Friday 2 August 2013

Hari ni hari terakhir sekolah dan cuti panjang

Salam Jumaat @ 24 Ramadhan 

Yesss... last day school dan azri dapat duit raya dari cikgu kelas ..seronok nak cuti panjang dan paling penting seronok nak raya !!

Masa balik dari sekolah tadi , masing-masing bercerita pasal nak balik kampung raya ni. Ada yang balik Kelantan lah, Kedah lah.Kami pulak giliran raya rumah tokbah kat Jelebu ..kami akan beraya sekali dengan Maklong dan mak Tom.

Mama kata rumah maktok dan tokbah tahun ni ada langsir baru, pagar pun cat baru pastu tokbah ada beli kerusi baru .Waa semua serba baru ..mesti meriah raya nanti.

Persiapan raya kami sekeluarga sederhana je, mama kata yang penting ada baju melayu untuk gi sembahyang raya dan ada kuih-kuih raya. 

Dan malam tadi , kami tolong mama kami buat kuih raya yang pertama


 
Biskut Arab atau biskut bintik ...ni memang kuih raya feveret kami , mesti ada setiap tahun dan mama akan buat banyak kuih ni dan jangan risau walau sebanyak mana mama buat pun, biskut ni mesti habis punye.

Mama kata hari isnin ni mama cuti , hujung minggu ni nak pulun buat biskut raya katanye..hihi 

Biskut-biskut ni semua sedap bila masa raya jer, padahal boleh je mama nak buat masa tak raya tapi feeling dia tak sama ..sedap je jadi lain ..

Malam ni mama kata nak buat biskut conflakes madu, tu lagi satu feveret all time kami , sebalang besar boleh lenyap sekejapan ..tu pasal mama control-control sikit bila nampak kami dah stat peluk balang kuih ni..

Satu lagi biskut yang wajip semestinya tart nenas ..tu feveret ayah kami ...sekali hadap boleh setengah balang...tapi yang ni mama kami tak control la..kang tak masuk syurga pulak kan...kih kih ..

OK tu jee
    

-3 boys -

No comments: