Thursday, 29 August 2013

Di penghujung Syawal

Salam hari khamis @ 22 Syawal

Untuk rekod kami , UPSR-13 hari saja lagi.

Syawal kali ni adalah syawal yang paling kurang kami berjalan..kami banyak duduk rumah dan bagi peluang pada abang zahin membuat ulangkaji. Movie pun dah lama tak tengok.

Banyak movie best-best yang kami miss macam World war Z, Pacific Rim, Woverine, Despicable me dan banyak la lagi....

Tapi takpe , pengorbanan kami untuk abang kami.

Apa-apa pun duit raya kami tahun ni..ehem-ehem lumayan..ye lah bila campur sekali dengan upah puasa , banyak jugak la ratus nye. 

Semua kutipan duit raya dah selamat mama kami masuk dalam Bank..dan disebabkan mama dah janji nak bagi kami belanja apa saja yang kami nak guna duit upah puasa tu, habis raya nanti mama akan bawak kami gi shopping...

Yang pasti im nak baseball glove dan baseball ball tu sendiri. 

Oh ye, sekolah kami sekarang ni baru nak hegeh-hegeh buat hari sukan . Latihan sukan dah stat untuk im dan azri , abang kakak tahun 6 pulak, stat latihan sukan lepas UPSR.. hari sukan pulak mesti buat lepas UPSR. kesian abang kakak tahun 6 kan, dah berhempas pulas belajar, sudah peksa kena berhempas pulas kat padang pulak.  

Raya dah nak abis...kena tunggu tahun depan lah kalau nak raya lagi.. raya dalam erti kata ada kuih raya , ada bagi duit raya, ada rumah terbuka dan ada ramai tetamu datang rumah. Raya Haji pulak kira tak meriah sangat, lepas sembahyang raya , lepak je kat rumah sampai malam. Cuti pun sehari jer.

Tapi apa-apa pun raya haji ni abang nak makan dan enjoy puas-puas , peksa dah habis kan ..cuma raya haji nanti kami semua kat rumah makcik, tak la meriah dengan kazen-kazen yang ramai-ramai tu ..

Ok tu jer.   

-3 boys -

No comments: