Thursday, 19 March 2015

Cuti Sekolah -Zoo Melaka yang mengecewakan

Salam Khamis 

Minggu ni minggu cuti sekolah
Tapi kami tak jalan ke mana-mana sebab ayah kan baru stat kerja tempat baru.
Takut kami rasa bosan, hari ahad lepas ayah bawa kami gi jalan-jalan.

Mula tu cadang nak pergi Zoo Negara sebab azri kata dia tak pernah tengok gajah hidup..Last kami gi zoo masa azri umur 3 tahun, dah tak ingat apa.

Sekali check harga tiket, mak aii...punya mahal
Dewasa RM50, kanak-kanak RM30..ni tiket pakej tengok panda
Kami adalah berlima, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak jadi semua sekali dah RM220.

Mama kami kata mama pernah tengok panda kat zoo Beijing, panda ni satu haiwan gemok pemalas, aktiviti dia makan aje sepanjang hari. Jadi hanya nampak panda ni duduk terkangkang dan sibuk kunyah bamboo..tu aje yang dapat tengok pun.

Image result for panda

Mama kata macam gambar google ni la....duduk jer makan bamboo tak pandang kiri kanan
Rasa macam tak berbaloi pulak kan bayar punya mahal padahal haiwan-haiwan lain sama aje kan.

Jadi tukar plan
Ke zoo melaka kita
Kebetulan kat MITC ada PC expo..mama kami nak beli laptop baru untuk kegunaan ofis mama, laptop sedia ada penuh dengan game, mama dah tak larat berebut dengan kami.

Sampai Melaka dah tengah hari. kami lunch dulu.
Mama dan ayah tahu kalau bawa kami berjalan-jalan dengan perut lapar, boleh mengundang mala petaka..hahaha.

Lepas makan, solat dulu kat masjid MITC tu 
Siap solat kami terus ke zoo
Orang dah sangat ramai, que beli tiket pun panjang gile.

Done beli tiket , semua RM63 untuk kami sekeluarga
Melangkah ke dalam zoo dengan penuh kegembiraan
Rancang tak nak naik tram..apa kes pergi zoo naik tram kan.
Kami dah siap sedia pakai kasut selesa, baju selesa dan siap cab untuk berjalan jauh untuk tengok setiap haiwan puas-puas.

Baru suku perjalanan , kami perasan zoo melaka ni macam tak berjaga, dah run down
Banyak juga haiwan-haiwan yang kami tengok dulu tak de
Kuda padi tak de, unta takde 
Banyak kandang kosong

Mama gi tengok kat tempat pemeran ular....sekor ular pun tak dak
Pergi tempat buaya , ada 2 ekor je buaya
Dah tak happening macam kami pergi masa dulu-dulu

Dulu ada orang utan dilepaskan
Ada elephant ride, horse ride, elephant feeding
Tapi sekarang semua tu dah takde.
Pendek kata , sangat mengecewakan

Nasib baik harimau cergas, gemuk dan comel, tapi singa pulak dah kurus menggelebeh, seekor aje singa yang ada dan dia nampak macam sangat kebosanan.

Pastu kandang harimau bintang takde rimau bintang dalam tu, yang ada harimau kumbang si hitam legam tengah tido....kurus aje 


Beliau ni tengah tido tapi mata kejap-kejap memandang kat orang, perasan hensem la tu


Ha yang ni cergas, cantik betul belang-belang dia.

Tapak tangan dia punya la besar, habis penuh satu muka orang dewasa...patut la sapa-sapa kena serang harimau tak selamat, dia tampar jer manusia , terus takde harapan.

Pastu kami jumpa Caeser , ala pelakun cerita Rise of the planet of the Ape tu, kesian dia keseorangan dan nampak sangat bosan.

Tapi walaupun dia bosan, dia tetap beri kerjasama menggembirakan pengunjung yang-bayar-tiket mahal-tapi-haiwan banyak dah takde.


Mula tu dia ni melepak jer atas tower ni..kesian kan, jelas bukti tengah bosan giler ni


Bila kami datang dekat, tetiba dia turun dan menuju dekat dengan kami


Dan mula berbual dengan kami gunakan bahasa isyarat tunjuk-tunjuk, tak tau apa yang cuba disampaikan
Memang chimp ni haiwan yang pintar yang boleh diajar.
Besar juga saiz dia ni, bila berdiri hampir sama tinggi dengan mama kami. 

Lepas tu dah tak ada apa nak tengok dah, tempat burung-burung pun tak banyak burung ..burung ostrich pun nampak kurus aje.
Merak ada la 2 ekor tapi tak berapa baik mood kot

Terlalu banyak kandang kosong, rasa rugi la pulak
Tak tau la kot-kot zoo ni tengah dibaik pulih atau dinaik taraf .

Patutnya kena la bagi harga tiket murah kan

Tak lama lepas tu kami pun balik, sempat beli ais krim kat gerai , mahal betul, kami ambik ais krim murah je pun, ais krim matkool dengan aiskrim potong, air tin satu dah RM10 lebih

Masa nak balik, hujan pun turun, nasib baik la kami sempat tamatkan lawatan.

Pastu terus ke MITC semula, gi PC Expo.

Orang agak ramai, 
Jalan-jalan survey laptop
Azri mengadu kaki sakit
sampai nak menangis tak larat nak jalan

Tak nak ambik masa lama, jumpa je laptop yang berkenan di hati, terus ambik 
Kali ni mama beli laptop Asus..nampak ok lah
Sebelum ni laptop Acer, 
Ok senang nak guna dan  dapat banyak free gift

Lepas tu kami terus balik, singgah solat Asar...dah lewat asar sebenarnya , pastu tu terus balik seremban.

Sampai seremban dah lepas maghrib. 
Semua tido lambat malam tu sebab tengok abang besar  set kan laptop baru mama.

Seronok la juga walaupun kami tak berjalan ke tempat hebat-hebat macam abang afiq dan abang amir

Family maklong sekarang ni sedang bercuti ke UK ...duk sana seminggu lepas tu mereka akan ke Paris dan terus ke Milan....percutian selama 3 minggu, kami tumpang seronok.

-3 boys -

Friday, 6 March 2015

Hari demi hari....

Salam hari Jumaat,

Minggu ni minggu pertama ayah kami mula kerja di tempat baru.

Kali ni di Shah Alam, ayah drive ulang-alik seremban-shah alam tiap-tiap hari.


Kalau dulu ayah kami naik komuter tapi kali ni tiap-tiap hari kena drive, maknanya bila ayah balik kerja, ayah mesti penat dan kami semua mesti kena behave la.....kalau tak mesti kena marah free.

Pagi-pagi ayah kena keluar awal, pagi tadi ayah gerak pukul 6.40 pagi...tu pun masih lambat.

Kami pulak macam biasa setiap pagi kelam kabut bersiap ke sekolah, keluar rumah mesti sebelum pukul 7, mama akan hantar abang besar dulu , lepas tu baru hantar im dan azri.

Sekarang ni mama kami dah jarang gi court, mama dah sibuk dengan jadual check up maktok dan tokbah.  Sejak tokbah keluar hospital hari tu, tokbah nampak tak sihat dan lemah. Maktok minta mama hantarkan tokbah gi akupuntur. Lepas 3 kali rawatan akupuntur, keadaan tok bah bertambah baik, tokbah lebih bertenaga, tak la asyik tido jer.

Sekarang ni mama aturkan hantar tokbah gi rawatan akupuntur 2 minggu sekali.

Maktok pulak mama hantarkan ke klinik chiropractor...klinik untuk sakit tulang. Lutut maktok dah lama sakit, doktor dah lama cadangkan maktok  buat pembedahan tukar lutut tapi maktok takut .

Klinik chiro ni adalah rawatan alternatif, tak payah bedah...tu yang maktok nak sangat buat rawatan kat klinik ni walaupun kos rawatan hampir RM18 ribu jumlahnya.

Rawatan kat situ seminggu sekali dan lepas sebulan nanti seminggu 3 kali...agak letih juga la mama kami sebab kena jemput maktok dari jelebu bawa gi klinik dan hantar balik ke jelebu semula...phewww.

Kami tak sabar nak cuti seminggu ni......sekolah ada seminggu je lagi pastu cuti panjang...cuma kami tak gi mana-mana sebab ayah baru mula kerja tempat baru pastu maklong sekeluarga pulak nak jalan-jalan europe 3 minggu, jadi abang besar tak dapat la nak sleep over rumah maklong.

Tu je la nak cerita...tak ada idea lah   

-3 boys -

Monday, 23 February 2015

Sketsa seekor kucing: Saya tak bersalah!!

Hai semua, nama saya Josh, saya kucing kesayangan keluarga ini


Ni je la gambar yang ada, sebab mama saya malas ambik gambar saya walaupun saya adalah seekor kucing yang hensem.

Hari ni saya buat mama saya marah sangat dengan saya, tapi bukan salah saya, salah mama saya ler.

Saya dah beritahu mama saya ni nak kencing , nak berak tapi mama buat dek jer... mama sibuk mandi dan siapkan baju sekolah tuan-tuan kecik saya..puas saya ngiau-ngiau tapi apa mama buat, dia sibuk peluk-peluk jer.

Padahal tangki saya dah penuh benar ni.

Eh lupa nak cerita kenapa saya takut nak tido kat luar, 3 minggu lepas, saya teruk kena belasah dengan kucing-kucing taiko kat luar tu, 2-3 ekor sekali berjemaah belasah saya, terus saya trauma dan phobia ....masa tu nak balik rumah pun tak berani, saya lepak atas bumbung rumah jiran jer.

3 minggu saya tak berani balik rumah, sampai kurus kering saya.

Ntah cemana saya berjaya balik rumah, mama sangat happy . bagi makan ayam rebus..ahhh.leganya dapat makan ayam rebus.

Pastu mama mandikan saya.

Tapi saya masih takut nak tido kat kuar rumah , jadi tiap-tiap malam saya tido dalam rumah jer, pagi-pagi saya keluar la memerut.

Tapi pagi tadi ntah kenapa mama saya buat tak tahu jer pemintaan saya nak keluar memerut, saya panjat atas katil tuan kecik, mama marah dan halau saya keluar.

Tetiba saya nampak pintu bilik mama renggang, saya pun masuklah , panjat atas katil....oh yesss..mama belum lipat comforter lagi, nampak best jer, saya pun canggung ler nak memerut ...tiba-tiba...YA ALLAH!!!!!!...Josh apa kau buat tu, pastu mama terus cengkam leher saya dan dengan rakus dan kasarnya campar saya keluar rumah..oh nooo..seketul kecik tahi saya terjatuh atas katil mama.

Dengan sedihnya saya pun merajuk la ....terdengar mama ngadu kat ayah..."Yang, nasib baik josh tak berak atas katil kita..kalau berak tadi..habis la tilam baru kita yang rega ribuan ringgit tu!!"..Laaa patut la mama marah giler.

Apa-apa pun tu semua bukan salah saya, mama yang salah.

Tapi bila difikir-fikirkan, nasib baik juga saya tak terlepas tadi..kalau tak, confirm tilam tebal sekaki yang beribu harganya tu tak dapat diselamatkan dan mungkin saya akan dihukum buang daerah..phuhh selamat .

Ni saya melepak kat rumah jiran ni, takut nak balik rumah, mesti mama marah punya.

Tunggu petang sikit la....sejuk sikit, mesti saya tak kena marah punya


-3 boys -

Cerita kami

Hi Diari..


Sudah hampir tamat bulan Februari, cuti panjang sempena Tahun Baru Cina pun dah habis.

Bulan ni juga masuk bulan ke dua keadaan kelam kabut setiap pagi nak ke sekolah, mama kena hantar kami semua sekali trip..keluar rumah mesti sebelum pukul 7, lambat seminit parah akibatnya.

Pernah satu pagi tu, kami terlambat keluar , pukul 7.02 minit baru gerak dari rumah, ha ambik kau, trafik punya banyak pastu banyak pulak driver-driver siput babi pun keluar..akhirnya abang besar sampai kat sekolah pukul 7.26 pagi dan im azri sampai sekolah pukul 7.35.

Kami semua kena tahan dengan pengawas, kena ambik nama dan abang besar kena denda lap tingkap....kesian.

Jadi untuk elakkan keadaan stress berlaku, kena pastikan sebelum pkl 7 mesti gerak dari rumah...pukul 6.58 pagi pun ok mesti sempat punya.

Bulan ni juga genap 1 tahun 3 bulan usia firm guaman mama kami..setakat ni kami sangat happy mama sentiasa ada di rumah dan sentiasa ada menjemput dan menghantar kami ke mana sahaja kami pergi.

Kadang-kadang mama sibuk dan terpaksa angkut kami semua ke court, kami ikut aje la sebab masa balik mesti dapat upah punya, paling kurang dpt coolblog atau aiskrim sorang satu..best.

Cuti panjang hari tu kami tak ke mana-mana..nak jalan-jalan pun rasa tak best sebab Ayahlang sakit...ayahlang ni abang ayah kami yang no. 3.

Ayah kata ayahlang kena kanser paru-paru..dan hari selasa minggu lepas baru selesai operation. Hari Khamis kami semua ke HKL nak lawat ayahlang tapi sedihnya im dan azri tak dapat masuk jumpa ayah lang..abang besar jer dapat masuk.

Abang besar cerita, tumor kat paru-paru ayahlang tu doktor dah buang tapi bukan tu je yang doktor buang, doktor buang sekali 1/3 paru-paru kanan ayahlang dan tulang rusuk no 2,3 dan 4 sekali... takut kami dengar.

Ayah tunjuk gambar luka pembedahan ayah lang tu, alahai ngerinya..panjang dari bahu sampai ke tepi badan...lagi ngeri bila mengenangkan kat belakang tu dah tak de tulang..doktor pesan ayahlang kena jaga-jaga jangan sampai terjatuh sebab dah tak de tulang nak cover organ-organ dalaman tu.

Alhamdulillah ayahlang selamat walaupun ada kesan bedah yang sangat menakutkan, takpe la yang penting ayahlang sihat.

En Diari, nanti kami bercerita lagi ye....kalau rajin..hihihi

-3 boys -

Friday, 23 January 2015

Minggu ke 2 persekolahan

Assalamualaikum semua,

Hari ni hari jumaat , habis dah minggu ke dua persekolahan.

Kami dah menjalani rutin macam biasa, dah stat kelas kafa dan dah stat kelas mengaji.


Cuma tahun ini, bezanya kami kena bersiap lebih awal dan bersarapan lebih awal kerana kami semua akan keluar serentak dihantar oleh mama. Ayah dah kena masuk ofis awal  jadi tak sempat hantar abang ke sekolah.

Tahun kami dah semakin dewasa, abang besar dah tingkatan 2, abang im dah tahun 5 dan sibongsu azri dah tahun 3..masing-masing dah pandai siapkan beg masing-masing , jadi tahun ni mama kami relax sikit la.

Cuma mama penatla kena ke sana ke mari hantar dan jemput kami ke 2 sekolah yang berlainan, nasib baik ada si wahab..dia la tempat kami bergantung memandangkan keta BM 5 dah 3 minggu tersadai kat bengkel. 

Sapa si wahab ni?

Keta BM hitam makjah la...yg makjah suruh mama dan ayah jaga tu..rupa-rupanya si wahab ni sama je perangai macam keta BM 5, asyik ada je yg tak kena, hon dah tak bunyi, radio pun ikut mood, mood baik, boleh dengar radio, mood x baik, radio tak leh on, jam pun x tau dah pukul berapa , si wahab rupanya lagi mengada dari BM 5.

Apa-apa pun redha aje la.

Weekend ni mungkin kami balik ke melaka, ayah kata nak lawat ayahlang, ada berita kurang baik tentang ayahlang...ayah kata ayahlang kena kanser paru-paru..risau nye

Harap ayahlang kuatkan semangat untuk melawan sakit dia, lagipun ayahlang masih ada ramai adik beradik yang beri sokongan.

Hari tu ayah kami beli khemah, khemah simple jer.

Hari ahad lepas kami semua pergilah piknik kecil-kecilan kat PD..sekejap je pun..sampai pkl 10.30 , kami balik pkl 1 lebih sikit macam tu.. sekejap tapi kami sangat happy..mama bawa bekal sandwic, nugget dan nasi lemak bungkus.

Tukar baju semua dlm khemah jer...seronok betul rasanya.

Siap bawa mee maggi dlm cup, bawa air panas dalam thermos lagi. 

Ayah kata dah ada khemah ni, boleh la kerap pergi piknik...mama kata boleh beli kerusi malas, tikar besar sikit dan chiller..boleh minum air sejuk.

Lama-lama sok , boleh tido terus kat pantai, buat bbq...wa best nye.

Ok lah ..tak ada apa nak cerita lagi

-3 boys -