Salam Selasa,
Seperti yang telah dijanjikan kepada kami, ayah dah ambil cuti panjang 3 hari berturut-turut, isnin sampai rabu..yahoooo!!!
Mula tu rancang nak ke Perlis, jalan-jalan tengok negeri orang yang kami tak pernah jejak lagi..walaupun tak ada apa sangat kat Perlis, kira perjalanan jauh tu pun satu vacation la bagi kami.
Tapi....hari Sabtu lepas masa kami keluar nak beli barang, hujan telah turun mencurah-curah sampai ayah nak drive pun tak nampak..terus ayah kata ..perjalanan jauh ke Perlis takde makna bercutinye kalau hujan mencurah macam nih...nak berhenti rehat kat R&R pun sure sesak dan menyakit hati.
So tukar plan.
Percutian yang masih boleh berjalan walaupun hujan lebat ..gi muzium , beli toys, jalan-jalan santai-santai.
Jalan dekat-dekat pun tak pe asalkan happy kan...lagipun tak tahan tengok wassap penuh dengan gambar kazen-kazen bergembira kat Legoland.
Maka hari Ahad lepas kami sekeluarga pergi berjalan-jalan ke melaka, plannya nak ke muzium semua tu sambil bershopping-shopping...Kami bawa sekali baju bekal, kot-kot lewat sangat nanti gi tido kat rumah makcik jer.
Pagi Ahad tu sebenarnya kami bertolak lewat sikit, ah dekat pukul 11.30 baru gerak..sampai melaka berhenti lunch kat pintu gerbang tu dan solat zohor terus.
Destinasi pertama Jusco!!...hahaha..mcm kat seremban takde jusco kan.
Kat sana dapat beli beg sekolah abang zahin , 2 pasang kasut sekolah im , t shirt ayah dan seluar sukan abang.
Habis shopping kat Jusco, ayah bawak kami pergi Masjid Negeri yang cantik tu .
Gambar google
Solat Asar kat sana..luas betul masjid tu.jauh nak berjalan dari tempat ambik wuduk ke dewan solat.
Destinasi kedua, Dataran Pahlawan, parking kat Mahkota Parade pastu berjalan ke shopping complek Dataran Pahlawan...rupanya shopping complek tu sikit punya besar.kami round-round kat situ jer dah cukup memenatkan ..bila azri dah komplen sakit kaki, kami fahamlah sebenarnya azri dah lapar..sebelum apa-apa kejadian teruk berlaku, jom cari tempat makan.
Kami pusing-pusing cari food court yang kami pernah makan dulu, tak jumpa. Masalahnya kat komplek ni signboard dia mengelirukan..pusing-pusing ikut arah tapi tak jumpa .. sampai rasa give up nak cari tempat makan, azri sibuk ajak balik dah.
Pusing-pusing lagi sampai dah penat sangat dah..last-last jumpa.
Rupa-rupanya dah tutup...patut lah susah nak cari signboard..last-last makan kat Johnnys...kami pun dah lama tak makan kat Johnnys..
Kekenyangan di Johnnys
Lepak makan kat sana memang lama la..sempat ayah gi surau..sekali lagi ayah kata berpusing-pusing cari surau, ikut signboard..jumpa rupanya surau perempuan, kena tanya pak guard baru jumpa .sementara ayah ke surau , kami relak-relak aje la kat Johnnys, mama ada teman kan kami..mama kan cuti Allah bagi.
Selesai makan, solat semua..nampaknya memang tak sempat la ke muzium semua tu..kami terus ke Menara Taming Sari.
Orang tak ramai, beratur pun tak lama..tiket jer sangat mahal, kami berlima tiket semua RM65. dapat lah beg isi air kotak dengan biskut.
Sebelum masuk disuruh bergambar dulu..pastu beratur la.
Nasib kami kurang baik malam tu, kami masuk jer dalam bilik kaca tu, ada satu famili yang agak jakun kot masuk sekali dengan kami..masa stat bergerak naik jer, satu famili tu terjerit-jerit, kuat pulak tu sampai tak dengar apa tour guide tu cakap.
Kat atas tu memang cantik, nampak seluruh bandar melaka dihiasi cahaya lampu, boleh nampak sungai melaka dengan bot-bot dan nampak selat melaka sekali, bilik kaca tu akan berpusing-pusing perlahan dan nampak keseluruhan la..cantik sangat tapi kekaguman kami dirosakkan oleh satu famili jakun tu, bukan saja anak-anak diaorang terjerit-jerit, mak bapak diaorang pun terjerit-jerit sekali ..choii
Mementingkan diri sendiri sungguh, tau lah excited ..kami pun excited jugak tapi jangan lah ganggu ketenteraman orang lain, lainlah kalau satu kabel tu famili diaorang aje yang naik, menjerit lah sampai satu Melaka dengar. tak de sapa kisah pon!!
Lupakan famili pengganggu ketenteraman tu.
Berdebar tunggu bilik kaca ni naik ke atas
Dah sampai atas, nampak bercahaya, cermin berkabus la pulak, so gambar kurang jelas.
Tapi memang cantik.
Kami kat atas tu tak lama, berpusing-pusing lebih kurang 10 minit camtu, lif besar ni pun turun.
Keluar dari situ, diaorang panggil, rupanya gambar yang diambil tadi kena bayar, RM30 sekeping lepas tu ada jugak gambar kami dalam bebola kaca, RM30 jugak, so semua sekali RM60...ayah tak beli pun sebab kami ingatkan free , ye lah tiket punya mahal kan, ride up nya 10 minit aje, berapa duit sangat sekeping gambar tu kan.
Jadi pada sapa-sapa yang pergi menara taming sari, kalau diaorang suruh bergambar, abaikan kecuali kalau memang nak beli gambar tu.
Lepas tu kami pun menapak balik ke kereta.
Dah terus balik ke seremban.
Sampai seremban dalam pukul 11 lebih macam tu.
Letih , ni baru orang kata berjalan sampai lebam..letih tapi seronok.
-3 boys -