Friday, 13 December 2013

Abang besar dan im sudah balik..

Salam Hari Jumaat,

Hari ni abang besar dan abang im balik ke rumah kami semula .

Sejak Selasa lepas , abang besar dan abang im duduk lepak di jelebu , untuk menambahkan kemeriahan makjah yang balik bersama-sama anak-anak nya . 

Macam-macam aktiviti abang dan im kat sana dan bermacam-macam makanan makjah masak.pehh kenyang betul.

Hari Rabu, makjah masak steambot..penuh satu meja panjang kat dapur tokbah tu, hari Khamis, makan KFC pastu gi jalan-jalan kat jalan bypass yang baru buat tu..hari ni pulak makjah masak nasi arab...best!!

Tadi makjah hantar kami balik, sampai -sampai je kat rumah , mama dah siapkan kek batik dan popia, makan lagi...makan aje la kerjanya , pastu mama beritahu ayah ambik cuti hari isnin sampai rabu...wah kegembiraan berganda di situ.

Tapi , walaupun kami dalam kegembiraan, mama ada beritahu cerita sedih, mama cakap pakcik Alwi jiran kami yang rumah hujung jalan tu , telah kembali ke rahmatullah semalam , kami terkejut pasal pakcik Alwi tu baru je berkahwin awal November hari tu ...mama kata kesian isteri arwah, baru sebulan berkahwin.

Mama kami cerita , sebenarnya isteri pakcik Alwi yang dulu seorang doktor, mama kenal isteri yang dulu tu, dia buka klinik dan mama selalu bawa kami ke klinik tu bila kami ni jatuh sakit, tapi masa tu kami baby lagi, tak ingat doktor tu.

Masa heboh wabak H1N1 dulu, isteri dia meninggal dunia sebab H1N1 ni lah...lepas tu lama dia hidup sorang-sorang...ada la dalam 6-7 tahun

Lepas tu baru bulan November lepas pakcik Alwi tu berkahwin semula...kami nampak dia happy jer masa majlis kenduri kahwin dia bulan lepas, tiba-tiba mama beritahu dia dah meninggal dunia..sangat mengejutkan..mama kata dah sampai ajal dia.

Moga roh pakcik Alwi dicucuri rahmat hendaknya.

Hujung minggu ni kazen-kazen kami yang lain akan pergi Legoland, semua pergi , maklong, Makjah, Maklit dan maktom...kita ni manusia yang hanya boleh merancang kan.. uncle Deni pulak patah kaki masa main futsal... terpaksa lah maklit berkorban ..mungkin Arif dan Iman je yang pergi, tumpang maktom agaknya.

Mama kata keadaan uncle Deni agak teruk, hari selasa minggu depan kena operate masuk besi...adoii mesti lambat nak sembuh..abang dengar pun ngeri pasal abang kan pernah patah jari dulu..tau lah sakitnya patah tulang ni kan...patah jari dah sakit, ni pulak patah tulang kaki yang besar tu..mesti berganda-ganda sakitnya ...ayoo..

Harap semua orang baik-baik sahaja..risau pulak abang lah.

Harap perancangan semua orang dapat berjalan lancar dan tanpa halangan..Amin 

-3 boys -

Thursday, 12 December 2013

Selesai sudah ujian yang mendebarkan itu.

Salam Rabu,


Semalam abang berjaya menempuh ujian kelayakan ke sekolah menengah agama, keputusan nya belum tahu lagi.


Kami bertolak dari rumah tepat pukul 10 pagi, pendaftaran akan bermula pukul 10.15 sehingga 11.15 pagi, mama kami dah check google map siap-siap dan budget boleh sampai dalam masa 10-15 minit camtu.

Kami pergi berempat dengan mama, ayah kerja.

Sampai je kat sana tengok sepanjang jalan dah penuh dengan kereta ..mama dah panik dah camne nak parking kereta..pusing dekat 2 kali la juga, nak menyelit mana-mana pun tak boleh , sempit sangat jalan-jalan kat situ.

Doa punya doa , akhirnya dapatlah parking tepi parit besar...dan menapak lah kami ke kawasan sekolah, punya le jauh!!

Masuk je dalam kawasan sekolah, abang dah nerves semacam, mama ambik gambar pun dia marah..' cepatlah mama, kat sini pun sibuk nak ambik gambar buat apa!!' wah wah ..marah nampak..


Masa berjalan masuk ke kawasan sekolah .


Sampai je terus la mendaftar di kaunter No. 4 , sesi ke dua .ujian akan bermula pada jam 11.15 pagi . Selesai mendaftar, kami semua terus ke luar dewan , tunggu untuk ujian sesi kedua.

Orang punya ramai, bersesak-sesak luar dewan tu.



Tengah menunggu, hati abang dah tak keruan ni..nasib baik jumpa kawan-kawan sekolah kgv dulu. 

Tengah-tengah menunggu ada seorang cikgu tu suruh ibubapa tinggalkan anak masing-masing dan terus ke surau untuk dengar taklimat tapi tak sorang pun yang bergerak ke surau, semua nak temankan anak masing-masing masuk dewan hihihi..

Tepat pukul 11.15, pintu dewan dibuka dan beraturla keluar murid -murid yang ambil ujian sesi pertama dan lepas tu abang kami pun masuk ke dalam dewan.

Ujian berlangsung selama 1 jam 45 minit, punya la lama nak tunggu ni....mula tu mama bawa kami menuju ke surau, tengah cari-cari surau, jumpa pulak kantin, teruslah beli air dan lepak kat situ.

Lama juga lah kami lepak kat situ , sampai boring la, im dan azri dah stat la bertengkar, mama ingat im dan azri lapar terus  gi beli bihun goreng dengan air teh o ais..tapi dah makan pun bergaduh lagi, mama ajak im dan azri balik.

Baru nak keluar dari pagar sekolah, hujan turun selebatnya , patah balik la jawapnya , terus lah kami berjalan-jalan aje sekitar sekolah , boleh tahan cantik tempat ni...bersih dan kemas.

Jalan-jalan kat situ, kami terjumpa kolam ikan, siap dengan air pancut, besar betul kolam ikan tu, ada pulau tengah-tengah tempat lepak, kami pun try la test tempat lepak tu.



Im yang kepenatan dan kebosanan. nasib baik ada ikan ..boleh la rehat-rehat mata tengok ikan.




Ikan besar-besar kat sini..agaknya kalau dewan makan kat sini putus stok ikan, diaorang boleh mancing jer ikan-ikan kat sini..goreng pun sodap!!

Lepak kat sini ada lah dalam 20 minit camtu dah kami gerak semula ke kantin, minum air teh o ais , tunggu lagi abang kat situ..

Akhirnya dah pun pukul 1 tengah hari....kami gerak ke dewan dan tunggu abang keluar.

Abang keluar dari dewan, senyum-senyum , lepas tu beritahu soalan bapak punya susah, soalan bahasa arab paling banyak dan soalan semua dalam bahasa arab dan tak de translation..apa lagi tibai aje lah ..

Lepas tu kami pun gerak balik, abang request nak kat Mc Donald..sempena habis ujian katanya...ok ke Mc Donald kita. 

Petang tu kami semua balik jelebu, abang dan im tinggal di jelebu minggu ni...teman kan makjah...makjah masak macam-macam.  seronok sangat, maktok dan tokabah lagi la seronok , cucu ramai-ramai tidur kat rumah kampung tu.

Keputusan ujian ini belum boleh keluar lagi..kalau ada rezeki abang, maka di sini la abang menimba ilmu  

-3 boys -

Monday, 9 December 2013

Ujian Kelayakan Sekolah Menengah Agama

Salam Hari Isnin,

Selesai sudah majlis perkahwinan kazen kami , cerita kawen Kakcik akan menyusul selepas ini.

Ni nak cerita, esok abang besar kami akan menduduki ujian kelayakan sekolah menengah kebangsaan agama.. ujian akan diadakan di sekolah Shams. 

Sekolah Shams ni memang sekolah agama pilihan abang zahin, memang mama berhasrat nak abang besar kami bersekolah aliran agama dan berjaya sampai ke Universiti Al Azhar..mama kata mama nak abang besar jadi doktor atau jurutera dan pada masa yang sama juga ada ijazah dalam pengajian agama...kalau jadi Al Hafiz lebih baik lagi..

Harapnya hasrat mama dan ayah kami ni termakbul la... nanti akan datang kalau ada kenduri kendara, tak perlulah panggil tok imam nak ketuai bacaan doa ke apa..ahli keluarga sendiri boleh imamkan bacaan semua. 

Sekarang abang besar kami tengah gigih mengulangkaji hafazan...pagi tadi ulangkaji bahasa Arab...harap soalan-soalan tak le susah dan harap abang besar dapat lah masuk sekolah Shams. 

Abang besar kata dia takut ujian esok tapi yang sebenarnya bukan abang zahin takut tapi abang zahin takde kawan..semua kawan-kawan rapat abang semua ujian sesi pertama, jam 8.15 pagi sedangkan abang sesi kedua, stat pukul 11.15 pagi..dan paling abang tak suka, budak2 sesi kedua yang abang kenal semuanya perempuan...tu yang malas tu, nanti nak berborak dengan siapa?

Esok mama , im dan azri akan sama-sama hantar abang, abang kena pakai baju lengkap seragam sekolah rendah, mama kata nasib baik mama simpan lagi baju sekolah abang , kalau dah kena buang, payah jugak nak cari baju sekolah kan. 

Kami berharap agar abang kami berjaya dan masuk sekolah shams, cuma masalah dengan sekolah shams ni jauh sangat kedudukan dari rumah...kena lah mama kami bangun awal pagi nak hantar abang gi sekolah..

Doakan abang kami berjaya ye.  

-3 boys -

Thursday, 5 December 2013

Maktok dah sihat dan sudah penghujung minggu ke 3 cuti.

Salam Hari Khamis..

Huhu dah khamis dah, tak lama lagi tamatlah minggu ke 3 cuti.

Camne nak pergi cuti-cuti ni, hujan tak berhenti turun, Kuantan pulak dilanda banjir besar, habis tengggelam bandar Kuantan, cancel la nak gi hotel Makjah..sob sob sob

Maktok dah keluar dari wad semalam, Alhamdulillah sihat cuma maktok kata kalau jalan-jalan tu ada mengah sikit..takpe maktok slow-slow ler.. maktok kami ni aktif sangat orangnya, kalau kami balik , ada jer rendang la, kuih bakar la, karipap la maktok dah siap masak..kesian maktok , masak sorang-sorang pulak tu...bukan bibik tak tolong tapi bibik memang tau tau masak..

Hujung minggu ni kami akan balik Melaka, Kakcik kazen kami belah ayah kawen...majlis buat kat telok Mas, rumah atok kakcik. 

Hari Sabtu nanti mama kata kami kena bangun awal, sebab Kakcik nikah pukul 9 pagi, kami tak nak miss tengok kakcik dinikahkan sendiri oleh abang zihan..Kalau lah AyahNgah masih ada, mesti ayahngah happy...

Oww berita gembira, ayah dah up grade komputer atas, upgrade ke window 7, letak grafik kad baru dan ram pun tambah, kami happy, sekarang kami dah tak berebut laptop dengan mama lagi, tadi happy betul main game left for dead, tak lag langsung...awsome.

Tadi kami pergi ngaji, im kan dah naik Quran, tak sangka atok dan wan ngaji bagi hadiah quran baru pada im, happy sangat im, cantik quran tu, mama kata atok memang wakafkan quran tu pada semua murid dia yang naik quran..Alhamdulillah, semoga Allah rahmati Atok dan Wan ngaji.

Semalam kami gi Parkson, mula tu nak cari baju ayah jer...pastu azri ajak gi tempat toys, terpikat pulak kat Lego Hero Factory, merah-merah mata minta ayah belikan tapi ayah kata lain kali aje lah...tengok dah macam nak hujan aje, ayah pun belikan lah..wah bersinar-sinar muka azri 



Ini lah benda alah yang diidamkan sangat tu...siap kata " azri puas hati ma, lepas ni azri tak beli apa-apa lagi dah" ..suka la tu...padahal abang besar dah lama signal suruh beli nerf tapi azri yang dapat..heee

Azri si bongsu kami ni dah umur 7 tahun , siap komplen pulak tu apsal birthday day bulan 10, lama lagi nak dapat hadiah, tu yang happy semacam dapat toy baru tu.

Throwback sikit azri masa tembam time..


Ada chomell tak?

Ini budak sudah hitam sikit, memang mama suruh dia hitam sikit supaya tough dan kuat, ayah kata budak lelaki kalau putih-putih amat ni, kulit sensitif pastu tak tough..kalau macam ni azri kena masuk army ni..

Ok tu aje, ada masa kami bercerita lagi, nanti kami letak gambar terbaru kucing kutip kami si Josh aka Joshua....setelah 3 minggu josh dah semakin membesar...semalam injured kena ambush dengan kucing jantan yang suka pancut sekeliling rumah kami tu...kalau jumpa dia memang kami belasah dia.. dah la hari-hari mama kami kena sembur porch.

-3 boys -

Monday, 2 December 2013

Maktok masuk wad.

Salam Isnin, 2 /12/2013.

Sudah masuk bulan disember, bulan terakhir bagi tahun 2013, juga sudah masuk minggu ketiga cuti sekolah.

Hari jumaat lepas, maktok tak sihat dan dimasukkan ke wad kat hospital jelebu.

Sebenarnya , hujung minggu tu kami semua memang bercadang nak balik jelebu, dah lama tak tidur kat sana, lagipun hujung minggu depan ni kami balik melaka lagi, Kakcik kazen kami kawen.

Hari jumaat tu , mama kami macam biasa la pergi kedai beli ayam, azri nak ayam goreng , balik dari kedai, mama terus call maktok, nak minta maktok sediakan ic untuk mama fotostat..mama kami tengah uruskan nak renovate rumah JB Maktok..

Maktok angkat je phone, terus dengar suara maktok macam sesak nafas, cakap pun tercungap-cungap..lepas letak telefon, mama kata jom balik jelebu, maktok sakit, kami ni terpinga-pinga la....tengah syok main game kan...mama zus zas, simpan ayam, sumbat telekung dalam beg, sumbat josh dalam bakul , perambat kami masuk dalam kereta dan zassss terus balik jelebu.

Sampai rumah maktok tengok semua pintu pagar dah terbukak, masuk rumah senyap sunyi, keta Gen 2 tak de, ha ni mesti dah gi hospital, mama pun gi la panggil bibik, panggil punya panggil tak menyahut, kami agak mesti semua pergi hospital kot, ayoo teruk ke maktok, mama kata dah jom kita gi hospital, kami masuk balik dalam keta, josh mama keluarkan lah.

Kami gerak jer , tetiba nampak bibik tengah mencangkul apa ntah, mama punya lah marah..eh robot ni, tak tau ke maktok sakit , asyik kerja jer tak tau apa berlaku sekeliling, mama stop panggil bibik, jerit kat dia , " dah, berhenti kerja, gi masak nasi, ibu ke hospital tu" sudah masak buk kata bibik, mama kata " ha pergi goreng ayam ke apa" pastu terus la ke hospital. 

Sampai hospital, nampak tokbah sorang-sorang je duduk menunggu kat bahagian kecemasan, kesian tok abah.. mama pun masuk tengok maktok, mama kata maktok tengah cungap-cungap sambil neb, maktok masuk zon merah..kesian maktok, mesti keadaan maktok dah teruk.

pastu mama suruh tok abah balik, biar mama je tunggu maktok, kami pun balik la naik Gen 2 dengan tok abah, sampai rumah kami lepak-lepak aje la, main game , dapat main i pad mini maktok.

Sambil main tu ada dengar bunyi bibik masak, tak lama lepas tu bibik panggil makan kami pun makan la , bibik goreng kan ayam dan ada lauk-lauk semalam bibik panaskan. 

Dah dekat pukul 3 lebih baru mama kami balik, mama kata maktok masuk wad, mama pun solat pastu makan dengan tokbah, pastu terus packing barang-barang maktok dan gi hospital semua, mama kata sapa nak ikut, hihih sorang pun tak nak ikut...haha sabar je la...

Pukul 5 lebih mama balik, terus buat minum petang , solat dan kami pun balik lah, kami kena cepat pasal mama kami tu kan rabun, mana nampak sangat kalau bawak keta malam-malam..dekat nak pukul 6 kami pun balik la, salam-salam tokbah, dan terus ke wad semula, mama hantar lauk untuk maktok.

Sampai wad, kami semua masuk lah, salam maktok, mama pun teman maktok gi tandas semua, pukul 6 setengah baru dapat gerak balik, mama kami dah takut dah, pasal dah lambat, nanti gelap tak nampak bawak kereta.

Dah la dah lambat , kena pulak ikut belakang lori sayur , sudahnya masa kat bukit tangga memang dah gelap dah, tapi nasib baik langit tak gelap lagi, mama kata kalau langit dah pitch black, confirm mama tak nampak.

Kami semua selamat sampai rumah pukul 7 lebih, dah lewat maghrib pun, ayah pun belum sampai...pukul 8 lebih baru ayah sampai .

Malam tu ayah belanja kami makan malam . selamat mama tak yah masak.

Esoknya kami semua balik jelebu semula..dan sekarang maktok masih di wad, belum keluar lagi, doktor kata maktok kena lelah bersama dengan jangkitan paru-paru. 

Esok, insya Allah kami balik jelebu lagi..harap maktok dah keluar wad, tokbah pun tengah tak sihat . hari Ahad lepas, mama kami bertungkus lumus kat dapur masak banyak lauk untuk tokbah makan, tau je la tokbah mana nak makan kalau bibik masak. 

Doakan maktok sihat ye. 

-3 boys -