Tuesday, 31 December 2013

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum,

Hari ni hari terakhir 2013

Esok hari pertama 2014,

Selamat datang 2014..



Kami harapkan tahun baru ini memberikan kejayaan dan kebahagian kepada kami sekeluarga. 

Kami akan menempuh setahun lagi sesi persekolahan 2014, tahun ini tak ada sesiapa yang ambil peperiksaan besar cuma kazen-kazen kami yang akan menempuh peperiksaan besar , dari UPSR sampailah ke SPM.

Persiapan ke sekolah sudah 100% siap, kira kami dah bersedia untuk bersekolah dah ni. Yuran semua dah bayar dan mama pun dah guide kan im dan azri kat mana kelas baru im dan azri.

Yuran abang jer belum bayar lagi, kalau ada rezeki dapat lah abang kami sekolah kat SMK KGV ..tadi mama dan abang pergi ke KGV Menengah untuk hantar surat rayuan..harap dapat lah.

Esok kami nak siapkan beg sekolah pulak, kami semua akan bersekolah sesi pagi macam tahun-tahun lepas..cuma abang jer akan ada orientasi sesi petang untuk 3 hari..kelas mengaji berjalan seperti biasa dan kami harap dalam tahun 2014 ni abang besar kami dapat khatam quran. Aminnn

-3 boys -

Saturday, 28 December 2013

Dah daftar sekolah menengah

Salam Sabtu,

Hari ni abang zahin telah pun mendaftar di SMK Seri Ampangan, sah lah abang zahin menjadi warga SMK Seri Ampangan.

Rupa-rupanya abang besar stress bila nak masuk sekolah menengah ni. malam tadi lepas makan malam, abang besar mengadu susah nafas dan lelah..mama suruh abang puff dan duduk relak-relak.

Bila dah duduk lepak tu, ayah pun tanyalah abang, stress ke nak sekolah menengah ni...ya kata abang, haa sah lah abang besar memang tak boleh stress, bila stress aje, astma pun datang..

Ayah kata , esok daftar jer..bukannya ada peksa pun..sebenarnya abang risau dengan persekitaran baru dan dengan kawan-kawan baru. Kawan-kawan baik abang kan semua score 5A, mesti lah diaorang semua pergi sekolah bagus-bagus kan..ayah kata kat mana-mana sekolah pun sama, punca kejayaan 80% adalah dari diri sendiri.

Maka pagi tadi, mama berdua je dengan abang pergi lah le sekolah, parking belum penuh sangat, parking tepi jalan jer dan berjalan kaki masuk dalam kawasan sekolah..kami terus ke dewan besar , konsep dewan terbuka.

Mama terus ke papan kenyataan, tengok orang ramai-ramai kerumun kat situ ..ada senarai murid-murid ikut nama kelas, nama abang zahin last sekali..dah nama pangkal huruf Z kan..last le dalam list..nama kelas abang , Seri Kenanga.

Lepas tu terus ke tengah dewan, ada kerusi-kerusi disusun ikut nama kelas, abang terus ke meja ada nama Kelas Seri Kenanga dan ambik nombor, dapat nombor 7..masa nak duduk , ternampak kawan abang , Qistina dan mak dia, mak Qistina ni memang rakan gossip mama..haa sedang elok lah tu maka bergossipan la mama abang dengan mama Qistina tu.

Mak Qistina lah yang beritahu yang kelas abang ni sesi pagi, bukan petang...punah lah harapan nak bersantaian di pagi hari...bila mama check dalam surat taklimat tu , betul lah hanya kelas abang dan kelas aliran agama je yang sesi pagi, lagi 8 kelas semua sesi petang..hmm

Masa ni abang pun dah stat jumpa beberapa kawan-kawan yang rapat dengan abang, baru lah berseri muka abang..hilang sudah stressnya.


Mungkin kah ini bakal awek abang???


Ni barisan kelas Kenanga abang, duduk kejap tunggu lepas tu ada majlis taklimat .


Tu dia, pengetua cemerlang sedang memberikan kata-kata aluan, dan ucapan selamat datang. Abang pun kata macam best jer sekolah ni.Bagus!!

Habis taklimat, mula lah pendaftaran..sekolah akan adakan sesi orientasi , jadi untuk hari Khamis, Jumaat dan Isnin nanti abang akan join sesi petang, lepas tu baru sekolah pagi macam biasa.

Sesi pendaftaran berjalan lancar, mama dah susun baik-baik semua dokumen diperlukan..kejap jer selesai.

Lepas tu kami terus ke kedai koperasi beli buku, masa ni beratur panjang dan panas pulak tu..ada pulak sefamili cina bercakap terjerit-jerit ..masa ni abang kami sudah hilang sabar...sudah terbakar!!

Sudah jer beli buku, dah terbakar punya pasal, mama ajak round-round sekolah cari kelas dengan tandas pun abang dah marah..orait ler..balik la kita.

Selesai sudah pendaftaran sekolah abang, hari selasa depan mama kena pergi KGV rendah pulak, setelkan pendaftaran kelas im dan azri....lepas ni kami tunggu masa stat sekolah aje lah...the holiday is over, back to school..no more games people..

-3 boys -

Wednesday, 25 December 2013

Min dah beranak

Salam hari Rabu @ Hari Krismas 2013.

Hari ni cuti am..cuti bagi ayah kami seorang aje...yang lain-lain dalan rumah ni memang cuti lah sepanjang minggu.

Min kucing kami dah beranak.

Alhamdulillah tak de sapa yang terpaksa jadi bidan kucing.

Hari Jumaat minggu lepas, keadaan jadi kelamkabut sikit, lepas lunch mama dapat phone call dari kak long idziani beritahu kak nana accident kat highway, nasib baik tak teruk. 

Petang tu abang zahin, abang amir dan mama pergilah temankan kak nana buat repot polis dah terus hantar kereta ke bengkel...kami balik rumah pun lewat malam tu.

Sampai rumah , josh je nak balik rumah, si Min sepanjang malam tak balik..mama kami tak la risau atau pelik pasal selalu jugak Min tu menggatal tak balik rumah sepanjang malam.

Esoknya hari Sabtu, lepas sarapan, si Min balik...terjerit mama kami beritahu perut Min dah kempis ..sah dah beranak.

Min balik makan macam seminggu tak makan..tau pun lapar.

Yang bestnye sampai hari ni kami masih tak tau berapa ekor anak Min dan camne rupanya anak dia..kat mana dia sorok anak dia pun kami tak tau..ni dah hari ke 5 Min beranak, min balik rumah 2-3 kali sehari untuk makan minum jer ..pastu hilang balik.

Bunyi pun tak de dengar..mama kata mungkin min sorok anak dia kat rumah pakcik Ismail sebelah kami ni...rumah tu kan kosong, tapi memang tak ada langsung dengar bunyi anak kucing.

Mama kami kata bagus lah camtu, lagi bagus kalau ada jiran yang terus ambik anak Min jadi kucing angkat..ni kami ada 2 ekor kucing pun pening..rasa macam pandang kiri nampak kucing, pandang kanan, nampak kucing..nak turun-naik tangga pun tak senang, ada aje benda berbulu yang tangkap kaki kami ni.

Hari ni maklong akan balik rumah sendiri semula...lepas ni kosong la rumah maktok kat b kelana tu.mesti kami pun terindu-rindu saat gembira bersama kazen-kazen.

Mama kami pun kena lah masak semula...dah seminggu mama kami cuti masak..semua bibik maklong yang masak.

Lepas ni boleh la kami makan ayam semula, selama seminggu ni memang menu ikan aje ..mana taknya maklong datang bawa ikan, sotong dan udang berkilo-kilo, maklong beli semua tu kat Kuala Selangor, murah sikit dan segar-segar, Makjah pulak bawak ikan siakap berekor-ekor, besar-besar pulak tu..hasil pancingan uncle sharil, adam dan aqmar.

Lepas tu peti sejuk rosak pulak tu, maka kena lah cepat-cepat habiskan stok makanan laut semua tu..sudahnya kami semua dok makan ikan,ikan,ikan aje lah.

Ok lah, kami nak bersiap ni..nak gi rumah maktok, kejap lagi maklong nak balik..sedihnya sob, sob, sob

-3 boys -

Monday, 23 December 2013

Apabila kazen-kazen berkumpul

Salam Isnin,

Yeah, acara tahunan kami datang lagi.

Kazen-kazen berkumpul kat rumah maktok kat b. Kelana.

Seperti tahun-tahun lepas semenjak 2008, maklong akan menghabiskan cuti di rumah maktok kat b kelana. Maklong akan bawak semua anak-anak dan bibik , Kak Su, tinggal di rumah maktok dan kami akan berseronok bersama-sama.

Tradisi ini bermula pada tahun 2008, masa tu arwah maksu baru je meninggal dunia, pastu maktok pulak patah tulang rusuk, jadi maklong pada masa tu jadi pensyarah kat UIA di Nilai , terus selama sebulan lebih , maklong pindah anak beranak kat b kelana sambil temankan maktok yang masih kesedihan kehilangan maksu.

Bila kami berkumpul beramai-ramai ini, sedikit sebanyak dapat lah menggembirakan hati maktok dan tradisi ini diteruskan sampailah di hari ini.

Cuma bezanya sekarang ni, maklong tidak lagi mengajar di Nilai tetapi kat Gombak jadi maklong terpaksa ambik cuti ..maka untuk tahun ni, maklong dapat duduk kat seremban ni seminggu jer...jadi ler.

Masa tinggal beramai-ramai ni lah maklong ambik kesempatan baiki apa saja yang rosak kat rumah maktok ni..segala lampu yang terbakar diganti baru, pam tandas rosak ditukar..Tahun lepas makjah belanja tukar langsir baru..wa rumah tu pun bersemangat dan happy.hihihi.

Tahun ni acara tahunan ini jadi lebih happy kerana tahun ni mama kami kan bekerja di rumah jadi sesi berlepakan di rumah maktok disertai juga oleh mama kami..sejak Khamis minggu lepas, macam-macam makanan disediakan untuk kami para-para cucu ni..dan macam-macam kek dan manisan dibuat juga.. best!!

Abang afiq dan abang Amir pulak akan bergilir-gilir sleep over kat rumah kami..mama kami pun ofis di rumah jadi pagi-pagi tak le rushing kami nak bersiap balik semula ke rumah maktok , semua tenang ajer.

Azri pulak akan berkepit lah dengan "kawan kita" icha..berkawan juga dengan Yaya..kawan- gaduh-kawan-gaduh..itu lah kerja adik-adik kami nih.   

Dan kemuncak keseronokan tahun ini, uncle Jay telah membelikan tv LED 40 inci yang baru ..ni yang buat kami lagi bertambah seronok..Tv ni sementara aje letak kat rumah seremban ni, nanti bila semua dah balik, tv ni akan dipasang kat rumah tokbah kat Jelebu. 

Tetapi ada juga yang buat spoil!!..peti sejuk rosak!!!

Tak dapat le nak stok up aiskrim dan soft drink, kena la mama kami beli ais ketul setiap hari..dah le fridge tu penuh , kena la guna kaedah zaman dulu nak pastikan semua makanan tak busuk.

Apa-apa pun kami tetap happy..mama pun happy, dapur mama pun dah berehat seminggu ni, kami sekeluarga memang makan kat rumah maktok aje. 

Tapi tu ler, setiap akan bermula akan berakhir, hari Rabu nanti maklong sekeluarga akan balik semula ke rumah mereka kat KJ..maknanye kena tunggu hujung tahun depan untuk menikmati keseronokan macam ini. 

Sekejap je cuti panjang akan berakhir, tinggal lagi 9 hari je cuti untuk kami.

Sakit pula perut ni bila mengenangkan nak stat sekolah ni..adoi lah


Aktiviti perkumpulan kazen-kazen tahun 2011..semua nampak macam budak-budak lagi..tahun ni , abang afiq, abang amir dan abang zahin dah bujang-bujang belaka..nanti kami ambik gambar curi mereka semua tu.

-3 boys -

Tuesday, 17 December 2013

Berjalan sampai lebam

Salam Selasa,

Seperti yang telah dijanjikan kepada kami, ayah dah ambil cuti panjang 3 hari berturut-turut, isnin sampai rabu..yahoooo!!!

Mula tu rancang nak ke Perlis, jalan-jalan tengok negeri orang yang kami tak pernah jejak lagi..walaupun tak ada apa sangat kat Perlis, kira perjalanan jauh tu pun satu vacation la bagi kami.

Tapi....hari Sabtu lepas masa kami keluar nak beli barang, hujan telah turun mencurah-curah sampai ayah nak drive pun tak nampak..terus ayah kata ..perjalanan jauh ke Perlis takde makna bercutinye kalau hujan mencurah macam nih...nak berhenti rehat kat R&R pun sure sesak dan menyakit hati.

So tukar plan.

Percutian yang masih boleh berjalan walaupun hujan lebat ..gi muzium , beli toys, jalan-jalan santai-santai.

Jalan dekat-dekat pun tak pe asalkan happy kan...lagipun tak tahan tengok wassap penuh dengan gambar kazen-kazen bergembira kat Legoland.

Maka hari Ahad lepas kami sekeluarga pergi berjalan-jalan ke melaka, plannya nak ke muzium semua tu sambil bershopping-shopping...Kami bawa sekali baju bekal, kot-kot lewat sangat nanti gi tido kat rumah makcik jer.

Pagi Ahad tu sebenarnya kami bertolak lewat sikit, ah dekat pukul 11.30 baru gerak..sampai melaka berhenti lunch kat pintu gerbang tu dan solat zohor terus.

Destinasi pertama Jusco!!...hahaha..mcm kat seremban takde jusco kan.

Kat sana dapat beli beg sekolah abang zahin , 2 pasang kasut sekolah im , t shirt ayah dan seluar sukan abang.

Habis shopping kat Jusco, ayah bawak kami pergi Masjid Negeri yang cantik tu .


Gambar google

Solat Asar kat sana..luas betul masjid tu.jauh nak berjalan dari tempat ambik wuduk ke dewan solat.

Destinasi kedua, Dataran Pahlawan, parking kat Mahkota Parade pastu berjalan ke shopping complek Dataran Pahlawan...rupanya shopping complek tu sikit punya besar.kami round-round kat situ jer dah cukup memenatkan ..bila azri dah komplen sakit kaki, kami fahamlah sebenarnya azri dah lapar..sebelum apa-apa kejadian teruk berlaku, jom cari tempat makan.

Kami pusing-pusing cari food court yang kami pernah makan dulu, tak jumpa. Masalahnya kat komplek ni signboard dia mengelirukan..pusing-pusing ikut arah tapi tak jumpa .. sampai rasa give up nak cari tempat makan, azri sibuk ajak balik dah.

Pusing-pusing lagi sampai dah penat sangat dah..last-last jumpa.

Rupa-rupanya dah tutup...patut lah susah nak cari signboard..last-last makan kat Johnnys...kami pun dah lama tak makan kat Johnnys..


Kekenyangan di Johnnys

Lepak makan kat sana memang lama la..sempat ayah gi surau..sekali lagi ayah kata berpusing-pusing cari surau, ikut signboard..jumpa rupanya surau perempuan, kena tanya pak guard baru jumpa .sementara ayah ke surau , kami relak-relak aje la kat Johnnys, mama ada teman kan kami..mama kan cuti Allah bagi.

Selesai makan, solat semua..nampaknya memang tak sempat la ke muzium semua tu..kami terus ke Menara Taming Sari.

Orang tak ramai, beratur pun tak lama..tiket jer sangat mahal, kami berlima tiket semua RM65. dapat lah beg isi air kotak dengan biskut.

Sebelum masuk disuruh bergambar dulu..pastu beratur la.

Nasib kami kurang baik malam tu, kami masuk jer dalam bilik kaca tu, ada satu famili yang agak jakun kot masuk sekali dengan kami..masa stat bergerak naik jer, satu famili tu terjerit-jerit, kuat pulak tu sampai tak dengar apa tour guide tu cakap. 

Kat atas tu memang cantik, nampak seluruh bandar melaka dihiasi cahaya lampu, boleh nampak sungai melaka dengan bot-bot dan nampak selat melaka sekali, bilik kaca tu akan berpusing-pusing perlahan dan nampak keseluruhan la..cantik sangat tapi kekaguman kami dirosakkan oleh satu famili jakun tu, bukan saja anak-anak diaorang terjerit-jerit, mak bapak diaorang pun terjerit-jerit sekali ..choii

Mementingkan diri sendiri sungguh, tau lah excited ..kami pun excited jugak tapi jangan lah ganggu ketenteraman orang lain, lainlah kalau satu kabel tu famili diaorang aje yang naik, menjerit lah sampai satu Melaka dengar. tak de sapa kisah pon!!

Lupakan famili pengganggu ketenteraman tu.




Berdebar tunggu bilik kaca ni naik ke atas




Dah sampai atas, nampak bercahaya, cermin berkabus la pulak, so gambar kurang jelas.

Tapi memang cantik.

Kami kat atas tu tak lama, berpusing-pusing lebih kurang 10 minit camtu, lif besar ni pun turun.

Keluar dari situ, diaorang panggil, rupanya gambar yang diambil tadi kena bayar, RM30 sekeping lepas tu ada jugak gambar kami dalam bebola kaca, RM30 jugak, so semua sekali RM60...ayah tak beli pun sebab kami ingatkan free , ye lah tiket punya mahal kan, ride up nya 10 minit aje, berapa duit sangat sekeping gambar tu kan.

Jadi pada sapa-sapa yang pergi menara taming sari, kalau diaorang suruh bergambar, abaikan kecuali kalau memang nak beli gambar tu.

Lepas tu kami pun menapak balik ke kereta.

Dah terus balik ke seremban.

Sampai seremban dalam pukul 11 lebih macam tu.

Letih , ni baru orang kata berjalan sampai lebam..letih tapi seronok.

-3 boys -

Saturday, 14 December 2013

Melangkah ke alam sekolah menengah.

Assalamualaikum,

Hari ni hari Sabtu, pagi tadi panas terik tapi bila petang hujan berserta ribut petir..alhamdulillah kami tinggal di tempat yang tak banjir.

Tinggal tak berapa lama lagi, sesi persekolahan 2014 akan bermula ...abang besar kami akan melangkah ke alam sekolah menengah..Tingkatan 1, baju uniform pun tak sama, saiz pun dah tak sama dah.

Di mana abang akan bertingkatan 1 masih belum dapat kepastian...abang kan dapat 4A 1B maka tak la otomatik dapat KGV Menengah tu, kena lah tunggu kekosongan, keputusan ujian kelayakan sekolah menengah agama juga masih belum diketahui, jadi buat masa sekarang yang pasti sekolah harian abang adalah Sekolah Menengah Seri Ampangan tu. 

Pada 26 hb November yang lepas, abang dah pun mendaftar ke sekolah Ampangan tu...mama kata pihak sekolah beritahu pendaftaran yang rasmi akan dibuat pada 28 hb Disember ni, masa ni lah kena bayar yuran, beli buku dan penetapan kelas akan dibuat. 

Mama kami kata itulah yang buat dilema sikit tu, buatnya dah bayar segala maknenek yuran, dah beli buku segala pastu dapat pulak sekolah kgv menengah atau sekolah shams...tak ke kena bayar yuran sekolah baru tu pulak? pening..pening.....

Tadi kami semua pergi Jusco, beli keperluan sekolah...punyalah ramai umat manusia, kelam kabut jadinya memilih baju sekolah ...tadi beli kasut hitam untuk abang, dress code untuk sekolah ampangan, baju putih , seluar hijau askar tu dengan kasut hitam...disebabkan mama takut abang dapat sekolah lain pastu kena pakai kasut putih la pulak, ayah beli sepasang je kasut hitam untuk abang.



Abang besar masa pagi pendaftaran sekolah seri Ampangan...malu-malu jer.

Ayah kata tak sangka abang besar dah setinggi ini, seluar tu tak payah lipat pun , sedang elok jer kat kaki abang, baju tu memang sengaja mama beli besar sikit, itu tu nampak sedang elok je abang pakai.

Abang besar sekarang ni dah lebih tinggi dari mama dah, mama dah tinggi telinga abang aje dah, kira abang dah sama tinggi dengan ayah..masalahnya bila abang dah sais besar macam ni, bila bergurau dengan im dan azri memang gurau kasar , selalu jer azri menangis kena buli dengan abang...huh tak patut ..tak patut.

Ok nak cerita pasal perkembangan terkini kucing baru kami, ni josh setelah hampir sebulan  tinggal dengan kami .




Badan dah berisi, tak ada lagi tulang belulang yang menonjol, kutu dah kurang dan perut pun tak buncit macam dulu...ni kucing sangat aktif, mama kami komplen dah habis langsir semua berbulu dan berkedut-kedut dikerjakan ...sofa pun dah berbulu-bulu tertanggal benang semua.

Tapi tu takpe, 

Masalah sekarang, sapa nak bela anak anak Min bila dia beranak nanti? 

Mama kata tak sanggup nak jaga kucing banyak2, dua ekor ni pun dah penat dah...kucing ni berak banyak!! pastu bau dia..pehh!! harap muka je comel..hahahha.


Min yang boncit...nak menyelit celah pagar pun dah tak muat..

Ok..tu aje lah ceritanya, kami stress ni, cuti tinggal 2 minggu aje lagi ni kan???

-3 boys -

Friday, 13 December 2013

Abang besar dan im sudah balik..

Salam Hari Jumaat,

Hari ni abang besar dan abang im balik ke rumah kami semula .

Sejak Selasa lepas , abang besar dan abang im duduk lepak di jelebu , untuk menambahkan kemeriahan makjah yang balik bersama-sama anak-anak nya . 

Macam-macam aktiviti abang dan im kat sana dan bermacam-macam makanan makjah masak.pehh kenyang betul.

Hari Rabu, makjah masak steambot..penuh satu meja panjang kat dapur tokbah tu, hari Khamis, makan KFC pastu gi jalan-jalan kat jalan bypass yang baru buat tu..hari ni pulak makjah masak nasi arab...best!!

Tadi makjah hantar kami balik, sampai -sampai je kat rumah , mama dah siapkan kek batik dan popia, makan lagi...makan aje la kerjanya , pastu mama beritahu ayah ambik cuti hari isnin sampai rabu...wah kegembiraan berganda di situ.

Tapi , walaupun kami dalam kegembiraan, mama ada beritahu cerita sedih, mama cakap pakcik Alwi jiran kami yang rumah hujung jalan tu , telah kembali ke rahmatullah semalam , kami terkejut pasal pakcik Alwi tu baru je berkahwin awal November hari tu ...mama kata kesian isteri arwah, baru sebulan berkahwin.

Mama kami cerita , sebenarnya isteri pakcik Alwi yang dulu seorang doktor, mama kenal isteri yang dulu tu, dia buka klinik dan mama selalu bawa kami ke klinik tu bila kami ni jatuh sakit, tapi masa tu kami baby lagi, tak ingat doktor tu.

Masa heboh wabak H1N1 dulu, isteri dia meninggal dunia sebab H1N1 ni lah...lepas tu lama dia hidup sorang-sorang...ada la dalam 6-7 tahun

Lepas tu baru bulan November lepas pakcik Alwi tu berkahwin semula...kami nampak dia happy jer masa majlis kenduri kahwin dia bulan lepas, tiba-tiba mama beritahu dia dah meninggal dunia..sangat mengejutkan..mama kata dah sampai ajal dia.

Moga roh pakcik Alwi dicucuri rahmat hendaknya.

Hujung minggu ni kazen-kazen kami yang lain akan pergi Legoland, semua pergi , maklong, Makjah, Maklit dan maktom...kita ni manusia yang hanya boleh merancang kan.. uncle Deni pulak patah kaki masa main futsal... terpaksa lah maklit berkorban ..mungkin Arif dan Iman je yang pergi, tumpang maktom agaknya.

Mama kata keadaan uncle Deni agak teruk, hari selasa minggu depan kena operate masuk besi...adoii mesti lambat nak sembuh..abang dengar pun ngeri pasal abang kan pernah patah jari dulu..tau lah sakitnya patah tulang ni kan...patah jari dah sakit, ni pulak patah tulang kaki yang besar tu..mesti berganda-ganda sakitnya ...ayoo..

Harap semua orang baik-baik sahaja..risau pulak abang lah.

Harap perancangan semua orang dapat berjalan lancar dan tanpa halangan..Amin 

-3 boys -

Thursday, 12 December 2013

Selesai sudah ujian yang mendebarkan itu.

Salam Rabu,


Semalam abang berjaya menempuh ujian kelayakan ke sekolah menengah agama, keputusan nya belum tahu lagi.


Kami bertolak dari rumah tepat pukul 10 pagi, pendaftaran akan bermula pukul 10.15 sehingga 11.15 pagi, mama kami dah check google map siap-siap dan budget boleh sampai dalam masa 10-15 minit camtu.

Kami pergi berempat dengan mama, ayah kerja.

Sampai je kat sana tengok sepanjang jalan dah penuh dengan kereta ..mama dah panik dah camne nak parking kereta..pusing dekat 2 kali la juga, nak menyelit mana-mana pun tak boleh , sempit sangat jalan-jalan kat situ.

Doa punya doa , akhirnya dapatlah parking tepi parit besar...dan menapak lah kami ke kawasan sekolah, punya le jauh!!

Masuk je dalam kawasan sekolah, abang dah nerves semacam, mama ambik gambar pun dia marah..' cepatlah mama, kat sini pun sibuk nak ambik gambar buat apa!!' wah wah ..marah nampak..


Masa berjalan masuk ke kawasan sekolah .


Sampai je terus la mendaftar di kaunter No. 4 , sesi ke dua .ujian akan bermula pada jam 11.15 pagi . Selesai mendaftar, kami semua terus ke luar dewan , tunggu untuk ujian sesi kedua.

Orang punya ramai, bersesak-sesak luar dewan tu.



Tengah menunggu, hati abang dah tak keruan ni..nasib baik jumpa kawan-kawan sekolah kgv dulu. 

Tengah-tengah menunggu ada seorang cikgu tu suruh ibubapa tinggalkan anak masing-masing dan terus ke surau untuk dengar taklimat tapi tak sorang pun yang bergerak ke surau, semua nak temankan anak masing-masing masuk dewan hihihi..

Tepat pukul 11.15, pintu dewan dibuka dan beraturla keluar murid -murid yang ambil ujian sesi pertama dan lepas tu abang kami pun masuk ke dalam dewan.

Ujian berlangsung selama 1 jam 45 minit, punya la lama nak tunggu ni....mula tu mama bawa kami menuju ke surau, tengah cari-cari surau, jumpa pulak kantin, teruslah beli air dan lepak kat situ.

Lama juga lah kami lepak kat situ , sampai boring la, im dan azri dah stat la bertengkar, mama ingat im dan azri lapar terus  gi beli bihun goreng dengan air teh o ais..tapi dah makan pun bergaduh lagi, mama ajak im dan azri balik.

Baru nak keluar dari pagar sekolah, hujan turun selebatnya , patah balik la jawapnya , terus lah kami berjalan-jalan aje sekitar sekolah , boleh tahan cantik tempat ni...bersih dan kemas.

Jalan-jalan kat situ, kami terjumpa kolam ikan, siap dengan air pancut, besar betul kolam ikan tu, ada pulau tengah-tengah tempat lepak, kami pun try la test tempat lepak tu.



Im yang kepenatan dan kebosanan. nasib baik ada ikan ..boleh la rehat-rehat mata tengok ikan.




Ikan besar-besar kat sini..agaknya kalau dewan makan kat sini putus stok ikan, diaorang boleh mancing jer ikan-ikan kat sini..goreng pun sodap!!

Lepak kat sini ada lah dalam 20 minit camtu dah kami gerak semula ke kantin, minum air teh o ais , tunggu lagi abang kat situ..

Akhirnya dah pun pukul 1 tengah hari....kami gerak ke dewan dan tunggu abang keluar.

Abang keluar dari dewan, senyum-senyum , lepas tu beritahu soalan bapak punya susah, soalan bahasa arab paling banyak dan soalan semua dalam bahasa arab dan tak de translation..apa lagi tibai aje lah ..

Lepas tu kami pun gerak balik, abang request nak kat Mc Donald..sempena habis ujian katanya...ok ke Mc Donald kita. 

Petang tu kami semua balik jelebu, abang dan im tinggal di jelebu minggu ni...teman kan makjah...makjah masak macam-macam.  seronok sangat, maktok dan tokabah lagi la seronok , cucu ramai-ramai tidur kat rumah kampung tu.

Keputusan ujian ini belum boleh keluar lagi..kalau ada rezeki abang, maka di sini la abang menimba ilmu  

-3 boys -

Monday, 9 December 2013

Ujian Kelayakan Sekolah Menengah Agama

Salam Hari Isnin,

Selesai sudah majlis perkahwinan kazen kami , cerita kawen Kakcik akan menyusul selepas ini.

Ni nak cerita, esok abang besar kami akan menduduki ujian kelayakan sekolah menengah kebangsaan agama.. ujian akan diadakan di sekolah Shams. 

Sekolah Shams ni memang sekolah agama pilihan abang zahin, memang mama berhasrat nak abang besar kami bersekolah aliran agama dan berjaya sampai ke Universiti Al Azhar..mama kata mama nak abang besar jadi doktor atau jurutera dan pada masa yang sama juga ada ijazah dalam pengajian agama...kalau jadi Al Hafiz lebih baik lagi..

Harapnya hasrat mama dan ayah kami ni termakbul la... nanti akan datang kalau ada kenduri kendara, tak perlulah panggil tok imam nak ketuai bacaan doa ke apa..ahli keluarga sendiri boleh imamkan bacaan semua. 

Sekarang abang besar kami tengah gigih mengulangkaji hafazan...pagi tadi ulangkaji bahasa Arab...harap soalan-soalan tak le susah dan harap abang besar dapat lah masuk sekolah Shams. 

Abang besar kata dia takut ujian esok tapi yang sebenarnya bukan abang zahin takut tapi abang zahin takde kawan..semua kawan-kawan rapat abang semua ujian sesi pertama, jam 8.15 pagi sedangkan abang sesi kedua, stat pukul 11.15 pagi..dan paling abang tak suka, budak2 sesi kedua yang abang kenal semuanya perempuan...tu yang malas tu, nanti nak berborak dengan siapa?

Esok mama , im dan azri akan sama-sama hantar abang, abang kena pakai baju lengkap seragam sekolah rendah, mama kata nasib baik mama simpan lagi baju sekolah abang , kalau dah kena buang, payah jugak nak cari baju sekolah kan. 

Kami berharap agar abang kami berjaya dan masuk sekolah shams, cuma masalah dengan sekolah shams ni jauh sangat kedudukan dari rumah...kena lah mama kami bangun awal pagi nak hantar abang gi sekolah..

Doakan abang kami berjaya ye.  

-3 boys -

Thursday, 5 December 2013

Maktok dah sihat dan sudah penghujung minggu ke 3 cuti.

Salam Hari Khamis..

Huhu dah khamis dah, tak lama lagi tamatlah minggu ke 3 cuti.

Camne nak pergi cuti-cuti ni, hujan tak berhenti turun, Kuantan pulak dilanda banjir besar, habis tengggelam bandar Kuantan, cancel la nak gi hotel Makjah..sob sob sob

Maktok dah keluar dari wad semalam, Alhamdulillah sihat cuma maktok kata kalau jalan-jalan tu ada mengah sikit..takpe maktok slow-slow ler.. maktok kami ni aktif sangat orangnya, kalau kami balik , ada jer rendang la, kuih bakar la, karipap la maktok dah siap masak..kesian maktok , masak sorang-sorang pulak tu...bukan bibik tak tolong tapi bibik memang tau tau masak..

Hujung minggu ni kami akan balik Melaka, Kakcik kazen kami belah ayah kawen...majlis buat kat telok Mas, rumah atok kakcik. 

Hari Sabtu nanti mama kata kami kena bangun awal, sebab Kakcik nikah pukul 9 pagi, kami tak nak miss tengok kakcik dinikahkan sendiri oleh abang zihan..Kalau lah AyahNgah masih ada, mesti ayahngah happy...

Oww berita gembira, ayah dah up grade komputer atas, upgrade ke window 7, letak grafik kad baru dan ram pun tambah, kami happy, sekarang kami dah tak berebut laptop dengan mama lagi, tadi happy betul main game left for dead, tak lag langsung...awsome.

Tadi kami pergi ngaji, im kan dah naik Quran, tak sangka atok dan wan ngaji bagi hadiah quran baru pada im, happy sangat im, cantik quran tu, mama kata atok memang wakafkan quran tu pada semua murid dia yang naik quran..Alhamdulillah, semoga Allah rahmati Atok dan Wan ngaji.

Semalam kami gi Parkson, mula tu nak cari baju ayah jer...pastu azri ajak gi tempat toys, terpikat pulak kat Lego Hero Factory, merah-merah mata minta ayah belikan tapi ayah kata lain kali aje lah...tengok dah macam nak hujan aje, ayah pun belikan lah..wah bersinar-sinar muka azri 



Ini lah benda alah yang diidamkan sangat tu...siap kata " azri puas hati ma, lepas ni azri tak beli apa-apa lagi dah" ..suka la tu...padahal abang besar dah lama signal suruh beli nerf tapi azri yang dapat..heee

Azri si bongsu kami ni dah umur 7 tahun , siap komplen pulak tu apsal birthday day bulan 10, lama lagi nak dapat hadiah, tu yang happy semacam dapat toy baru tu.

Throwback sikit azri masa tembam time..


Ada chomell tak?

Ini budak sudah hitam sikit, memang mama suruh dia hitam sikit supaya tough dan kuat, ayah kata budak lelaki kalau putih-putih amat ni, kulit sensitif pastu tak tough..kalau macam ni azri kena masuk army ni..

Ok tu aje, ada masa kami bercerita lagi, nanti kami letak gambar terbaru kucing kutip kami si Josh aka Joshua....setelah 3 minggu josh dah semakin membesar...semalam injured kena ambush dengan kucing jantan yang suka pancut sekeliling rumah kami tu...kalau jumpa dia memang kami belasah dia.. dah la hari-hari mama kami kena sembur porch.

-3 boys -