Wednesday 21 August 2013

UPSR-21 hari lagi....

Salam Rabu,

UPSR makin hampir dan SAYA..!! Sebagai calon UPSR 2013 rasa gementar sangat.. Homework pon dah bertimbun macam Gunung Kinabalu (Waktu cuti la) Sekarang nih ada la sikit macam Sand Castle.. Eh entah.. Apa pe je la yang penting UPSR dah dekat.

Sekarang cikgu dah buat jadual anjal yang mana kami( Darjah 6) hanya belajar subjek yg teras sahaja iaitu 5 subjek tu..Setiap subjek tu kami akan belajar 1 jam setengah.. Huuu.. Rehat 20 minit jer.. Alah budak darjah lain rehat pon 20 minit jer.. Tapi balik pukul 2.00. Tak pe la berkorban untuk tiga minggu je lagi.. nanti ma sambung :D

Orait, lagi dekat nak perksa lagi berdebar-debar rasanya tapi abang besar kata lebih elok lagi cepat pasal dah penat sangat pergi kelas tambahan la, ujian la, ulangkaji la, macam-macam la. 

Hari Sabtu ni, im dan azri ada sekolah ganti, ikut jadual hari isnin pulak tu....huhu , abang pulak ada bengkel pecutan akhir UPSR ..buat kat sekolah SDAR, dari pukul 8.30 pagi sampai 5 petang ..phewww.

Letih memang letih la, tapi apa nak buat, mama kata korban sikit untuk masa depan.

Mama kata kalau abang dapat 5A, mama nak masukkan abang kat KGV Menengah tu, sekolah berprestij di seremban katanyer..

Nasib baik mama tak sibuk-sibuk masukkan abang kat sekolah asrama, kalau tak haru biru lah hidup abang, camne nak bangun pagi, basuh baju sendiri semua..yang paling teruk, camne lah nak mandi air sejuk ..abang ni sejak lahir sampai sekarang mana ada mandi air sejuk...mandi hot shower manjang...very the orang putih kann....

-3 boys -

No comments: