Thursday, 15 August 2013

Cerita Raya - sambungan

Sambung cerita raya kami...

Jumaat @ 2 Syawal 

Pagi tu mama dan maktom masak mee sup hong kong style , sungguh laris sekali sampai kena masak batch ke dua

Lepas brekfes, semua orang dok lepak-lepak lagi, tilam kat depan pun belum kemas, tetiba Wan Ibu dan family datang beraya ..haa ambik.... macam ribut le mengemas, abang afiq dan amir main campak jer tilam-tilam dalam bilik tido kami pastu tutup pintu bilik...

Lama jugak wan ibu and company beraya kat rumah tokbah ni, sempatlah kami semua bermandi-manda dan bersiap-siap

Dalam pukul 11 lebih tetamu pun balik, mama kami dan maktom pun turun ke dapur untuk masak lunch, menu raya ke dua kami adalah nasi beriyani , ayam beriyani dan dalca.       

Baru nak stat masak, kawan mama pulak datang beraya , dalam pada mama borak-borak dengan auntie tu, kami pun bersiap lah nak gi solat jumaat.

Seronok gi solat jumaat beramai-ramai camni.... meriah , 

Balik dari solat, yang bestnye, nasi beriyani dan lauk ayam beriyani dah siap terhidang..berasap-asap lagi...yummmy 

Petang tu dalam pukul 4 lebih kami semua balik ke rumah kami kejap dan terus ke Telok Mas, nak beraya ke rumah Makngah 

Lepas makan malam kat rumah Makngah , kami balik ke chin chin , rumah makcik 

Tamat sudah raya ke dua 

* Gambar- gambar belum transfer lagi, dah transfer nanti kami letak lah kat sini.

Raya ke 3 

Dah tak ke mana-mana dah , ayah lang dan anak2 datang makan lunch, makcik masak ikan masak asam pedas .

Pukul 3 lebih maktok, maklit, maktom dan maklong sampai ke rumah makcik , mama hidangkan spagetti dengan ayam goreng, lama jugak diaorang lepak kat rumah makcik sebelum semua bertolak ke Muar . Tiap-tiap tahun memang family mama akan datang raya kat rumah makcik sebelum ke Muar.

Lepas semua balik dan lepas solat Asar, kami semua ke Melaka, raya kat rumah Ayah Teh, Ayah teh baru pindah rumah baru dan ayah bagi ayah teh tv 29 " yang ada dalam bilik kami tu, kami dah tak tengok dah ..

Malam tu makan mee kari dan nasi putih

Tamat sudah Raya ke 3

Raya ke 4 

Kami semua ke Muar , join yang lain-lain beraya ke rumah tok-tok saudara mama, 

Rumah pertama , rumah adik Tok Nek, waa rumah ni cantik dan besar , memang rumah orang kaya-kaya ler.


Hari raya spirit style kami...walau rumah mana kami beraya, i-pad, tab tidak dilupakan,  dah macam ketupat dan rendang di pagi raya ..sabo je ler...
 
   
Dania dan kebaya nyonya nye..dah sebiji macam nyonya je rupanye...Dania sangat comel tau, taktau le ngapa mata jadi macam tu ..ni silap kamera la nih.

Lepas tu ada lah 2-3 rumah tok-tok yang kami pergi tapi malangnya kami sebagai generasi muda ni bukannya kenal pun tok-tok tu semua , masih leka dengan game ..kih kih kih , makan minum pun tak kisah ..dilarang melakukan aksi kami ini di hari raya ..

Lepas raya semua , kami semua terus ke rumah Tok Nal untuk lunch, haa baru terasa perut dah kebulur ..nasib baik Tok Auntie masak best , siap dengan ikan kering dengan sambal belacan , pehh terangkat..



Dah nak balik dari rumah Tok Nal dah , mama ajak kami ke rumah resort Tok Nal, ha jangan mare, tok Nal kami ada rumah resort tau, rumah ni sebenarnya dibina gunakan kayu-kayu dan tiang-tiang lama dari rumah Tok Nek dulu .

Jom tengok rumah resort tok Nal 



Siap ada dapur lagi, tingkap-tingkap kaca semua pakai kaca lama rumah tok nek, frame je yang baru .

Lepas melepak kat sini kami pun berangkat balik ke rumah Makcik , 

Raya ke 5 Isnin 

Pagi tu dah kemas-kemas nak balik dah  , masa ni masing-masing dah minta kalau boleh nak ulang semula hari Rabu minggu lepas, tak puas rasanya beraya dengan kaum keluarga kan.

Pagi tu kami beraya ke rumah Ayah Long , pastu lepas zohor kami pun balik ke rumah kami di Seremban 

Tamat sudah cerita raya kami .

Cuti masih berbaki 4 hari , tension nye nak sekolah !! boring !! tapi nak buat camne , kena lah sekolah kan
 
-3 boys -

No comments: