Untuk rekod , UPSR -lagi 16 hari sahaja lagi....tatutnye.....
Disebabkan dah dekat nak peksa ni, aktiviti abang sangat padat, bukan aktiviti tak berguna tapinya..tapi aktiviti berilmiah la .
Hari Sabtu abang ada bengkel pecutan akhir UPSR , buat kat sekolah SDAR .
Sabtu tu, kami semua bangun pagi-pagi macam biasa dan bersiap-siap ke sekolah , ada sekolah ganti ikut jadual hari Isnin, mama buat mee goreng tapi kami makan roti ..kih kih.
Ayah dan mama hantar kami ke sekolah , im dan azri terus ke kelas masing-masing, abang terus ke kantin untuk pendaftaran, 2 biji bas dah menunggu nak bawa 100 pelajar tahun 6 ke sekolah SDAR.
Jam 7.45 pagi, 2 biji bas ni pun gerak lah menuju ke sekolah SDAR ..
Sampai ada taklimat la, motivasi la, bengkel BI, bengkel Sains. bengkel Matematik la dan segala mak nenek lah, sudah nya abang sampai semula ke sekolah pukul 7 suku malam , letih tersangat ...dah lah dari pagi abang sakit perut dan cirit birit.
Ayah jemput jer, badan abang dah panas , kepala dah sakit ..sah la abang dah jatuh sakit ..
Sampai rumah tengok-tengok dah ada ramai tetamu, ayah Long anak beranak datang beraya, mereka datang dengan 3 buah kereta, penuh terus rumah kecil kami ni..
Ni la hidangannya yang mama dan ayah kami berhempas pulas di dapur tu, mama masak laksa johor dan nugget-nugget untuk kanak-kanak ribena.
Dan tak lupa puding trifle resepi pakcik google...sedapnyee
Hampir pukul 10 malam, ayah long dan ahli rombongannya kembali ke rumah masing-masing..
Sepanjang masa tetamu di rumah, abang berbaring sahaja ..demam dan badan lemah-lemah . Bila ayah long dah balik, plan nak gi rumah maktok dan jumpa abang afiq dan abang amir terus ke laut ..semua orang dah letih
Mama kemas dapur pun tak tau sampai pukul berapa ..kesian sorang-sorang je mama kami kemas dapur , apa nak buatkan mama tak de geng ..kami yang lelaki-lelaki ni kan ada lesen besar berehat-rehat depan tv sajo...
Esoknya pagi-pagi lagi mama kami dah bangun, buat puding trifle batch ke 2..ni untuk makan-makan kat rumah maktok nanti.
Patutnya bekfes dengan laksa johor baki semalam je tapi im kata dia tak makan laksa, maka mama terpaksa masak kuah spagetti ..kami semua makan spageti la pagi tadi, mama dan ayah makan laksa johor.
Siap semua kami semua ke rumah maktok..
Sekali lagi hasrat nak jumpa abang afiq dan abang amir tak kesampaian, mereka berdua ikut maklong gi giant.
Abang pulak , demam-demam pun tapi tetap nak pergi rumah kawan abang, ada open house, semua geng-geng abang datang dan diaorang minta abang datang jugak...
Jadi tengah hari tu mama dan ayah terpaksa hantar abang ke rumah Iman, walaupun ayah tak bagi pergi pasal demam dan esok nak periksa tapi demi kawan......hiks.
Sepeninggalan abang, ini lah yang berlaku di rumah maktok.
Sambutan birthday untuk Icha, yaya dan Tokabah...birthday icha hari jumaat hari tu, birthday yaya pulak hari ahad semalam dan birthday tokabah hari ni...Happy Birthday to all...
Ni semua berebut nak potong kek...eh bukan kek, mak long beli American Brownies..
Dalam pukul 2.30 petang ayah dan mama jemput dan dapat lah abang jumpa kazen-kazen tapi abang masih demam....tekak tak de selera , American brownies kesukaan abang terpaksa abang pandang jer...makan pun sesudu kecik jer.
Hidangan kat rumah maktok adalah soto dan lotong, abang makan soto je sikit..
Petang tu semua balik rumah masing-masing , nasib baik mama ada tapau brownies untuk abang .
Malam tu makan sikit jer, masih demam, brownies feveret pun tak usik.
Malam tu abang tertido awal..malangnya tengah-tengah malam abang terjaga ....alamak..masa kat rumah Iman , kawan-kawan ajak tengok The Conjuring....laa time ni la abang teringat cerita conjuring tu , takut la pulak ..sudahnya abang naik atas katil dan berhimpit la kami tiga beradik atas katil......hiks
Pagi tadi, Alhamdulillah sihat sudah ....dapat lah menjalani peperiksaan gerak gempur UPSR tu ..
Esok ada peksa lagi, pastu tunggu UPSR yang betul punya...ayoo kecut perut!!
-3 boys -

No comments:
Post a Comment