Saturday 17 August 2013

Cuti Raya dah nak habis..

Salam Hari Sabtu,

Eh dah Sabtu !..maknanya ada 2 hari je baki cuti dan minggu depan kami kena tido awal dan bangun awal...uhh sungguh malas rasanya . 


Sekarang ni kami habiskan masa kat rumah jer... sambil-sambil abang habiskan kerja rumah dan revision dia yang melambak tu.

Tak lama lagi abang kami periksa UPSR dan mama kata nak buat countdown stat hari isnin nanti.

Hari ni kazen-kazen ada pesta beraya ke rumah semua saudara-mara di KL tapi mama kata kami semua kena berkorban untuk abang, jadi weekend ni kami duk diam-diam kat rumah je lah, kena siapkan beg, siapkan kerja rumah dan kena siapkan mental dan fizikal untuk stat sekolah nanti.

Ayah pulak ajak tengok wayang hari ni tapi tu tertakluk kepada siapnya kerja rumah abang, jadi jika kami semua gagal pergi tengok wayang esok, maka sila salahkan abang zahin beramai-ramai...

Semalam kucing kami si Min tu buat hal...al kisahkan sejak jadi penunggu rumah masa time cuti raya hari tu, disiplin Min dah ke laut...dia dah pandai panjat sinki, panjat meja makan dan curi ikan atau ayam yang tengah defrost dalam sink.

Pagi semalam mama kami lepuk Min pasal curi lauk, macam ribut dia lari ...rupa-rupanya Min ada simpan dendam..diam-diam Min berak atas karpet yang mama dan ayah beli kat Iran.

Kami pun tak perasan mulanya, tetiba azri terpijak someting pastu bau busuk giler, rupa-rupanye berak Min.


Ni lah mangsanya..mama kami cuci dan jemur .

Pandai Min cari mangsa, dia cari benda yang paling mama dan ayah sayang, mama kata carpet ni handmade, dibuat oleh remaja-remaja Iran dan ambil masa 2-3 bulan nak siap..dasatt

Bila mama tau yang si Min tu macam balas dendam jer, mama tak marah pun Min tu, mama buat tak tau je tapi cakap kat Min jangan berak merata .Hairan kan Min tu macam faham jer.

Stat pagi tadi perangai dia pun dah ok dah ..dah takde panjat sana, panjat sini. mengada kan.

Ni Min tak tau dah kemana ..merajuk agaknya pasal tadi mama mandikan dia..time lapar nanti balik lah dia.

OK tu jer


-3 boys -

No comments: