Wednesday, 29 January 2014

Taste bud yang berbeza

Salam hari Rabu,

Cerita birthday im tu sepatutnya semalam tapi mama tak perasan dah lewat , dah lepas pukul 12 malam..maka ada 2 cerita la hari ni.

Bercerita pasal taste bud ni atau citarasa ..semua orang ada cita rasa sendiri, kami ni contohnya, adik beradik tapi masing-masing ada citarasa berbeza. 

Azri sangat sukakan coklat , im pulak tak suka sangat yang bercoklat dan berkrim sangat, jadi untuk kek birthday im, mama bagi peluang pada im untuk pilih kek birthday sendiri dan im telah memilih vegi lite vanilla cake.


Ni dia birthday cake pilihan hari im...tersenget sikit pasal abang besar hayun-hayun beg plastik kek tu masa balik dari kedai kek semalam.



Ini rupa paras kek setelah dipotong, putih seputih-putihnya.

Sebagai penggemar coklat, azri punya reaksi ..haa!! takde coklat langsung!! mana boleh kek takde coklat, ni bukan kek nih... hihihi tu dia....pada azri takde coklat tak sah le kek tu .

Apa-apa pun kek ni sangat sedap, tak berapa manis dan rasa vanila dia macam rasa vanila kat ais krim...im ada geng yang tak suka coklat ..iaitu ayah....dan ayah sangat suka kek ni.

Nampaknya azri dan mama sekapal ler... dua-dua penggemar coklat tegar dan penggemar kopi tegar, azri selalu jer cukai air nescafe mama...abang besar pulak duduk atas pagar, coklat pun dia suka, takde coklat pun dia suka.

Tapi im bukanlah tak makan coklat langsung, makan juga dan selalunya kalau kami minta mama kami beli apa-apa, kami request mama untuk beli M&M untuk abang besar, Mars untuk abang im dan snickers untuk azri.

Kalau makan ais krim pulak, im prefer ais krim vanilla...ais krim coklat makan juga lah tapi tak selalu, kalau beli aiskrim Magnum, im akan pilih rasa vanilla, kalau bercoklat sangat nanti im rasa muak dan terus sakit perut.

Selain coklat ni ada makanan  lain yang berbeza-beza, im sangat suka durian tapi azri jangan kata makan, bau durian pun dia tak tahan. 

Im juga suka sangat daging, paling suka daging masak black pepper, memang banyak im makan kalau mama masak lauk tu, azri pulak tak lain tak bukan suka makan ayam goreng aje, tanya le dia nak makan apa...hari-hari makan ayam goreng pun  no hal punya.

Itu la kan, mama kami kata pening kepala nak fikir menu sebab kami ni lain-lain kegemaran, masalahnya kalau kami tak suka tu memang tak makan langsung, tu yang mama kena fikir betul-betul apa menu nak masak.

Dalam hal ni , mama kata abang the best, dia tak kisah , boleh makan apa saja. mama kata senang bela abang ni...tak cerewet makan .

Ok..sebagai penutup cerita, ni nak letak...lukisan pertama abang im, dilukis pada hari birthday abang im.


Im lukis dengan lakaran bebas.. tapi ikut lukisan dalam buku...cantik kan.

-3 boys -

Selamat Hari Lahir yang ke 10 abang im.

Salam Selasa, 28/1/2014.

Hari ini birthday abang im.Happy 10th Birthday Abang Im.

Hari ni sekolah maka takde la parti-parti bagai... lepas habis kafa tadi, mama jemput pastu terus bawak kami gi beli kek birthday im dan beli Domino pizza.

Tunggu ayah balik kerja, lepas mandi wangi-wangi kami pun makan lah pizza beramai-ramai.

Lepas makan pizza , potong kek dan makan kek..tu aje lah sambutan birthday im. 




Meriah la juga birthday partt im yang bertemakan baju tidur tu.

Hadiah yang di minta adalah skateboard. ayah kata tunggu cuti nanti beli kan hadiah. im memang patuh, tak kisah bila ayah nak beilkan hadiah dia, im akan  sabar menunggu. 

Ok tu saje, nanti sambung   
-3 boys -

Monday, 27 January 2014

Hujung minggu kami

Salam hari Isnin.

Monday blues, orang putih kata ...semua tak de mood nak sekolah, bangun je tadi azri dah cakap taknak gi kafa, pastu bila mama kata , kafa kat kgv 3 hari aje, kat sekolah lain semua 5 hari..tu pun dah nak keluar air mata dah.

Kenapa hari isnin semua orang tak suka?..kami rasa kerana semua berseronok masa weekend kot..kami pun , walaupun weekend kami tak le sehebat mana.

Hujung minggu lepas kami balik rumah makcik ...hari sabtu tu abang besar sekolah ganti, balik pun lewat ...cadangnya lepas abang balik sekolah dan lepas lunch, kami semua nak ke zoo. 

Tapi lepas jer abang balik dari sekolah, dan lepas je kami semua makan tengah hari, makan nasi ayam mama masak...semua jadi berat bontot dan berat mata.

Ayah kami lepas solat zohor terus tertido kat sejadah!!! peh..

Mama pulak lepas kemas dapur, terus rasa sangat penat nak packing beg baju.

Dan kami pulak semua melekat depan tv tengok kartun tak gerak-gerak.

Mama kami dah jerit-jerit suruh naik solat dan pack baju tapi tak de sapa pun yang berganjak pun.

Last-last trip ke zoo cancelled.

Kami balik terus ke kampung ..bawa josh sekali, Min dan anak-anak dia terpaksa dikurung dalam bilik air bawah...dengan cukup bekalan air dan makanan semestinya.

Bertolak ke kampung pun agak lewat, dah dekat pukul 5 camtu, singgah kat R&R Ayer Keroh, makan A&W..yang bestnya kami dapat free onion ring.  alkisahnya kami tengah tunggu burger siap...tetiba abang A&W tu letak onion ring atas meja ..yang kami ni ingat kan benda tu curly fries, memang ada order pun, terus cakup dan makan..mama pun tak perasan....dah masuk mulut baru perasan..mama kata eh..ni onion ring nih!!

Terus check resit...ha sudah!! dah termakan orang lain punya onion ring, ayooo buat malu jer, macam piranha , letak jer terus makan. 

Jadi bila abang tu letak burger kami, mama pun tanya dan mama kata takpe la kami bayar onion ring ni ..tapi abang tu kata tak payah ler...ha dapat la kami merasa onion ring free.

Tapi rasa guilty la pulak, lepas makan kami siap kemas dan lap meja balik..tak payah la abang A&W yang kasi onion ring free tu kemas...hihihi

Sampai rumah makcik dah lewat petang, lepak-lepak aje la..

Yang pastinya kat rumah makcik sangat sejukkkkk...mama masak air panas untuk kami mandi.

Esoknya lagi best, lepas sarapan, kami keluar ke baruh, peh rasa macam kat Cameron Highland, sejuk giler...pijak lantai simen luar tu rasa macam ais...wah ni sudah lain nih...kami semua mandi pagi pukul 11 semalam...tu pun mama  kami siap sediakan air panas sebesen besar untuk kami mandi.  

Bukan senang nak merasa sejuk kat rumah makcik nih..selalunya rumah makcik sangat panas....kadang tu keluar je bilik air dah berpeluh balik..tapi kali ni sangat best.

Tapi cuaca sejuk tu kami rasa belah pagi aje la...lepas jer tengahari dah panas balik dah...matahari tegak atas kepala..mama kami basuh cadar, sidai lepas makan tengah hari, pukul 4 camtu dah kering dah....kami pun dah berkipas laju-laju dah.

Kami balik seremban semula dalam pukul 6 suku macam tu, alhamdulillah jalan clear..mungkin tak ramai balik kampung, semua nak tunggu hujung minggu ni kan..cuti panjang raya cina.

Mama memang nak elakkan balik ke melaka hujung minggu ni..tak tahan nak menghadap jem , baik kat highway, baik kat jalan biasa...fuh tak sanggup.

Tu aje la hujung minggu kami, hari ni dah sekolah macam biasa dah....tapi yang bestnya minggu ni minggu singkat lagi, hari jumaat dah cuti dah...ntah-ntah cikgu kata hari khamis lagi dah cuti.

Adios.....
-3 boys -

Thursday, 23 January 2014

Hari pertama di KGV

Hari Pertama di KGV

Salam Khamis,

Semalam, Rabu 22 Januari, 2014 adalah hari pendaftaran abang ke KGV. Pendaftaran bermula pukul 8 pagi jadi kami semua tak lah kelam kabut keluar dari rumah gelap-gelap buta.

Pagi tu kami semua hantar im dan azri dulu ,pastu terus ke Unit menengah, Pejabat pendidikan Negeri...sampai kat sana pukul 7.35 pagi, pejabat pun dah buka. Ambik surat tawaran tu dan kami diarahkan untuk terus ke sekolah.

Arahan dalam surat kata pendaftaran dibuat di Dewan Seri Setia, kami sampai ke sekolah awal, pukul 7.45 pagi dah sampai, mama dengan abang je yang pergi, ayah tunggu dalam kereta je.

Sampai kat dewan, tengok dewan pun gelap gulita, kami sampai sekali dengan satu lagi budak perempuan dengan mak dia.

Tunggu kat sana sampai pukul 8, masih takde sapa yang buka dewan tu, mak bapak dah mula ramai sampai, sampai pukul 8 suku camtu, ada satu staf pejabat beritahu semua terus ke pejabat sahaja, arahan ke dewan tu arahan lama..kwang kwang kwang...

Berebut la parent-parent ni ke pejabat, takut ada yang potong que kekdahnya..alahai bukannya mendaftar pun, cuma jumpa cikgu penolong kanan, cikgu tu tengok surat dan tulis kat situ suruh jumpa guru penyelaras tingkatan 1 kat bilik guru..maka semua pergi lah ke bilik guru.

Kat bilik guru menunggu la lagi, cikgu penyelaras tu belum sampai...lama la jugak menunggu , ada lah setengah jam kot..parents pun dah ramai dan bilik guru pun penuh.

Tak lama lepas tu sampaikan cikgu penyelaras tu dan dia  minta semua bagi kat dia surat tawaran dan slip keputusan UPSR..sekali lagi parent berebut-rebut bagi surat kat cikgu tu...tak mau ada yang potong que..ala semua dah dewasa ler....tau la first come first serve..

Cikgu tu bahagi-bahagikan kelas ..arahkan murid baru terus jumpa guru kelas masing-masing...sekali lagi nasib abang kurang baik...abang masuk kelas 1 Alauddin dan guru kelas abang , cikgu Zuraidah, tak nampak batang hidungnya..kena tunggu lagi.

Ok takpe , sabar ....tunggu lagi.

Tunggu punya tunggu, cikgu tu tak sampai lagi, mama dah terbakar...hihiih

Mana taknya budak-budak lain semua dah masuk kelas dan mak-mak pun dah balik..cisss

Mama geram, pergi jumpa cikgu tu dan tanya ada tak murid lain yang dapat satu kelas..takde!! rupa-rupanya dalam ramai-ramai tu , abang sorang aje yang masuk kelas 1 Alauddin tu..dan cikgu dia ntah ke mana...mama kata boleh tak masuk dalam kelas terus..dah tak larat tunggu ...so ada pengawas tu bawa lah abang dan mama ke kelas.

Kelas abang kat blok belakang, tingkat 4..sampai kat kelas..ada cikgu sedang mengajar dan tu bukan guru kelas..dan ada satu mamat terus bangun dan menyambut abang dengan mesranya..mulanya mama ingat budak tu kawan lama abang kat kgv rendah..siap menyambut dan pegang abang nak bawa gi meja.

Lepas tu siap keluar kelas beritahu mama , masa rehat pukul berapa..mama memang mati-mati ingat tu kawan abang , rupanya abang beritahu abang tak kenal langsung budak tu..budak tu ketua kelas..ok lah cam tu , tu ketua kelas yang amat berkaliber!!!

Dipendekkan cerita , hari pertama berlangung dengan baik, hari tu adalah hari ko-kurikulum sebenarnya, patutlah semua orang pakai t-shirt dengan seluar track....dan hari tu abang balik pukul 5 petang!! peh penat giler.

Hari ni pula hari pertama ke sekolah macam biasa, pagi tadi mama hantar abang dan kami keluar pukul 6.35 pagi, mama ikut jalan yang ayah ajar tu, jalan yang dapat elakkan beribu-ribu trafik light tu....peh kami sampai ke sekolah pukul 6.50 pagi..awal giler!!!  tapi dah ramai budak yang dah sampai sekolah.

Maka nya esok mama kata tak yah le keluar awal sangat, keluar dalam pukul 6.45 camtu ok lah kan.

Setakat ni semua terkawal lah abang rasa, buku teks tak perlu pulangkan ke sekolah lama, boleh terus pakai jer, buku PBS pun nampaknya pakai buku yang sama, buku-buku tulis pun boleh pakai buku lama..cuma mama kata nanti kita tampal lah logo sekolah seri ampangan tu.setakat ni abang happy.

Cikgu ajar pun ok, semalam pergi makmal kemahiran hidup....makmal pun lengkap..ye lah abang harap ni lah sekolahnya yang memberi kejayaan kepada abang, insya Allah abang tak sia-sia kan harapan tokbah yang nak sangat cucu dia sekolah kat sana.

Hari ni ketua kelas yang berkaliber tu akan potostat kan jadual kelas dan bagi pada abang..nasib baik ada dia..kalau tak mesti abang rasa left-out..dah la takde sapa yang abang kenal dalam kelas ni, kawan-kawan baik abang semua dalam kelas lain-lain...ayah kata itu langkah yang baik untuk abang dapat kawan baru...lagi pun kawan-kawan sekelas abang tu tak ramai ...ada dalam 20 lebih orang je pun.

Ok lah , nanti abang sambung cerita .

-3 boys -

Tuesday, 21 January 2014

Berdebar-debar tunggu hari esok

Salam Selasa,

Esok abang akan mendaftar ke Sekolah Menengah Kebangsaan King George ke V Seremban..berdebar-debar rasanya.


gambar google

Kali pertama abang menjejakkan kaki di dalam sekolah tu pada Disember lepas, masa mama dan abang jumpa cikgu roslin kekononnya nak minta tolong tu . Tanggapan pertama, pehh!! besarnya sekolah ni, segalanya besar, koridor besar, tangga besar, pintu tingkap semua besar.

Jadi bila dah rasa macam tu, abang rasa macam kecik sangat nak sekolah kat situ, tapi kawan-kawan abang ramai je sekolah kat situ, ok lah tu.

Esok kena keluar awal, kena pergi pejabat JPN ambik surat dulu, pastu baru ke KGV untuk daftar, ini yang buat abang lagi debar-debar sebab tak tau sama ada yang ditawarkan itu aliran biasa atau aliran agama. 

Kalau aliran agama, dengar ceritanya semua kena dan wajib tinggal di asrama...haa tu yang abang tak sanggup tu...abang tak tahan rindu!!!

Dan bermula khamis, abang kena keluar rumah seawal jam 6.30 pagi, ayah kata, dua-dua kereta kena keluar dan duit minyak akan naik sekali ganda..takpe ayah, nanti abang belajar rajin-rajin, abang dapat kerja besar nanti abang ganti semua yang mama ayah belanja tu ..insya Allah.

Hari ni juga hari terakhir abang bersekolah di SMK Seri Ampangan....sekolah ni best sebenarnya dan abang suka sekolah ni..segalanya menyeronokkan di sekolah ni..Mama dan ayah pun sebenarnya lebih prefer abang sekolah kat sini..yelah nak ke sekolah semuanya satu jalan aje tapi mungkin ini yang terbaik untuk abang. Allah je yang tahu.

Ok lah nanti abang sambung cerita lagi..malam  ni kena tidur awal..tak sabar ni.

-3 boys -

Monday, 20 January 2014

Alhamdulillah...abang dapat juga ke KGV

Salam Isnin,


Alhamdulillah tercapai hasrat tokbah nak tengok salah seorang cucu dia masuk sekolah KGV.. Sekolah KGV ni adalah sekolah tertua di Negeri Sembilan dan tokbah adalah salah seorang murid sekolah tu tahun 1950an...pehh lama sungguh.


Masa tu hanya budak-budak pandai dan kaya-kaya saje yang dapat sekolah kat situ dan tokbah yang merupakan anak Tok Undang Jelebu dapat lah sekolah kat sana. disebabkan tokbah dari jelebu maka tokbah kena lah tinggal di hostel.

Mama cerita , mungkin pengalaman tinggal di hostel KGV adalah pengalaman yang sangat manis untuk tokbah pasal sejak dari kecik, tokbah tak lepas dari cerita camne dia duk kat hostel.

Tokbah cerita pada anak-anak dia pastu bila dah dapat cucu, sibuk cerita kat cucu-cucu la pulak , masa abang dapat result 4A 1B dan abang tak dapat KGV, tokbah frust dan sibuk suruh minta tolong sapa-sapa..pakai kabel la kekdahnya.

Mama pun pergi lah ke Pejabat Pendidikan dan isi borang rayuan. 

Lepas isi borang rayuan, mama balik jelebu dan terjumpa pulak dengan wan ibu..wan ibu kata tok jamil boleh tolong ..kelam kabut la siapkan surat rayuan semua dan pergi ke rumah tok jamil. Tok Jamil suruh mama  gi jumpa kawan dia , penolong kanan sekolah KGV tu.

Tok Jamil dah call dah cikgu tu dan cikgu tu minta mama jumpa dia esoknya pukul 9 pagi..maka hari selasa 31hb tu mama pun rushing la ke sekolah KGV tu, mama bawa abang sekali dan kebetulan pada hari tu mama kena pergi ke kelas im dan azri untuk bayar yuran.

Sampai je kat sana, orang pejabat beritahu cikgu roslin tu ada meeting, tak tau pukul berapa habis, mama pun hairan, dah tau ada meeting kenapa minta jumpa pagi...mama pun beritahu kat orang pejabat tu yang mama akan datang semula... lepas tu mama dan abang pun terus ke sekolah im dan azri bayar segala yuran.

Selesai semua , mama dan abang pusing balik ke KGV , sampai dalam pukul 10 pagi camtu..tengok-tengok cikgu roslin tu tak habis meeting lagi...pastu mama kata mama tunggu la.

Kami tunggu sampai pukul 11 suku baru lah cikgu tu panggil masuk, mama pun bagi lah surat rayuan tu dan cikgu tu kata kena tunggu pengambilan ke 2 pasal sekolah tu dah penuh...ok lah kami pun balik.

Minggu depannya tok jamil pun call lah cikgu roslin tu tanya camne...nak tau apa berlaku, cikgu roslin tu kata surat rayuan mama tu dah hilang!! pastu selamba je dia kata dia tak ada kuasa, kena tulis surat pada pengarah jabatan.

Tok Jamil pun call mama suruh mama buat surat pada pengarah...mama kami dah rasa tak best, langsung malas nak layan, tak yah le nak surat kat pengarah bagai...ada rezeki ada la..

Kuasa Allah kan, kalau dah rezeki kita memang lah hak kita, petang hari khamis minggu lepas, mama dapat panggilan dari unit menengah jabatan pendidikan, diberitahu nama abang tersenarai dan surat akan keluar minggu depan.

Ya Allah, abang sangat gembira, mama dan ayah pun sangat gembira, ni bermakna rayuan yang mama buat kat pejabat tu dulu berjaya, tak payah nak pakai-pakai kabel bagai.

Insya Allah, abang akan mendaftar ke KGV tu nanti tapi rutin harian akan bertambah sibuk dan kelam kabut .. sekolah KGV ni jauh dari rumah, nun kat tengah-tengah bandar seremban sanah...maka sama ada mama atau ayah kena hantar abang dan kena keluar seawal 6.30 pagi!!Tolonggggg!!!!!

Takpe ..demi pelajaran abang dan demi tokbah abang..hihihih

 

KGV idaman kalbu.(gambar google)

-3 boys -

Thursday, 16 January 2014

Sudah lama tidak bercerita di sini.

Salam Khamis.

Tetiba je dah hari Khamis kan...minggu ni banyak cuti jadi terasa macam kejap dah habis dah minggu ni ...esok cuti lagi..yessss..


Seperti tajuk di atas, dah lama kami tak bercerita di sini..sebab utama adalah kerana tukang tulis diari kami ni dah bekerja dari rumah. Berkerja dari rumah maksudnya buat semua kerja termasuk memasak, membasuh, mengemas , mensupir dan menlawyer jugak.

Ada hari yang mama kami pergi court dan ada hari yang mama kami duduk rumah mensuri rumah, disebabkan banyak men...maka tiada masa untuk bercerita di sini. Dulu masa mama kerja kat office tu ada jer masa nak bercerita disini . itu lah sebabnya mengapa kami sendiri jarang melawat dan bercerita di diari sendiri ni.

Ok sambung cerita, minggu lepas ada perkara tragis berlaku..hari khamis macam biasa mama temankan im dan azri lunch kat kantin sebelum ke kelas kafa..im dah tahap 2 jadi im balik lambat, pukul 1.35 pm baru balik.

Hari tu mama temankan azri makan dulu, sampai sudah makan im masih belum keluar ...azri pun dah lama tunggu , dia pun angkat beg terus pergi surau..Taklama lepas tu im pun sampai dengan muka keruh.

Mama ingat im kena tahan dalam kelas lagi pasal lambat siap kerja tapi rupanya im pergi tandas...lepas tu tetiba air mata pun bercucuran ..mama tanya dan tanya ..tapi im takmau jawab..Ok mama biarkan im makan dulu..

Tengah-tengah makan barulah im bercerita..kepala dia kena lepuk dengan ustaz Salleh ..pasal tak dapat baca Quran...im kata page kat Quran tu hilang jadi im lost mana ayat yang ustaz suruh baca...bila teragak-agak, tetiba ustaz lepuk kepala im ...kuat sampai im terkencing..

Bila mama dapat tahu..zasss darah mama naik ke kepala..im kata cemana nak gi kafa, cemana nak solat, seluar dah kotor kena kencing..so ponteng la hari...mama kami tak puas hati...ayah pulak ada sekali pada masa tu, ayah gi ambik abang dulu..so ayah kami ni tak nak kecoh , dia gi tunggu dalam kereta jer.

Mama kami terus ke surau,  cari ustaz Salleh ...im pulak dah gerun , kang gaduh pulak mama dengan ustaz ni. 

Mama kata sampai surau, dah nampak dah dari jauh ustaz tengah ambik wuduk, mama tunggu dulu , lek dulu..siap jer, mama pun panggil .Ustaz Salleh..saya ni mak zaim raidi ..terus ustaz kata ..ooo yang pagi tadi tu yer.

Mama cerita mama terus cakap kat ustaz takde full stop..ngapa pukul kat kepala, kuat sampai terkencing, pukul la kat tempat lain asalkan tidak mencederakan.. boleh pukul untuk mendidik, kami tak kisah ...tet..tet..tet..page quran dia hilang tu pasal dia tak dapat baca..bla..bla..bla...bla.

Ustaz Salleh kata dia tak perasan page hilang, dia kata dia minta maaf lah..im nampak leka , pandang kawan ler...bla..bla..bla....habis.

Ha itu la lain kali check le dulu..ni tak terus aje tempeleng kepala orang..

Nasib baik mama kami dapat control dan nasib baik ustaz tu pun kontrol, kalau tak mahu bertumbuk kot.hahahha.

Lepas tu im dan mama pun balik ke kereta..rupanya dalam kereta abang zahin dah terbakar...dia kata macam nak ke surau dan bertumbuk dengan ustaz salleh..sayang rupanya abang zahin kat im..hihihi.....ayah kata abang marah betul sampai ada budak myanmar jual buku pun kena marah!!!

Gitu la kisahnya minggu lepas..lepas tu im kata ustaz salleh pun tak garang sangat dah, im pun kena tegur juga..patutnya im beritahu ustaz yang page quran tu hilang..takpe la pengajaran kepada semua.

Lagi pun ustaz salleh tu baik orangnya , mama kata dalam banyak-banyak cikgu, ustaz salleh sorang je yang rajin tegur parent, tanya jumpa tak anak?, senyum kat parent, cikgu-cikgu lain semua berlagak . Tak tau la ngapa hari tu dia baran semacam jer..penat la kot.

Jadi hari tu azri sensorang aje yang gi kafa, azri pun heran tetiba abang im takde masa rehat petang tu, masa balik pun sensorang aje azri tunggu.

Petang tu mama dan ayah gi jemput azri awal, kesian dia sorang-sorang aje, rupa-rupanya cerita abang im dah sampai ke pengetahuan azri, azri masuk je dalam kereta , dia kata tadi ada kawan cerita, abang im nangis pasal ustaz lepuk kepala abang im..ha sudah, budak kepoci dah tau. Mama pun kata kat azri , jangan kecoh-kecoh, kesian kat abang im..mujur azri sporting , slow je dia tanya im, im ok ke tak..hihihi.

2 hari lepas keputusan MRSM dah keluar, abang memang tak mohon ke MRSM cuma abang harap kawan-kawan abang yang memohon tu dapat tempat ke MRSM, biarlah mereka ramai-ramai gi MRSM, pastu nanti banyak lah tempat kosong kat KGV , boleh lah abang masuk KGV.

Setakat ni rayuan ke KGV masih belum ada khabar berita..tunggu aje la.

-3 boys -

Monday, 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul kami ucapkan kepada semua dan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW.  

Esok adalah cuti am dan bagi penduduk Negeri Sembilan, hari Rabu juga cuti am sempena Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Hari Khamis sekolah dan hari Jumaat cuti balik untuk Thaipusam.

Seronok kan tinggal di negara berbilang bangsa ni..banyak jugak cuti sempena berbagai perayaan kan. 

Lama sungguh kami tidak bercerita di sini.. semua sibuk dengan pelbagai aktiviti awal tahun..sibuk balut buku, sibuk dengan jadual baru dan macam-macam sibuk lah.

Masuk minggu ke tiga ni, rutin perjalanan ke sekolah semakin selesa. Kami keluar pukul 6.50 pagi, hantar abang dulu dan terus ke sekolah im dan azri, pagi-pagi semakin tenang dan tak stress. Mama kami pun semakin selesa, bangun pagi buat sarapan tu relax aje dah. 

Sampai sini dulu ..ada masa kami bercerita lagi...macam-macam cerita untuk diceritakan. nanti sambung.

-3 boys -

Tuesday, 7 January 2014

Minggu ke 2 persekolahan

Salam Selasa,

Hari ni hari kedua di minggu kedua persekolahan.

Semua aktiviti sekolah dah bermula.


Kelas kafa bagi im dan azri pun dah bermula , abang zahin pun dah mula bersekolah sesi pagi. pagi-pagi kami keluar rumah pukul 6.50 pagi camtu, ayah dan mama hantar abang zahin dulu pastu baru hantar im dan azri.

Aktiviti ko-kurikulum abang pun dah bermula. 

Abang dapat pengalaman baru bila sekolah menengah ni...pengawas-pegawas sekolah menengah ni garang-garang...ketua pengawas pulak bila berucap masa perhimpunan, dah sebiji macam cikgu ..tegas dan garang..takut pulak.

Semalam abang dapat buku teks..terkejut la jugak...buku-buku semua tebal-tebal pastu banyak pulak tu, ada 15 buku semuanya termasuk 4 buku novel...mula tu heran jugak apasal buku novel kecik tu kira buku teks..ala hentam saja lah.

Rayuan ke KGV menengah masih belum ada khabar berita ..kawan sekelas abang tak gi sekolah hari ni..dengar khabar dah dapat pindah kgv...alahai..risau pulak abang, dapat tak kgv ni.

Abang nak sangat sekolah kat kgv sebab semua kawan-kawan rapat ada kat sana..yang buat hairannya , kawan abang yang sekolah kat kgv cerita, kelas dia tak penuh pun..cuma 24 pelajar je yang mendaftar..maknanya banyak lah tempat kosong kat sekolah tu.

Cepat lah panggil abang daftar kgv...tapi kalau dapat sekolah sana, maknanya kena keluar rumah pukul 6.30 pagi..pastu jem teruk pagi petang kat sekolah tu.

Ala , tu kemudian fikir, abang nak dapat dulu sekolah kat situ pastu baru la nak fikir pasal pergi ke balik ke ..

Ok tu aje...kami banyak sangat homework hari ni...nak buat lah ni.

Bai..

-3 boys -

Friday, 3 January 2014

Sudah 2 minggu.

Salam Jumaat,

Semenjak mama kami kerja di rumah, dah tak de special friday.

Hari ni kami lunch kat rumah je, makan nasi ayam masakan rumah..nyumm nyumm.

Hari ni genap 2 minggu kucing Min kami beranak.

Dia dah angkut semua anak dia masuk dalam rumah kami minggu lepas..semua ada 4 ekor!!!..tu la makjah kata kucing kampung ni banyak anak, cuba kucing mahal macam Kiki kucing makjah tu, anak dia 2 jer...macam orang putih , mana ada ramai anak.

Minggu lepas , hari khamis kot, mama ternampak min gonggong sesuatu bawa naik tangga atas...ingatkan tikus ke apa, tengok-tengok anak dia, cepat-cepat mama kami sediakan bakul..taklama lepas tu dia bawak seekor lagi .terus melepak susu kan yang 2 ekor tu..

Ok lah kan..2 anak , lama juga min lepak susukan anak dia..pastu tetiba tengok dah ada 3 ekor ...ting ..tetiba muncul seekor lagi...pehh 4 ekor semuanya.

Mama kami pening dah, apa nak buat dengan kitten banyak-banyak tu..terpaksa lah jaga dulu sampai besar sikit baru lah nak bagi orang..


Mula-mula angkut balik 2 ekor jer..dengan muka tak bersalahnye...elok jer susukan macam tak de apa-apa berlaku.

Setengah jam selepas tu....hah ambik kau!!!



Amboi!!!

Kedekut pulak tu, tak boleh usik langsung anak dia.

Tapi apa mama kami peduli, bila mama kami geram, mama ambik jer walaupun min terlompat-lompat marah...


Tengok la tu, mama kami selamba jer pegang anak min, cuba tengok min tu, marah betul dia..bulat mata dia pandang anak dia, takut kena ramas kot.

Ni gambar terbaru anak-anak Min.


Utih, Mini Min, Omot dan citam..

Setelah 2 minggu..comel kan.

Comel-comel pun, semua ni adalah untuk diberi pada sapa-sapa yang  sudi.mama kami tak sanggup nak jaga..mama tunggu kitten ni besar sikit pastu masuk dalam program anak angkat..Min dan josh pulak akan dikasi kan. selamat!!

-3 boys -

Thursday, 2 January 2014

Bermulanya sesi persekolahan 2014

Salam 2 Januari,


Hari ini hari khamis dan hari ni adalah hari pertama persekolahan 2014..rasa gembira, rasa sedih , rasa letih..macam-macam rasa ada...rasa macam tak puas cuti pun ada.

Malam tadi kami diarahkan tidur awal, dah biasa tidur sampai pukul 12 malam, dan pagi tadi macam biasa kami dikejutkan dengan bisikan " Bangunnnnn..first day schoolll"..adoiii lemah betul badan bila dengar perkataan tu..tu lah ayat yang mama kami gunakan setiap kali nak kejutkan kami pagi-pagi hari pertama persekolahan.

Sebenarnya pagi tadi azri kata dia tak mau gi sekolah..pastu ayah kata, kalau tak gi sekolah , nanti jadi tukang sapu jer..peh bingkas azri bangun terus gi mandi..hahaha.

Brekfast pulak biasanya mama kami akan sediakan mee goreng ke, nasi goreng ke...tahun lepas mama kami buat mee sup, tahun lepas satu lagi pulak, mama masak maggi goreng..semua tu tak laku..kami makan sikit je pasal kami semua gementar nak stat sekolah kan.

Kesian kat mama kan....jadi semalam ..awal-awal lagi im dah rekues nak makan cereal jer, senang lah mama tak yah masak apa-apa sarapan pagi ni.

Maka, makan koko kruch dengan honey crunch le kami pagi nih..nyummy




Hari ini im dan azri je sekolah pagi..abang besar pulak sekolah petang dan abang besar dah siap-siap berangan, lepas solat subuh nanti nak tidur balik.hahaha..angan-angan aje lah..lepas subuh tadi mama dah kerah abang tengok-tengokkan im dan azri bersiap dan temankan sarapan.

Kami ke sekolah agak awal ..sebelum pukul 7 tadi dah keluar, keadaan kat sekolah pun agak tenang, dapatlah mama teman kan azri dan im masuk ke kelas, disebabkan masih awal, dapatlah im dan azri cop meja dekat dengan kawan-kawan yang sehati sejiwa..tak tau le kot-kot cikgu dengki nanti dia pindah-pindahkan tempat duduk ..hish!!

Tengah hari nanti giliran abang pulak sekolah, mama kata nanti mama temankan sekejap..sekolah abang dengan sekolah im azri dekat jer..satu hala je..senang ..cuma jem je la yang tak tahan tu.

Ok tu aje..sebelum tu ni dia gambar anak kucing kuat makan, tengok lah sais badan dia sekarang, dah hampir besar macam min dah.



-3 boys -