Tinggal sehari je lagi nak raya ..rasa macam cepat sangat masa berlalu kan.
Alhamdulillah abang zahin insya Allah puasa penuh sebulan tahun ni, im pulak dapat lah puasa penuh 24 hari dan azri puasa separuh hari selama sebulan..jadi lah
Baju raya semua dah beli , tema kaler kali ni adalah maroon atau merah hati ..tema kaler adalah tema paksa tanpa kerelaan..hanya kerana abang zahin baru je beli baju melayu awal tahun hari tu untuk hari penyampaian anugerah kecemerlangan kafa dan abang zahin pilih kaler merah hati tu...alih-alih mama kata abang tak yah beli baju melayu lagi, ikut je kaler tu...kami pun follow je lah..walaupun.......
Esok last bangun sahur dan last puasa, lepas ni memang tak de sapa la nak bangun pagi-pagi buta nak makan nasi bagai..maknanya tak dapat la lagi nak tengok cerita-cerita melayu klasik pagi-pagi buta kan.
Sepanjang ramadhan ni, lepas sahur biasanya kami tengok cerita-cerita klasik, ada cerita Bujang Lapok, Labu Labi, Dayang Senandung, Anak Buluh Betung ler dan macam-macam lagi lah ..seronok juga layan cerita-cerita camni kan tapi selalunya tengok kejap jer pasal kami kena nap sekejap sebelum ke sekolah.
Bila tengok cerita-cerita camni, baru kami tahu yang pelakon-pelakon dulu-dulu tu cantik-cantik juga..mama selalu kata pelakon dulu lebih hensem dari pelakon sekarang , hari tu tengok lah cerita Dayang Senandung, mama kata Aaron Aziz tu nothing kalu nak banding dengan Ahmad Mahmud, Kuswadinata dengan Mustafa Maarof masa muda. hihih setuju...
Semalam kami tolong mama buat kuih raya ..
Semalam kami buat ni....
Mama kami pulun buat kuih raya , buat tart nenas, coklat cip, semperit dahlia dan biskut mazola ....pada kami kuih-kuih raya yang mama kami buat semuanya rupa takde tapi rasa ada...sedap..
Biskut cornflakes madu dah tinggal satu balang je, biskut arab pulak satu balang dah selesai..sedap sangat * sapa lagi nak puji mak sendiri kan.
Disebabkan banyak kekuih dah kurang kena cukai , tak semua dapat bawak gi rumah mak cik atau rumah maktok , dapat bawak sikit-sikit je la..
Semalam kami nampak mama dah gosok semua baju melayu dah, esok mesti kami kena kerah packing baju bajan semua...kami akan balik rumah maktok sampai hari Jumaat pastu balik rumah makcik.
Min kami kena tinggalkan kat rumah , mangkuk feeder dia boleh muat sekilo lebih makanan , insya Allah tak le Min lapar, lagipun Min kena jaga rumah .
Insya Allah tempat kami tak bahaya sebab ada ramai jiran-jiran kami yang tak balik kampung, keliling rumah ramai atok-atok dengan nenek-nenek , bila cuti panjang , kawasan rumah kami meriah pasal anak-anak dia orang balik cuti , jadi tak le risau sangat ..cuma memang ayah akan singgah balai polis beritahu tinggalkan rumah lama.
Raya kali ni agak meriah lagi ...pasal ayah beli kerusi baru, ni semua abang zahin punya pasal la, kerusi yang ada dah roboh pasal abang yang besar gajah tu pergi lompat atas sofa tu , meletup bunyi dia..pastu duduk kat atas sofa semua tenggelam bontot ..
Ayah kata malu lah kat tetamu kan , jadi tahun ni ayah kata ada rezeki lebih , belilah sofa baru , kos beli sofa baru tu mama kata masuk dalam buku hutang abang, esok abang dah kerja , kena lah dia ganti ..kih kih .
OK tu jer..
No comments:
Post a Comment