Friday, 30 August 2013

Happy Merdeka Day 2013

 

Esok 31 Ogos 2013, negara kita Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 56. 

Ayah kata dah 56 tahun negara kita merdeka dan menjadi negara berdaulat. Syukur ke atas keamanan dan kesejahteraan yang Allah kurniakan kepada kita.

Esok cuti am tapi abang masih ada kelas tambahan. Abang sendiri masih belum merdeka lagi. Abang merdeka hanya dengan tamatnya UPSR 2013..heee.

Hari ni seperti yang dijangkakan kami berspecial friday lagi... thank you mama.


Tadi kata nak bawak gi makan kedai mamak, rupanya bawak gi kedai mamak Donal. Kedai mamak ni tak best, banyak lalat ..ganggu je im nak makan.

Hari Jumaat minggu depan, sekolah abang akan buat majlis baca yassin dan sembahyang hajat. harap tahun ni takde apa-apa hal berlaku ..hihi, tahun lepas kan...ada kawan abang cerita , masa majlis baca yassin sedang berlangsung, ada kakak rambut panjang rebonding (kak ponti)  mengilai kat Blok A ..Cikgu-Cikgu lelaki dan bapa-bapa terus ke Blok A.

Bila tau cerita camni, saspen pulak rasanya .. dah lah Blok A tu blok budak-budak tahun 1, kalau azri tahu blok dia tu ada kak ponti, mesti ada kes terkencing dalam kelas punya..takut nak gi toilet.

Majlis tu nanti hanya abang dan mama je yang pergi nanti..ayah duk rumah je teman adik-adik..lagipun ayah kan kerja kat KL...ntah pukul berapa la ayah sampai seremban agaknya nanti. Mama dah pesan siap-siap kat ayah suruh balik cepat..mama nak gi awal supaya dapat parking betul-betul depan pagar sekolah ..kalau dapat parking jauh-jauh, tak ke haru masa nak balik nanti ..dah le abang berdua je dengan mama. 

Ok UPSR lagi 12 hari je lagi, hari tu ada terdengar mama cakap dengan ayah nak bawa kami  ni gi tengok wayang, cerita Elysium ke apa ntah ...tengok trailer macam best ..mama kata tengok wayang untuk hilangkan stress abang, mama kata abang macam stress je.. 

Ye ke tengok wayang hilangkan stress..minum coolblog lagi bagi hilang stress, tido hotel dan mandi kolam , lagi hilang stress.hahaha         
  
-3 boys -

No comments: