..ni dah hari ke 5 Min beranak, min balik rumah 2-3 kali sehari untuk makan minum jer ..pastu hilang balik.

Bunyi pun tak de dengar..mama kata mungkin min sorok anak dia kat rumah pakcik Ismail sebelah kami ni...rumah tu kan kosong, tapi memang tak ada langsung dengar bunyi anak kucing.

Mama kami kata bagus lah camtu, lagi bagus kalau ada jiran yang terus ambik anak Min jadi kucing angkat..ni kami ada 2 ekor kucing pun pening..rasa macam pandang kiri nampak kucing, pandang kanan, nampak kucing..nak turun-naik tangga pun tak senang, ada aje benda berbulu yang tangkap kaki kami ni.

Hari ni maklong akan balik rumah sendiri semula...lepas ni kosong la rumah maktok kat b kelana tu.mesti kami pun terindu-rindu saat gembira bersama kazen-kazen.

Mama kami pun kena lah masak semula...dah seminggu mama kami cuti masak..semua bibik maklong yang masak.

Lepas ni boleh la kami makan ayam semula, selama seminggu ni memang menu ikan aje ..mana taknya maklong datang bawa ikan, sotong dan udang berkilo-kilo, maklong beli semua tu kat Kuala Selangor, murah sikit dan segar-segar, Makjah pulak bawak ikan siakap berekor-ekor, besar-besar pulak tu..hasil pancingan uncle sharil, adam dan aqmar.

Lepas tu peti sejuk rosak pulak tu, maka kena lah cepat-cepat habiskan stok makanan laut semua tu..sudahnya kami semua dok makan ikan,ikan,ikan aje lah.

Ok lah, kami nak bersiap ni..nak gi rumah maktok, kejap lagi maklong nak balik..sedihnya sob, sob, sob

-3 boys -

No comments: