Wednesday, 14 August 2013

Aidil Fitri 1434/2013

Salam Hari Rabu..

Selesai sudah hari raya 2013 yang dinanti-nantikan.. Aktiviti lepas ni , kira duit raya !! 

Sepanjang raya , memang diari kami ni terbiar sepi..hihi , sibuk makan, makan, makan jer. Jadi untuk rekod masa depan, kami letak cerita seringkas nya saja lah...

Hari Rabu @ 29 Ramadhan.

Ayah kami masih kerja , mama sibuk di dapur masak ayam masak merah 2 ekor dan sambal kacang , sambil masak, sempat lagi keluar gi kedai beli kuih raya la, beli macam-macam lah.

Kami ? lepak tengok tv dan tolong packing baju je. 

Pukul 4.30 petang, kami semua bertolak ke Jelebu , sampai-sampai tengok lemang dan rendang dah siap .

Berbuka dengan lemang dan rendang , tak lupa sup gear box signature dish tok abah. ayam masak merah dan sambal kacang mama kami tak usik , tu special untuk esok je.

Malam tu kami sakan main bunga api dengan mercun, pukul 2 lebih pagi baru kami semua tido...seronok berborak dalam gelap kekdahnye..


   
Gelap tak nampak apa..ha ha ha 

Malam tu sebelum tido kami dan kazen-kazen buat pesta maggi, habislah stok maggi tokbah dalam giant kecik tu kami kerjakan.. 

Khamis @ 1 Syawal

Pagi-pagi lagi dah bangun, dikerahkan mandi sunat raya dan bersiap lah kami dengan kacaknya , 
Mama macam biasa kat dapur menyibukkan diri padahal dah ada 3 orang maid . Kena kerah baru mama naik mandi 


Mama dan abang zahin, wah abang dah lawan ketinggian mama , ke mama kami mengecik?
Kami bersolat hari raya di surau Petaling, surau tempat maktok selalu gi solat terawih tu, solat hari raya stat agak lambat jugak, pukul 9 lebih baru stat ..lepas solat dengar khutbah , salam-salam dan balik.

Sampai je rumah , tengok-tengok tokbah dah letak ni...



Pehh..banyak tu!! , kami apa lagi beratur la dengan kazan-kazen layan diri ambik sorang sehelai tapi mama kami jadi SPR siap calit dakwat kekal supaya tak boleh ambik duit raya 2 kali ...kih kih.

Lepas ambik duit raya, kami ikut mama , maktok dan maklong melawat pusara Maksu , rindu kat Maksu , dah 5 tahun kami raya takde maksu , kalau ada Maksu , mesti Maksu sibuk dengan baju raya kalerful dia, dengan tudung , brooch dia ..Al Fatihah untuk Maksu  

Lepas tu aktiviti kami adalah sambung makan dan minum ,  pastu aktiviti mengular sawa pun bermula Zzzz  zzzz tapi tak lama pasal kejap tu Wan Iti anak beranak dari Melaka pun sampai , pastu ramai jugak tetamu datang

 
Kasut bersepah ..pilih mana satu berkenan.

Petang tu lepas Asar, kami adakan pesta maggi lagi, kali ni lebih meriah , tukang masak maggi jer ada 2,3 orang , peserta pesta maggi kali ini bertambah , kaum bapa pun ikut serta ...mama kami kata sah le lepas ni tokbah tambah 2 kali ganda stok maggi dalam almari giant tu.

Lepas pesta maggi baru lak kami ikut kaum ibu dan kaum bapa keluar beraya , pergi rumah Wan Cik , makan lagi bihun sup tulang dengan ayam goreng , perut tak penuh-penuh, pelik kan?

Pastu pergi rumah Wan Hitam , makan kuih raya dan air gas ... semua wan -wan ni dah arwah dah, tinggal anak-anak jer.

Balik tu lepak-lepak aje, malam tu nak main bunga api dan mercun pun dah tak terlarat, penat makan!

Sampai sini je la, nanti sambung cerita  Syawal kami , Daa   

-3 boys -

No comments: